CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

10 Punca KeGAGALan Peniaga Internet

18/03/2013

Banyaknya peristiwa-peristiwa best yang CD nak kabo kat blog ni tapi banyak jugak komitmen lain yang buat CD ‘terlambat’ nak update. Tengah termenung nak post cerita yang mana dulu tiba-tiba terjumpa pulak post dari blog saudara ammarzahar.my . Isinya sangat BETUL! tepat sekali.. jadi CD tak tertahan rasanya nak share di blog ni. Sebelum tu  Credit dulu kepada saudara AmmarZahar yer kerana buat post power ni.

Memang sekarang dah banyak seminar-seminar dianjurkan tentang bagaimana nak buat duit di internet. Tetapi, masih ramai lagi yang GAGAL buat duit di Internet. Jom kita lihat 10 Punca Kegagalan Peniaga Internet yang telah dikongsikan oleh saudara Ammar Zahar.

Kenapa? (AMARAN: kandungan dibawah tidak sesuai dibaca jika anda ada penyakit sentap)

1) Tiada MENTOR

Perlu ke mentor? Zaman sekarang ni PERLU. Kerana terlalu banyak persaingan, terlalu banyak teknologi diluar sana. Siapa yang silap buat dan lambat bangkit, HABISS! Dengan ada nya mentor, kita akan ditunjukkan shortcut untuk ‘memotong’ orang lain tanpa perlu bersusah payah nak buat eksperimen bagai.

2) DEGIL, TAK IKUT cakap mentor

Kes macam ni pun ada. Dah join sessi coaching, mentoring, workshop, tapi bila balik rumah lain pula yang dibuat. Bila mentor suruh buat produk info, balik nak buat affiliate pulak. Bila mentor suruh buat blog, balik nak buat ebook pulak. Bila mentor suruh lalu jalan yang tak jammed, sibuk nak lalu jalan yang sesak penuh dengan semak samun. Akibatnya, sorry to say ke longkang lah jawabnya.

3) Banyak sangat noise

Terlalu banyak sangat ‘agenda’ lain nak buat. Kononnya, baling sepuluh batu akan terkena satu dua batu. Kononnya nak mencari formula ajaib yang orang lain tak jumpa. Kononnya nak buat sendiri A, B, C, D, dan E supaya bolehla nanti jadi pakar semua tu. Kononnya, nak tiru macam Tony Fernandes yang ada banyak bisnes. Hakikatnya, itu semua noise yang mengganggu.

4) Banyak buat benda merepek meraban

Padahal ikut perancangannya, jalan nak dilalui tu memang dah lurus dan boleh terus lalu. Lampu semua dah ada. Cuma nak lalu dan ambil tindakan saja. Tapi, benda lain pulak dibuatnya. Buat skim cepat kaya la, buat itu ini la.. Tengok orang jadi kaya dengan buat ebook, kita pun nak buat ebook. Tak sampai 2 hari, tengok orang jadi kaya dengan ebay, kita pun nak buat ebay pulak. Tak sampai seminggu lepas tu tengok orang update screenshot power buat dropship, kita pun nak buat dropship pulak. Akhirnya, lepas setahun baru kita sedar kita banyak buat benda merepek meraban. Kalau sedar, lepastu berubah takpe lah jugak. Ni sedar dan ulangi perkara sama.

5) Jeles, dengki, iri hati!

Penyakit PHD ni sangatlah menebal dalam kaum kita ni. Entah kenapa susah sangat nak buang. Bila nampak orang lain berjaya dalam bidang affiliate, kita dengki dan berusaha untuk ceburi bidang affiliate untuk mengalahkan sipolan (nak jadi lebih glamour dari sipolan)

6) Banyak sangat masalah yang DICIPTA SENDIRI

Buat ebook, ada saja tak kena. Software tak ada lah, masa tak ada lah, mood tak ada lah, kerja lain banyak lah.. Pergi lepak maple tak ada masalah la pulak. Hujan sanggup diredah, lampu isyarat merah sanggup dilanggar, tayar pancit sanggup dibalun, pekerja maple sombong sanggup ditahan. Tapi, untuk ebook sendiri yang dah berzaman tak siap tu macam-macam pulak masalah.

7) Lebih percaya orang lain dari diri sendiri

Bila orang lain buat, kita percaya “ko mesti boleh buat, ko dah ada kepakaran..”. Bila sampai kat kita, rasa tak yakin, rasa tak laku, rasa tak boleh, dan seribu satu rasa lagi yang menimpa. Orang lain buat kita yakin dia boleh buat. Tapi kita? yakinkah kita dengan diri kita?

8) Lebih memikirkan DUIT dari memikirkan USAHA kita

Belum buat produk lagi, dah kira dah berapa untung kita. Belum pun jual produk lagi, dah mula rasa tamak. Belum pun produk kita dipasarkan, dah mula fikir nak beli macam-macam. Pernah kita terfikir ke berapa banyak usaha yang kita dah letak dalam kehidupan kita? Pernah kita terfikir ke adakah kita dah beri yang terbaik dalam produk dan usaha kita? Mentaliti kita masih lagi berpaksikan duit semata-mata.

9) Hidup dialam fantasi

Yang ni termasuk didalam kes parah. Pergi belajar buat duit, beli ebook dah bermacam sampai bapak ebook pun dibeli. Tetapi, selagi poket tak cukup kering, selagi ada member boleh bagi pinjam duit, selagi cukup bulan dapat duit gaji, kita terus hidup dalam alam fantasi. Alam yang penuh dengan keselesaan. Hidup perut kenyang, tidur lena, pergi kerja balik kerja, penuh dalam alam fantasi. Terlupa semua apa yang nak dibuat untuk memajukan bisnes online kita. Terlupa apa tindakan kita untuk meniaga di Internet. Bila dah kering poket, tak ada tempat nak pinjam, luka dah jadi nanah, mula lah tersedar ke alam realiti. Itu pun tak tahu berapa lama boleh tahan berada di alam realiti sebelum masuk ke alam fantasi semula.

10) Lebih sibuk buat kerja ‘cari SALAH’

Fasa terakhir adalah fasa kemuncak apabila buat ini tak kena, buat itu tak kena. Mulalah sibuk dengan aktiviti ‘mencari salah’. Kerja-kerja pemasaran, buat produk, tak ada pulak masa. Macam-macam pulak halangan. Tapi bila masuk kerja mencari salah ni, nombor 1. Salahkan mentor, salahkan ebook, salahkan bos, salahkan masa takde, salahkan orang yang tak beli, salahkan poket yang tak ada duit, satu dunia disalahkan. Saat ini terasa yang kita seorang lah yang paling betul dalam dunia.

Kesimpulan

Elakkan dari memiliki 10 punca diatas ni. Kalau boleh, hari-hari tengok post ni samada kita ada ataupun tidak. Kalau masih ada, salam takziah kerana kita masih lagi gagal memajukan bisnes Internet atau lebih teruk, gagal buat duit online. Cuba buang punca-punca tersebut, dan berubahlah.

with SifuFBads
Ini sifu saya.. Jamaludin Sifu FB Ads 🙂
  1. aihh..tak sabar nak hadir kelas sifu ni..tarikh keramat 8hb oktober 2014 semuga mendapat ilmuyang bermanfaat dari sifu..psstt nak bagi tau saya dapat masuk percuma ..kerana cahaya diana tq to u cd
    JOM KONGSI selepas tarikh tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge