CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Motivasi | Umum

10 Rutin Pagi Jutawan Dunia Akhirat

03/02/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Salam sejahtera,

 

Salah satu perkara yang membezakan antara orang berjaya dengan orang yang ‘belum berjaya’ ialah rutin atau amalan harian mereka.

 

Semua orang tahu kejayaan tak diraih dengan mudah. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.

 

10 RUTIN PAGI  JUTAWAN DUNIA AKHIRAT (In Shaa Allah) 

 

  1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)
  2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
  3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
  4. Baca beberapa surah atau juz’ Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
  5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
  6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
  7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra’ bila matahari naik.
  8. Minum pagi / sarapan
  9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
  10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

 

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan.

 

Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

 

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

 

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

 

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat:-

  1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.
  2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.
  3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

 

Entry ini dipetik dari newsletter dari Dr.Azizan Osman yang baru sahaja melancarkan buku terbaru beliau bersama Ustaz Hj Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz – “21 Formula Hidup Luar Biasa” terbitan Azizan Osman Publications Sdn Bhd yang telah mula berada di Pesta Buku Selangor minggu lepas.

 

Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). ~ Dr. Azizan Osman.

 

Saya ingin kongsikan dengan anda di sini “Sneak Preview” versi digital ebook yang boleh dibaca di link http://www.hidupluarbiasa.com.

 

SUMBER: Azizan Osman

    1. W’salam Diana,
      Nampaknya nama kita sama lah… 🙂 Diana berminat nak tahu tentang skrip yang macamana yer? so far saya pernah tulis skrip telemovie dan beberapa rancangan TV. kalau yang bersiri saya hasilkan berkumpulan. Nak tahu lebih lanjut blh WhatsApp saya di 0176902018 🙂

  1. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis) dan Solat dhuha.

    Seboleh boleh nya kita istiqomah dengan dua amalan diatas. Ini amalan Nabi Muhammad SAW setiap hari dan hikmah nya sangat besar…Semoga dipermudahkan niat suci dan segala amalan kita .Aamiin
    kak Anie ajak kita terjah…Wakaf Al-Quran Bantuan Bencana BanjirMy Profile

  2. Assalamualaikum.
    Kak anie suka dan sudah baca berulang kali 10 rutin pagi jutawan dunia akhirat..
    kita perlu amalkan untuk kepentingan dunia dan akhirat,janji istiqomah yaitu buat berterusan agar selamat disana dan inshaallah berjaya disana nanti.aamiin yarabbal a’lamin
    kak Anie ajak kita terjah…Wakaf Al-Quran Bantuan Bencana BanjirMy Profile

  3. in shaa Allah..jika tak dapat lakukan semua..lakukan yang termampu.. emma sokong dengan kak Annie.. title jutawan tu adalah impian setiap orang.. in shaa Allah..jika diamalkan perkara di atas akan dipermudahkans semua urusan..
    emmatahir ajak kita terjah…Kejatuhan Nilai Mata Wang RMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge