CD, kak Shima & kak Yati Sidek, berkongsi ilmu blogging

2 Kakak Cantik Nak Belajar Teknik SEO ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Semalam ada dua kakak cantik jumpa CD nak belajar teknik SEO. Kedua-duanya memang dah ada blog pun. Baru nak bermula. Takper, janji ada usaha nak belajar. Cuma  kena banyak bersabar.

 

Ops sebelum terlupa, dua kakak cantik yang CD maksudkan tu ialah kak Yati Sidek dan kak Shima Yusof.. rakan bisnes CD.

 

CD, kak Shima & kak Yati Sidek, berkongsi ilmu blogging
CD kongsi teknik SEO dengan kak Shima & kak Yati Sidek yang cantik. 🙂

 

Sebenarnya dua kakak cantik ni minat sangat nak belajar teknik SEO dan juga bagaimana nak buat duit affiliate melalui blog. Sebabnya.. blog adalah platform yang paling sesuai untuk surirumah yang benar-benar nak menjalankan bisnes dari rumah. Maklumlah kedua-duanya surirumah yang banyak komitmen dan tanggungjawab yang nak dipikul.

 

Kalau diikutkan kak Yati dan kak Shima ni memang nak ikut CD pegi seminar semua tu cuma banyak sangat halangan. Tak perlu cakaplah halangan apa di sini kan. Cuma bezanya dua kakak cantik ni tak jadikan halangan tu sebagai alasan untuk tidak berblogging. Jadi, nak seribu daya. Dari Kuantan kak Yati Sidek ni datang untuk menuntut ilmu dengan CD.

 

In Shaa Allah, mana yang termampu CD bantu. Lagipun CD bukanlah pakar sangat. Boleh la nak kongsi serba sedikit apa yg CD belajar dari Akademi Denaihati dan seminar. Kedua kakak cantik ni paling teruja bila CD share tentang Teknik SEO Merah Jambu.

 

Waaa.. bersinar-sinar mata diorang dapat macam-macam idea. Tapi nak info lebih lanjut tentang Teknik SEO Merah Jambu tu boleh dapatkan di sini. Hehehee.. Baru ada value ilmu yang kita belajar tu kalau kita sanggup keluarkan sedikit pelaburan.

 

Alhamdulillah.. walaupun pertemuan singkat tapi CD happy tengok mata masing-masing dah bersinar. Ada harapan baru untuk teruskan dunia penulisan blog. Kedua-dua kakak cantik ni memang ada bakat masing-masing yang amat CD kagumi.

 

Kak Yati Sidek CD kagum dengan caranya mendidik kedua anak-anaknya hingga kedua-duanya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahunan. Kedua-duanya dapat no.1. Ramai kakak cantik yang lain nak belajar dari beliau tentang rahsia mendidik anak supaya pintar dan cerdas .. haaa..kan! Respect habis CD dengan kak YatiSidek.com ni.

 

Kak Shima pulak dengan gayanya tersendiri. CD boleh katakan kak Shima ni memang Hot dan gojesh gitu.. Jangan tak pecaya kak Shima dah ada cucu tau. Mak Tok vogue gitu.. Memang kenalah nama blognya ShimaSignature.com tu. Apa yg CD bangga.. kak Shima blh dikatakan golongan Mak Tok yang ada blog. Kau ader..??

 

Mengenali dua kakak cantik ni buat CD terus bersemangat untuk jadikan blog sebagai satu kerjaya. Hebat betul silaturrahim sesama blogger ni sebenarnya. In Shaa Allah blogging ni pun salah satu persiapan CD juga untuk menempuh 2015 yang semakin mencabar.

 

***
PS: Next seminar yang CD akan sertai ialah Seminar Lejen IM. Jom! Kalau ada sesiapa yg nak pegi cepat2 daftar di sini. Kita jumpa di sana yer..

 

 

Wassalam…

 

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

8 Comments

  1. Hi CD.. ain pun nak belajar teknik SEO lah boleh?
    Lovely Ain ajak kita terjah…Ain ke I-City Water WorldMy Profile

  2. Mak tok berblogging? Wahhh, memang hebat.
    myliferia ajak kita terjah…Cara Hilangkan Jerawat Berparut Yang Dah 7 Tahun Bertapa Pada WajahMy Profile

  3. Alhamdullillah.. memang teruja sangat2.. banyak ilmu dapat dengan CD.. terima kasih CD kerana sudi berkongsi ilmu 😀
    Yati Sidek ajak kita terjah…Bezakan antara kasih dan kasihanMy Profile

  4. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki.. TUNJUK AJAR KU SIFU!! 😀
    Yati Sidek ajak kita terjah…Bezakan antara kasih dan kasihanMy Profile

  5. Salam CD, wah dua orang ini begitu teruja bila belajar tentang teknik SEO. moga terus bertambah ilmu di dada nanti Insya Allah…
    sensasi2020 ajak kita terjah…2015 Disambut Penuh KeinsafanMy Profile

  6. tahniah buat akak berdua… hai..bila lah turn emma pula nak menuntut ni? tak sabar rasanya kak CD…

  7. Wah akak-akak cantik belajar SEO.
    Mesti blog masing-masing best nie.

    Bab SEO nie memang saya teruja nak belajar.
    AZENI AHMAD ajak kita terjah…Rabun mata selepas bersalin? Mitos atau faktaMy Profile

  8. Seronok nyer dapat ilmu SEO. Walaupun Kak Anie baru sangat dialam dunia blogging ni,Kak Anie juga mahu belajar..
    So bila boleh buat appointment dengan CD untuk menimba ilmu baru bagi Kak Anie ini..
    Ada pengeras nye ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge