CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Motivasi

7 Langkah Merealisasikan Matlamat Dan Impian Anda

02/01/2013

Disiplin diri umpama penghubung cita-cita dan kejayaan. Oleh itu untuk mencapai cita-cita dan matlamat, kita perlu mengenalpasti dan merancang bagaimana untuk merealisasikan impian kita. Ini adalah penting sebelum melakukan apa-apa perniagaan internet atau konvensional.

Berniaga dan Jana Wang secara Online menjamin keuntungan yang lumayan tetapi sekiranya kita tidak mengetahui apa yang kita mahu ceburi dan menjadi pakar. Kita akan mengalami sindrom Information Overload. Tidak mengetahui apa yang patut kita lakukan.

Langkah 1 : Pastikan Matlamat dan Impian Apa Yang Kita Mahukan

Jelaskan dengan nyata dan terperinci, sekiranya kita inginkan kekayaan, berapakah kekayaan yang ingin anda perolehi, berapakah nilai kekayaan anda. Apa yang anda bakal miliki dan sebagainya. Sekiranya inginkan pekerjaan yang baik, apakah pekerjaan itu? Bagaimanakah suasana semasa anda bekerja ?

Pastikan anda memperincikan segala tentang matlamat dan cita-cita yang anda inginkan. Ini akan memudahkan anda untuk membayangkan dengan minda dan fikiran anda bagaimanakah perasaan anda setelah anda berjaya dan apa yang anda miliki, ini dapat menggerakkan seluruh tubuh dan rohani anda agar menerima dan bergerak untuk merealisasikan matlamat dan cita-cita anda.

Langkah 2 : Tuliskan Pada Kertas Sebagai Simpanan Dan Rujukan

Cita-cita hanyalah seperti angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka kita diwaktu petang. Angin itu tidak akan memberi kesan kecuali keselesaan sementara. Tuliskan cita-cita itu tadi supaya ianya menjadi sesuatu yang dapat kita genggam, bukan sekadar angan-angan sahaja. Cita-cita yang ditulis diatas kertas dapat kita pegang, rasa, baca dan malah ubah mengikut keperluan kita, barulah cita-cita ini mempunyai perasaan dan semakin hampir dengan kita.

Langkah 3 : Pastikan Tarikh Untuk Mencapai Matlamat dan Impian

Menentukan had masa bagi matlamat dan impian yang telah ditetapkan dapat memandu anda untuk mencapai matlamat itu dengan lebih cepat, ia dikenalpasti dapat memberi kita kekuatan untuk bekerja dan berusaha bagi mencapai matlamat yang kita harapkan. Dateline ini akan menjadi pengawas dalam fikiran kita.

Apabila kita tidak menyumbang kearah apa-apa matlamat, fikiran kita akan sentiasa mengingatkan kita kembali kepada tarikh keramat itu. Kita dapat melakukan dengan lebih cepat beberapa hari terakhir, berbanding permulaan hari tugasan diberi.

Pilih tempoh masa yang berpatutan. Juga tuliskan tempoh masa bagi mencapai matlamat -matlamat kecil ini dapat membuat kita lebih fokus . Tiada matlamat yang tidak munasabah, yang ada hanyalah tempoh masa yang tidak realistik. Sekiranya matlamat tidak dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan apa yang anda perlu lakukan ialah melanjutkan tempoh masa tersebut agar lebih realistik dengan tempoh yang baru.

Langkah 4 : Senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang kecil

Perkara pertama yang perlu dikenalpasti ialah halangan dan rintangan yang perlu diatasi. Ini termasuklah semua halangan luaran dan dalaman yang mungkin akan menyekat kita.

Perkara Kedua ialah menyenaraikan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan yang perlu dipelajari dalam mencapai matlamat.

Perkara Ketiga ialah Menyenaraikan orang-orang yang dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada anda.

Langkah 5 : Aturkan Langkah-Langkah yang perlu diambil mengikut keutamaan.

Pilih langkah pertama yang perlu dilakukan dan seterusnya megikut urutan. Adakalanya ada langkah yang penting dan ada langkah yang tidak begitu penting. Ada kalanya juga terdapat dua langkah yang perlu dilakukan serentak pada satu masa. Nilaikan supaya perancangan yang ingin dilaksankan berjalan lancar dan berjaya.

Andaikan kita ingin memulakan sesuatu perniagaan disebuah pekan. Kita perlu belajar dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan yang ingin kita ceburi. Modal, mencari tempat, memesan barang-barang dan memulakan perniagaan. Kita juga perlu mengenalpasti pembekal-pembekal yang akan menyokong perniagaan itu nanti.

Merancang untuk kejayaan itu penting itu akan menjadikan kita lebih fokus. Tarikan- tarikan yang dapat menyebabkan kita tersimpang jauh akan cepat kita sedari. Apabila teragak-agak, segera bertanyakan pada diri kita sama ada langkah yang dilakukan terdapat dalam senarai perancangan . Sekiranya tidak tinggalkan perancangan itu.

Langkah 6 : Lakukan Apa Yang Dirancang

Perkara yang dirancang perlu dilaksanakan pada hari ini juga. Ambil langkah pertama kerana langkah itu adalah yang paling sukar dilakukan. Sesudah langkah pertama itu selesai lakukan langkah kedua dan seterusnya. Antara ciri-ciri orang berjaya ialah orang yang mengambil langkah pertama.

Semak senarai yang dibuat jangan bertangguh melakukannya, gantikan ianya dengan perkara yang membawa kita semakin dekat kepada matlamat kita. Bertangguh-tangguh melakukan sesuatu ysng telah dirancang seperti mencuri masa . Kita bertangguh kerana mahu berhenti menonton wayang ataupun berbual kosong dengan rakan.

Kita dapat melakukan perkara tersebut pada masa hadapan setelah mencapai matlamat, tetapi kita melakukan sekarang, kita mencuri masa hadapan untuk dibawa pada masa sekarang. Sedangkan matlamat kita masih belum tercapai,

Langkah 7 : Lakukan Perkara yang Menyumbang Kearah Kejayaan

Apabila kita melakukan perkara yang tidak menyumbang kerah tercapainya matlamat kita, segara berhenti daripada melakukannya. Gantikan dengan perkara yang membawa kita semakin dekat kepada matlamat kita. Lakukan setiap hari, setiap minggu dan bulan demi bulan. Sentiasa bertanya kepadas diri sendiri samaada yang dilakukan itu berfaedah ataupun tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge