CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Blogging

7 Sebab kenapa Cahaya Diana berblogging

13/02/2017

7 Sebab Kenapa Cahaya Diana Berblogging : Assalamualaikum & Salam Sejahtera . Dah masuk tahun ke-7 kak D berblogging.. now baru rasa nak share 7 Sebab kenapa kak D berblogging. Buat shortlisted jer.. Shortlisted ke? Nampak macam panjang jer.. Hahahaa.. kalau rajin korang bacalah sampai habis. Tak rajin tak payah baca. I olls ok jewww.. hiks!

 

Sebab Pertama (1) : Mengabadikan kisah zaman kanak-kanak dahulu kala.

Memang inilah asalnya yang mendorong kak D berblogging sebenarnya. Hanya rakan terdekat sahaja yang tahu macamana kak D kalau dah mula bercerita tentang zaman kanak-kanak kak D, memang tak boleh stop. Kalau kak D stop pun.. ada yang cakap.. “Nak lagi.. cerita la lagi…” Of course lah bila dengan kawan rapat, cerita balik kisah zaman kanak-kanak memang orang boleh gelak tak kering gusi. Sebabnya.. tak padan dengan orang kak D ni.. korang nampak jer macam comel (eceh.. perasan pulak!) tapi masa kecik kak D nakal ya ampun.. Ada jer akal kak D nak kenakan orang masa kecik-kecik. Ada kawan yang mintak kak D tulis buku tentang kisah zaman kanak-kanak kak D yang nakal sesangat ni dan agak tomboy.

Takkan la nak bukukan..sapelah kak D ni nak buat buku bagai. Publisher pun akan fikir enam belas (16) kali nak terbitkan.

“Kau saper?!” – Hah.. sapo? tolong  jawab sat.. Kut kalau tak laku? rugi lerr bisnes dia. Hahahaaa..  Maka baiklah kak D menulis di blog sajer.. yer dak..?? Lantaklah orang nak cakap syok sendiri ke apa ker.. Janji kita enjoyyy..! Esok-esok anak cucu boleh baca. Hahahaa.. Nak tahu kisah-kisah nakal kak D boleh ler baca selanjutnya di sini.

 

Sebab Kedua (2) : Suka mendokumentasikan perjalanan kehidupan yang penuh pancaroba.

Amboii.. ayat drama sangat kan. Ahaks! .. Bab cerita kanak-kanak lain. Semua cerita kenakalan kanak-kanak riang ria yang belum kenal erti dosa pahala. Tapi ni kisah perjalanan hidup sejak di bangku sekolah, hinggalah life sekarang. Tentunya disulami dengan duri dan ranjau, onak, halangan, rintangan.. dan yang sewaktu dengannya. Hahahaa.. semakin berdrama kak D nampaknya. Tapi kak D nak share jugak bagaimana kak D hadapi setiap halangan dan dugaan tu. Pastinya ada pengajaran, keinsafan dan akan hadir beberapa mood dalam setiap kisah yang didokumentasikan.

Setiap di antara kita sebenarnya ada kisah hidup tersendiri. Ada suka duka yang sama ada kita mahu kenang atau lupakan. Dalam ertikata lain “Sejarah Kehidupan” kita sendiri.

Sejarah hidup mendewasakan kita. Sejarah manis boleh kita kenang sampai bila-bila. Sejarah pahit boleh kita jadikan tauladan agar sejarah tu tak berulang kembali. Tak kira baik atau buruk sejarah lalu kita, tetap kita patut bersyukur sebab semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kak D sangat menghargai setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kak D.. lebih-lebih lagi yang melibatkan life bersama keluarga dan sahabat handai. Pendek kata.. kisah-kisah kak D bersama orang-orang yang kak D sayang. Sebabnya.. bila disingkap kembali kisah-kisah dulu bersama keluarga dan sahabat.. adakalanya akan mengeratkan semula tali silaturrahim antara kita.

Kita tak dapat ubah masa lalu, tapi kita boleh ubah masa akan datang jadi lebih baik. Kita mungkin tak sedar, ada kisah yang boleh menginspirasikan orang lain dan membawa manfaat kepadanya. Lebih-lebih lagi kisah kejayaan dan bagaimana kita merangkak dari satu anak tangga hinggalah ke puncak. Alamak.. berjayakah aku? Hehehee.. tak kisah lah kalau bukan kisah kejayaan sendiri, boleh selit juga kisah kejayaan orang lain untuk dikongsi bersama.

 

Sebab Ketiga (3) : Blog tempat meluahkan perasaan dan pendapat peribadi tentang sesuatu isu.

Haaa.. blog ni boleh dijadikan platform untuk kak D berkongsi tentang pendapat kak D sendiri. Rasa nak luah.. luah jer. Kalau ada yang tak puas hati lantak la.. Inikan blog kak D..kak D punya sukalah. Hahahaa.. bunyi agak kasar tapi takkanlah kak D buat blog untuk cari pasal dengan orang. Seboleh-bolehnya kak D nak luah isu atau bagi pendapat ke arah yang nak menjernihkan keadaan, bukan mengeruhkan lagi keadaan. Jangan tak tahu.. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.

Semua penulis akan mati… Hanya karyanya sahaja yang akan terus abadi. Maka, tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti…~ Sayyidina Ali bin Abi Thalib

In Shaa Allah kak D sedaya upaya akan menulis sesuatu yang mendatangkan manfaat buat kita semua. Jangan jadi tukang gossip yang boleh mencetuskan kontroversi atau mengaibkan orang lain semata-mata nakkan traffic yang tinggi.. Tak baik tau.. Allah murka! Kalau Allah dah murka, berkatkah pendapatan hasil dari gossip tersebut..?

Tapi mohon agar pembaca jika ada yang terasa hati dengan penulisan kak D atau ada kesilapan yang kak D lakukan .. Tegurlah dengan cara berhemah. Kak D pun manusia biasa yang tak lari dari buat silap. Jangan takut-takut sebab kak D jenis yang boleh terima teguran dan kritikan.. In Shaa Allah. Yang penting kita chill jer ok.

 

Sebab Keempat (4) : Blog sebagai hub untuk ke media sosial kak D yang lain.

Ni antara kelebihan blog yang kak D cuba maksimumkan penggunaanya. Bagi yang nak cari kak D di media sosial lain, datang jer ke blog www.cahayadiana.com nescaya u olls akan tahu banyak perkara tentang kak D , dapat follow kak D di mana-mana media sosial yang kak D letakkan di sini seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Google Plus.. dll. Yang mana ada jer ler.. . Kalau takde tu takdelah. Tak payah la nak stalk pulak kat memana.

Dah tahu social media kak D tu.. jangan lupa buat apa yang patut dibuat… Like dan Follow. Nak best lagi Share dan hallooo..hallooo ler kak D. Tinggalkan jejak ler maksudnya tu.. Komen yang baik-baik jer tau. hehehehee..

 

Sebab Kelima (5) : Berkongsi Tip/ Petua Kesihatan, Kecantikan, Resepi, Travel dan sebagainya.

Biar betul? tak jumpa pun Tip/ Petua Kesihatan, Kecantikan dan Resepi Masakan kat blog kak D ni. Hahahaaa.. itu antara sebab kak D berblogging jugak sebenarnya. Maksudnya ada niat nak kongsi tapi belum ada lagi. Tapi untuk Kesihatan dan Kecantikan tu dah ada sikit-sikit. In Shaa Allah coming soon akan ditop up lagi. Biarlah orang nak kata blog kak D ni rojak ke apa. Bagi kak D, kak D nak pilih menulis apa yang kak D suka dulu. Sebab dengan cara menulis apa yang kita suka jer kak D boleh terus menulis. Kalau tak kak D akan stuck. Kalau pembaca tak suka takpe.. It’s ok. Kak D yakin pasti akan ada kumpulan pembaca lain yang suka. Heheheee.. ye dak?

 

Sebab Keenam (6) : Kongsi pengalaman Kerjaya dan kongsi Potfolio.

Haaa.. yang ni antara permintaan yang kak D dapat especially dari adik-adik junior yang belajar sama bidang dengan kak D. Tak lain tak bukan, bidang production la. In Shaa Allah yer adik-adik semua.. Bila ada kekuatan kak D akan share.. kena ada kelapangan jugak sebab bila dah seharian mengadap komputer, agak susah nak buat ‘hobi’ yang kena mengadap komuter lagi. Faham ke faham? Hahahaa… maksudnya buat masa ni kak D mengadap komputer semata-mata untuk komitmen kerja + update blog jer, belum lagi ada peluang untuk buat video tutorial bagai. Buat Vlog pun sangkut-sangkut ha.. 1 bulan 1.. boleyh? hahahaa..

Oklah.. doakan supaya kak D dipermudahkan urusan untuk buat tutorial berkaitan penyuntingan video (video editing), motion graphic, penulisan skrip, pengarahan dan sebagainya. Pendek kata kongsi ilmu berkaitan bidang kepakaran kak D lah. Pakar ke? Boleh la sikit-sikit nak kongsi basic tu kan. Hehehee…

 

Sebab Ketujuh (7) : Blog untuk Bisnes, Marketing, Branding dan Buat Duit

Heheheheee.. yang ni paling best. Kak D memang minat Bisnes.. Marketing dan Branding segala mak nenek. Dan paling minat duit ler… Sape taknak duit cek oiii… Hobi-hobi jugak, duit kena la cari jugak kan. Paling best berblogging ni kalau kita buat apa yang kita suka, kongsikan di blog, apply segala ilmu buat duit dengan blog ni.. nescaya akan adalah imbuhannya. In Shaa Allah… Kak D cuba laksanakan dulu yang di atas tu. Ada banyak teknik dan trick. Tapi tetap tak boleh elak keikhlasan tu supaya pendapatan yang kita dapat dari blog ni lebih berkat.

Blog untuk Bisnes : Bisnes apa lagi yang kak D buat kalau bukan servis buat video. Melalui blog, kak D boleh promot bisnes kak D sesuka hati. Yerlah.. blog sendirikan. Inilah yang dinamakan strategy marketing, iaitu melalui blog. Marketing pulak ada bermacam-macam teknik. Marketing melalui blog paling power. Nak-nak lagi main dengan ilmu keyword, SEO, copywriting dan sebagainya. Marketing yang bagus akan menguatkan lagi Branding sesuatu produk tu. Agak-agak.. brand Cahaya Diana Studios dah kuat ke belum? … hehehee.. rasanya tak kuat lagi. Sebab kak D tahu banyak lagi effort yang kak D tak buat sebenarnya. Tengah merangkak-rangkak la ni.. Slow and steady gitu.

Blog untuk Buat Duit: Banyak cara sebenarnya. Antaranya melalui ambil upah untuk review produk, sediakan ruang iklan untuk disewa di bahagian side column atau widget. Buat duit dengan syarikat-syarikat periklanan online seperti Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya.. Paling famous buat duit blog dengan Affiliate lah. Jual Ebook.. dan sebagainya. Huh.. semua penjuru boleh buat duit di blog ni.. Asalkan kita rajin. Nak cerita benda ni kena buat artikel lain ni. So… stay tune yer! hehehee..

Memandangkan kak D ada komitmen lain buat masa ni jadi kak D sebenarnya masih merangkak. Sedang mendidik diri untuk istiqomah dan berkongsi dengan ikhlas, tanpa meletakkan duit sebagai perkara pertama.. In Shaa Allah duit akan hadir dengan sendirinya. Ye ke? Macamana tu? Huihh.. banyak cara sebenarnya. Nantilah cerita.. Hahahaa..

 

Sebenarnya ada lagi ni.. bukan 7 tapi lebih. Nantilah kak D sambung lagi. Dah panjang sangat ni. So, u olls pulak macamana? Kepada rakan-rakan blogger yang lain cuba lah kongsi sket kenapa u olls berblogging sebenarnya? Hehehee..

 

Salam sayang

Cahaya Diana

  1. Macam adik sebab jadi blogger muda2 ni

    1.sebab nak famous macam blogger yuyuzulaikha,
    2.sebab nak share pasal kehidupan saya,aktiviti apa yg saya buat dan tips kecantikan
    3.nak berkenalan dengan blogger

    1. Waaaahhh.. cayalah dik Rabia. semoga impian jadi kenyataan. In shaa Allah u will achieve it.. So yang ke-3 salah sorang nyer kak Dee la kan.. kikikii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge