CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Blogger | Event

8 Sebab anda patut hadir majlis Sepetang Bersama Blogger 2017

07/05/2017

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Macam banyak jer nak bagi 8 Sebab kenapa patut hadir majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 (#SBB2017 ) ni kan. Hahaha.. Takpelah.. sempena kita berada di bulan Syaaban, bulan ke-8 dalam tahun Hijrah, so saya baik hati nak bagi 8 sebab kenapa kita semua patut hadir event Sepetang Bersama Blogger 2017 ni.

Sedikit info jika belum tahu apa itu majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ni. Ringkasnya, majlis ini adalah majlis khas untuk follower Denaihati yang terdiri daripada pembaca setia blog Denaihati.com, rakan blogger,rakan sosial media, usahawan digital /online , founder syarikat, pengasas produk dan yang sewaktu dengannya. Mereka berkumpul dengan tujuan utama ialah untuk bersama membina rangkaian yang besar (network) ke seluruh Nusantara bagi membina ekonomi digital serantau.

Sebelum tu saya nak ucapkan Tahniah! kepada team Denaihati Network kerana berjaya merealisasikan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk 5 tahun berturut-turut bermula 2012. Tahun 2017 adalah tahun ke-6. Manakala, saya pula kali pertama hadir pada tahun 2016 yang lalu.

Group Photo Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (kali ke-5) – Wajah saya memang tak nampak dalam pic ni. Terseorok di belakang blogger ‘Pendekar Berkuda’. Heh.. :p

8 Sebab anda patut hadir majlis Sepetang Bersama Blogger 2017

Sebab Pertama (1) : Featuring 4 ikon hebat dunia online di Malaysia yang akan bercakap isu hangat berkaitan kepakaran masing-masing:

  1. Azrizam Mansor ( Zeo Unic), pakar Google Adsense yang akan berkongsi topik mengenai Online Marketing, khusus kepada Google Adsense. Heh.. topik ni paling saya tak sabar nak dengar.
  2. Cik Lily Putih – antara top blogger di Malaysia. Pemilik blog www.ciklilyputih.com ( Elite Blogger). Saya teringin sangat nak jumpa blogger wanita yang hebat ni.. Harap berkesempatan bergambar dengan Cik Lily Putih kita nie..
  3. Mahadi Mohamed Arifin – Blogger makan terkenal di Malaysia, pemilik blog www.mahamahu.com. Pemenang anugerah Best Foodie Blog dari MSMW Awards 2016. Yang ni rakan blogger Best Blogger Network saya. hehehe..
  4. Dr. Wan Yusof Wan Jeffery – pakar Content Marketing dan SEO Expert. Penulis blog wanyusof.com . Huh.. hebat-hebat kesemuanya.

 

Sebab kedua (2): Penglibatan beberapa syarikat besar dan berpengaruh di Malaysia. 

Mereka adalah Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, MaTiC, GT Global, Yeos Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, CVS Production, Misi Viral, Denaisell, AdiPutra dan eQurban. Bukan calang-calang badan korporat/syarikat yer… semuanya hebat-hebat. Inshaa Allah kalau ada rezeki akan datang Cahaya Diana Studios pun nak sponsor event-event blogger ni lah. Tapi CDS ni syarikat cinonet jer la.. Hehehehe..

Sebab ketiga (3): Masa untuk blogger bertemu face to face dan eratkan silaturrahim… 

Bagi mereka di kalangan blogger, inilah masanya untuk bertentang mata.. face to face dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama rakan blogger dan bukan blogger. Inilah juga peluang untuk menonjolkan diri anda agar orang tahu anda juga adalah blogger. Mana tahu kut ada job review boleh share-share kan. Hahahaa… Kalau tak promot diri sendiri, siapa lagi kan?

Sebab keempat (4): Ada sesi malam ‘Gala Dinner & Award Night’ dengan tema ‘Glamour & Glitters’ uolls…! 

Sebenarnya masa nak daftar baru saya perasan tema untuk ‘Gala Dinner & Award Night’ ni.. iaitu ‘Glamour & Glitters’. Mak aihh.. ini memang meletop lah. So, nampak tak dari segi pengisian sangatlah padat! Memang berbaloi dengan hanya bayar RM50 kita dapat semua ni. Idea menarik apabila diadakan malam anugerah untuk blogger bagi menghargai usaha mereka serta menaikkan lagi martabat blogger. Mana tahu lepas ni menarik lebih ramai orang untuk jadi blogger. Why not?

Sebab kelima (5): Kemungkinan ini adalah kali terakhir Denaihati menganjurkan majlis #SBB2017 ni.

Ini bukan desas desus atau gossip tak berasas. Saya dapat info ni sendiri melalui sumber yang boleh dipercayai. Jadi, jom kita manfaatkan peluang untuk memeriahkan majlis ini bersama-sama untuk kali terakhir.  Agak sedih dengar tapi saya yakin Denaihati ada perancangan yang lebih baik di masa akan datang. Saya difahamkan ada sesuatu yang akan dikongsikan oleh team Denaihati dengan para peserta majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 pada 13 Mei ini. Sebab tu kena datang. Adalah tu mereka nak umumkan sesuatu. Mana tahu ada peluang jadi rakan niaga Denaihati ker.. kan? 😉

Sebab keenam (6): Ramai masih tak faham bagaimana blogger buat duit digital

Ramai sebenarnya yang masih tak faham lagi bagaimana blogger buat duit digital ni. Khusus yang rasa dirinya zero knowledge tentang dunia pemasaran online yang sebenar dan juga dunia blogging. Inilah masanya untuk anda beri peluang pada diri untuk dapat pencerahan dari yang pakar. Saya yang selalu ikut seminar online marketing pun rasa banyak lagi ilmu yang saya tak tahu. Dunia online ni sangat luas skopnya… umpama lubuk duit yang tak bertepi. Tudiaaa.. mana mai lubuk duit tak bertepi tu. Hehehe.. Ok, so please buang ego dan datang lihat sendiri potensi bagaimana anda boleh selamatkan ekonomi sendiri melalui blogging dan sosial media.

Sebab ketujuh (7): Banyak hadiah cabutan bertuah menanti

Dengar cerita banyak hadiah cabutan bertuah yang menanti di majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 tu nanti. Tengok pada senarai penaja jer pun kita dah tahu yang majlis ni bukan calang-calang hadiah kita akan dapat. Hahahaa… Penting jugak ni.

Haa.. nasib baik ada gambar ni. Meriah time ni sebab meja kami paling ramai dapat hadiah cabutan bertuah. Cayalah Best Blogger Network!

Sebab kelapan (8): Dapat bertemu Cahaya Diana dan bergambar bersama. Hiks!

Hahahaa.. statement ni sangat poyo bunyinya. Bhahahaa… Eh.. tapi betul apa. Bila lagi kita nak bersua muka. Yerla..saya bukannya blogger hebat macam MahaMahu tu.. Oklah.. tak nak jumpa takpe. Tapi datang jer.. Serius best baq haannggg… Kalau bukan sekarang bila lagi?

Ok, finally berjaya jugak cukupkan 8 sebab. Yang last tu dah macam takde idea kan? Hahaha.. Maklum lah saya baru jer mendaftar beli 3 tiket ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ni di sbb.my. So memang tengah excited la nak jumpa rakan-rakan baru kat sana nanti..

Nasib baiklah job edit Program TV Yang Pertama dah siap submit semua episod ke RTM. Huhuhuhuu.. Kalau tak jenuh jugak. Tak berani nak bagi komitmen untuk hadir mana-mana event. :p

 

 

Ok bye for now!

 

Luv,
Cahaya Diana

  1. Yang part last sekali tu paling xleh blah… Hahahaha
    Nasib baiklah tak daftar sbb haritu… Beberapa hari lepas dok scroll FB, tgk balik tarikh sbb2017 baru teringat yang saya ada program 13&14 Mei pagi sampai malam…
    Xdpt g lagi nampaknya…

  2. it clash my sons event. One is have test at primary school he is 6yrs old..another going to school field trip. will need wait til next year.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge