About

CahayaDiana.com adalah personal blog milik Cahaya Diana. Anda boleh panggil beliau dengan panggilan Diana, Dee atau CD . Ada juga yang memanggil ‘Cahaya’ dan bagi yang berpangkat adik.. boleh la panggil kak D.

Sedikit Latar belakang Cahaya Diana

Nama sebenar ialah Nordiana Md Nor, Berasal dari Kedah dan merupakan anak ke-7 daripada 9 adik beradik. Berbintang Gemini, seorang yang sentiasa ceria dan ada sense of humor walau wajahnya nampak serius. Tetapi kalau duduk dengan orang lain yang lebih kecoh, beliau akan jadi pendiam.

Illustrasi oleh Yon

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda Sinematografi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Diploma Teknologi Media (Penyiaran dan Periklanan) dari Kolej Yayasan Melaka (KYM).

Budak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah.

 

Profession:

Bekerja di belakang tabir drama dan filem.. Pernah bekerja sebagai Penulis Skrip/ Research Writer di sebuah production house Double Vision Sdn. Bhd., kemudian menjadi Penyunting Drama dan Filem di Metrowealth MIG Sdn. Bhd. Kemudian mendapat offer bekerja semula di Double Vision sebagai Pereka Grafik. Sekarang mengusahakan perniagaan sendiri  dengan mendaftarkan syarikat yang diberinama Cahaya Diana Studios.

Klik sini untuk lihat hasil kerja Cahaya Diana.

Cahaya Diana mula berblogging pada tahun 2010, pada mulanya sekadar suka-suka. Tapi  kini membuat keputusan untuk jadikan blog sebagai platform untuk berkongsi perjalanan beliau di dalam bidang penerbitan dan juga berkongsi pengalaman sendiri dan rakan-rakan seperjuangan di dalam industri yang sama.

In Shaa Allah semoga apa yang dikongsikan di blog ini dapat memberi manfaat untuk semua.

Untuk sebarang soalan boleh hubungi Cahaya Diana di: Facebook

    1. Terima kasih kak Shima Signature yg vogie da vasss.. hahahaa.. alamak dah kemas ke macam tu? Thanks anyway..

  1. Sepanjang mengenali kak CD ni, orangnya memang sempoi. tapi bila beliau berbicara banyak idea yang dikeluarkan. tak rugi jika dapat mendekati beliau kerana banyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge