CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Agama | Bisnes

Adakah MLM Haram? (Part II)

05/05/2014

Ini adalah sambungan daripada artikel Dr Badrulamin dari keratan Majalah Bisnes: Adakah MLM Haram Part I.

*********************************************************
“ kita perlu kembali kepada asas serta panduan yang telah diberikan Rasulullah dan Islam sebagai jalan penyelesaian.”

“Asas pertama ialah produk mesti halal, kedua, jujur atau tiada penipuan, sementara yang ketiga, tiada penindasan”. Jelas beliau yang juga pendakwah terkenal dan bekas pensyarah UIAM.

Sebagai pengamal perniagaan ini, Dr. Badrulamin memahami salah satu system MLM ialah pyramid. Namun, katanya system pyramid yang disalahgunakan telah menjadi punca pertikaian sehingga MLM dianggap haram.

“Sistem pyramid tidak salah. Apa yang salah ialah kaedah transaksinya yang menyeleweng. Kita perlu melihat dalam Islam terlebih dulu sebelum mendakwa MLM haram”. Tegas beliau.

Dr. Badrulamin memberi contoh seorang guru Al-Quran. Guru tersebut, katanya akan mendapat pahala setiap kali orang yang diajarkan itu membaca Al-Quran walaupun dia tidak lagi mampu mengajar atau membacanya. Dia memperoleh pahala lagi apabila orang itu pula mengajar orang lain membaca Al-Quran dan seterusnya.

“Orang yang mengajar solat juga mendapat pahala setiap kali orang yang diajar itu solat. Pahala diperoleh lagi apabila orang tersebut mengajar orang lain pula solat. Bukankah itu ada persamaan dengan system pyramid MLM?” jelasnya.

Tambah Dr. Badrulamin, jika Islam memberi pahala kepada pengajar, MLM memberi komisen atau bonus kepada upline apabila downlinenya bekerja. Katanya, pengajar itu boleh disamakan dengan upline dan yang diajarnya pula, downline.

“Tidak salah, malah pengajar atau upline wajar mendapat ganjaran. Jika transaksinya tiada penyelewengan, mengapa pula haram?” tegas beliau.

Rasulullah sendiri telah bersabda mengenainya, iaitu ;
“Sesiapa yang mengajar perkara yang baik, lantas perkara itu diamalkan, orang yang mengajar itu mendapat pahala.”

“Ambil contoh diri saya sendiri, Saya membuka jalan perniagaan kepada rakan atau orang lain. Apabila downline saya itu menaja downlinenya pula dan seterusnya, saya akan mendapat ganjaran. Apakah saya tidak wajar mendapat ganjaran?” , jelas Dr. Badrulamin.

Perdebatan dan tanggapan negative timbul kerana ada syarikat MLM yang menyeleweng dalam transaksinya. Oleh kerana itulah Dr. Badrulamin sekali lagi menegaskan perniagaan yang perlu berpegang teguh pada asas dan panduan Islam.

Pertama, katanya, ada produk dan produk itu mesti halal kerana Islam menolak yang haram. Sebarang produk asalkan halal dan memenuhi kehendak syarak, boleh diniagakan.

“Kedua, jujur atau tidak menipu. Rasulullah bersabda, sesiapa yang menipu, bukan daripada golongan kami. Contoh, jujur ialah menepati janji, patuh pada pesanan dari segi jumlah serta tidak menipu sukatan atau timbangan dan harga barangan, “ tegasnya.

Tambah Dr. Badrulamin, kejujuran amat penting kerana peniaga yang sedemikian akan mendapat keredhaan Allah dan Rasulnya. Jelas beliau, Rasulullah bersabda, peniaga yang jujur akan bersama denganKu di dalam syurga seperti rapatnya jari telunjuk dan jari tengah.

Ketiga, tiada penindasan atau segala bentuk penganiayaan seperti memeras tenaga pekerja untuk kepentingan sendiri, tiada upah atau gaji, tiada elaun lebih masa dan tiada masa rehat. Asalkan ada pengagihan ganjaran walaupun berbeza kadarnya, ia tetap wajar,” jelas Dr. Badrulamin.

Katanya lagi, jangan hanya downline saja yang bertungkus lumus bekerja, tetapi tidak mendapat ganjaran yang wajar, sedangkan upline kaya raya.

Selain itu, perniagaan tidak salah jika dijalankan dengan niat kerana Allah, menyebarkan kebaikan dan memberi kebaikan kepada semua orang.

Tambah Dr Badrulamin, orang Islam mesti menyokong perniagaan orang Islam. Membantu perniagaan orang Islam adalah jihad ekonomi.

Mengenai dakwaan MLM haram kerana ia ciptaan Yahudi, Dr Badrulamin membuat kesimpulan mudah. Katanya masalah siapa pencipta tidak harus ditimbulkan. Apa yang penting ialah cara pelaksanaan dan matlamat. Orang Islam boleh menggunakannya asalkan tidak bercanggah dengan asas dan panduan yang disebutkan tadi. Tidak salah asalkan memberi manfaat kepada semua,” tegas beliau.

Dr. Badrulamin turut mengingatkan soal pembayaran zakat perniagaan. Tegas beliau, syarikat milik orang Islam yang berjaya perlu mengeluarkan zakat perniagaan agar mendapat keberkatan dan diredhai Ilahi.

MLM komen-dr-badrulamin2*******************************************

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge