CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Agama | Bisnes | Umum

Adakah MLM Haram?

03/05/2014

Artikel tentang persoalan sama ada bisnes MLM ni haram atau tak. Ini adalah artikel lama yang CD jumpa balik dalam my lappy. Almost 5 years tersimpan dalam folder diam-diam jer..

Artikel ni adalah pendapat peribadi Dr Badrulamin Hj Baharon yang mana berasaskan kepada panduan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W dan Islam sendiri.

************** Petikan Artikel dari majalah Bisnes *****************

Bidang perniagaan itu luas dan wujud dalam pelbagai bentuk. Perdagangan, runcit, francais, broker dan sebagainya adalah antara bentuk perniagaan yang popular. Menurut Islam, 90 peratus sumber rezeki adalah daripada perniagaan.

Islam memang menggalakkan umatnya berniaga. Allah juga telah berfirman;

“Sesungguhnya Aku menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

Pemasaran pelbagai peringkat atau Multi Level Marketing (MLM) juga satu bentuk perniagaan dan sedang berkembang pesat di Negara kita. Kerajaan, menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut menggalakkan rakyat menceburinya.

Baik sepenuh masa mahupun sambilan, semakin ramai yang menjalankan perniagaan MLM. Ramai yang sanggup berhenti kerja makan gaji kerana mengejar pendapatan lumayan yang diperolehi daripadanya.

Namun, akhir-akhir ini setelah ramai yang membina kehidupan mewah menerusinya, perniagaan MLM dikatakan haram. Akibatnya, ramai umat Islam yang tersentak dan menyesal kerana telah terbabit sekian lama.

*************************************************************************

Ok, memang tak dinafikan CD sendiri asalnya skeptical dengan MLM ni, selepas gagal beberapa kali dalam beberapa buah syarikat MLM yang CD pernah ceburi. Dalam masa yang sama CD ada perasaan tak puas hati kenapa ada yang boleh jadi kaya gila? Bila dengar tentang susah payah diorang yang dah jadi kaya tu terus CD surrender.. sebab rasa diri ni tak mampu nak buat macam yang diorang buat. Heheheee… Tapi belum lah sampai nak judge yang MLM ni haram.

So far pengalaman CD sendiri tak nampak lagi kat mana nak kata yang MLM ni haram sebab so far produk-produk MLM yang CD join ni halal jer, cara transaksi pembayaran pun takde masalah apa-apa. Cuma.. CD sendiri sedar kenapa CD gagal..

Antara sebab yang jelas time tu ialah.. CD takdak skill nak menjual dan cakap-cakap dengan orang.. Takdak skill nak jadi leader lagi time tu. Confident level pun kurang, takdak passion sebab join pun sebab ikut kawan, bukan join sebab diri sendiri. Tak jelas apa WHY CD join masa tu. Yang CD tahu nak buat duit jer.. Tapi macamana nak buat duit kan kalau takde ilmu? Nak belajar pun malas. Memang ada kelas training disediakan tapi CD sendiri yang malas nak join dan sentiasa beralasan. Sendiri mau ingatlah..

Maka..atas alasan tersebutlah CD mengishtiharkan yang diri ini gagal.. Heheheee.. Then tetiba jadi skeptical tak tentu pasal. Standardlah kan… kalau dah jadi negetif tu.

Ok..berbalik kepada artikel Dr Badrulamin ni, memang CD setuju sengat dengan apa yang dikatakan oleh beliau…

MLM komen-dr-badrulamin1

Bersambung…

  1. yang haram tu apa bila ada unsur2 menipu..
    sekarang ni banyak yang berniaga di media sosial yang menipu..yang itu lagi haram…
    kadang2 kerana nila setitik rosak susu sebelanga….kerana tu apabila kita nak terjebak dengan perniagaan MLM kita kaji dulu keujudan syarikat nya,siapa pengasasnya . latar belakangnya,,adakah produk terbaik dari ladang,,dan tiada pihak ketiga,,bukan salah MLM tapi salah SISTEM je !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge