CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Al-Fatihah buat seorang sahabat

05/07/2015

Tanggal 3 July 2015, jam 10.40 seorang sahabat saya telah kembali ke Rahmatullah.. beliau yang saya maksudkan ialah arwah Nurul Ilyani Abdullah Hasnan.

Nurul Ilyani.. atau kami panggil Yani di SMKAK dulu seorang yang periang dan sentiasa ceria. Memang kalau duduk dengan Yani kami akan sentiasa happy dan bergelak ketawa. Hilang stress belajar sekejap. Itulah yang saya sangat ingat tentang Yani, seorang yang suka ketawa.

Paling saya tak boleh lupa, Yani pernah cakap dia sangat admire dengan artwork saya. Sebenarnya arwah Yani juga seorang yang sangat creative dan ada sense of creativity tersendiri. Tengok pada facebooknya sahaja dah nampak bakatnya lebih ke arah fotografi alam dan moment. Sangat mengagumkan.! Tapi… Allah lebih sayangkan sahabat kami..

Pemergian pada bulan yang mulia.. Ramadhan Al-Mubarak.. malam Nuzul Quran, hari Jumaat.. Subhanallah.. Memang terasa sangat arwah mendapat Husnul Khotimah idaman setiap muslim.. Ya Allah.. tempatkanlah sahabatku di tempat orang yang beriman.. Semoga Yani tenang di sana..

 

Ya Allah..sayunya hati ni…. Tak dilupa, takziah buat Nurul Ilyani sekeluarga. Kepada anda yang terjumpa artikel ni..marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Yani.

alfatihah

 

PS: Saya cuba cari tulisan ‘autograf’ arwah kat saya masa kali terakhir kami jumpa. In Shaa Allah jumpa nanti saya nak abadikan kenangan hasil tulisan arwah di sini.

    1. Thanks iuzira datang lawat blog saya. Semoga kita semua bertemu di syurga yg abadi.. Amiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge