Apa itu Hakcipta? : Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni nak share info penting mengenai  apa itu Hakcipta. Rasanya ramai yang cuba faham apa yang dimaksudkan dengan hakcipta. Ada juga yang dah faham tapi cuba nak faham sekali lagi. Macam kak D.. Hehehee..

 

Hakcipta adalah Hak Eksklusif yang diberikan kepada pemilik/ pencipta karya bagi satu tempoh tertentu dan perlindungan adalah secara automatik sebaik sahaja memenuhi kriteria-kriteria yang diperuntukkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 .

 

Kriteria Hakcipta

  • Asli – Karya hendaklah asli dari si pencipta.
  • Bertulis, direkodkan atau diterbitkan dalam apa-apa medium.
  • Pengkarya mestilah warganegara Malaysia atau warganegara dalam mana-mana negara yang menjadi ahli kepada Konvensyen Berne.

 

Karya-karya yang Dilindungi

Kita lihat ramai yang berkarya tak kira dalam apa bentuk karya seni dan sebagainya. Namun, antara karya-karya yang dilindungi ialah seperti:

  • Sastera
  • Rakaman bunyi
  • Seni
  • Siaran
  • Muzik
  • Terbitan
  • Filem

Inisiatif Baru Perlindungan Hakcipta

Sistem Pemberitahuan Sukarela Hakcipta
– Bagi membantu mengukuhkan pembuktian keempunyaan karya pemunya.

Badan Perlesenan
– Bagi memantau aktiviti yang dijalankan oleh badan perlesenan supaya lebih telus, kebertanggungjawaban dan sistem tadbir urus yang baik.

Tribunal Hakcipta
– Rujukan bagi mana-mana pengguna yang tidak berpuashati terhadap tarif kutipan royalti, isu bayaran saraan saksama (equitable remuneration) dan permohonan lesen terjemahan.

 

Bagaimana Melindungi Karya Anda?

Kaedah Pembuktian Hasil Karya
– Affidavit/ Akuan Bersumpah

Bukti Keterangan
Pos surat berdaftar beralamat sendiri (Mahkamah) Peti simpanan deposit (rekod)

Inisiatif Baru
– Pemfailan Notifikasi Pemberitahuan Sukarela Hakcipta di MyIPO

 

Tempoh Perlindungan

INDIVIDU
Sepanjang Hayat +50 Tahun;

  • Sastera
  • Seni
  • Muzik

BUKAN INDIVIDU
5 Tahun

  • Filem
  • Rakaman Bunyi
  • Siaran
  • Karya Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge