CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Apa itu Montaj Opening dan End Credit ?

06/02/2015

Bagi anda yang selalu layan drama kat TV atau filem pasti ternanti-nanti siapakah pelakon yang terlibat dalam drama /filem tersebut. Biasanya di awal cerita dan di akhir cerita pun ada. Itulah yang dinamakan montaj opening dan ending credit.

 

APAKAH ITU MONTAJ OPENING DAN ENDING CREDIT ?

Mudah jer nak faham kan bila sebut montaj opening dan ending credit ni ? hehehee.. sah-sah la kalau opening tu di permulaan (introduction) dan ending tu pulak di pengakhiran cerita.

 

CD bagi maksud ni pun berdasarkan ayat yang mudah semua orang faham. Kang kalau nak ikut sangat istilah drama / filem yang betul banyak istilahnyer. Tak perlulah nak detail sangat buat masa ni. Cukup sekadar semua orang faham. Pengetahuan am jer ni. hehehee..

 

Sebenarnya kalau anda perasan, montaj opening dan ending credit lebih kurang sama jer kedua-duanya. Tapi tetap ada perbezaan.

 

Opening Credit  

Biasanya Opening Credit tu hanya memaparkan nama-nama orang penting jer seperti nama pelakon yang memegang watak utama, nama penerbit, penulis skrip, pengarah dan penerbit.

 

Durasi masa tak panjang. Kurang dari 1 minit atau lebih beberapa saat jer. Sekadar nak bagi tahu orang-orang penting yang terlibat. Yer lahh.. kadang-kadang penonton cepat jer tukar channel kalau dia tak tahu sape pelakon / watak utama dalam cerita tu. Kalau dia tengok pelakon tak best pun dia tetap tukar channel.. kan? kan? kan? 😀

 

Namun ada juga yang hanya letak nama-nama pelakon jer… ( atas permintaan pengarah / penerbit /client..)

 

Ending Credit

Biasa disebut end credit. Dipaparkan di akhir cerita. Durasi panjang sikit dari opening sebab end credit ni akan memberitahu kesemua pelakon yang terlibat (termasuk pelakon tambahan / extra ).

 

Selain tu ending ni bertujuan untuk memberi penghargaan kepada krew-krew belakang tabir, penaja dan mereka yang turut terlibat dalam menjayakan sesebuah rancangan / drama / filem. (ayat ni pun dah ala-ala ending credit . hahahaa..)

 

Part ending ni jarang penonton stay lama untuk lihat sampai habis melainkan montaj ending ni menarik. Ada juga ending yang letak ‘Bloopers’ (scene yang tak jadi) . Biasa cerita komedi lah diorang buat macam ni. Haaa..ending macam ni ramai penonton akan stay sebab korang memang suka tengok part-part kantoi ni kan? kan? kan?

 

Sepanjang CD jadi editor ni kadang – kadang tak semestinya CD edit ‘body’ drama tu. Ada masanya CD cuma edit opening dan ending jer. Antara drama yang CD pernah buat opening dan ending credit seperti:

  • Tentang Bulan The Series
  • Mertua vs Menantu
  • 3 Janda
  • Cinta Tikar Sejadah
  • dll….

Hmmmm… apa lagi ek. Dah lupa. Nanti cek balik kat resume CD. Hahahaaaa..  Sebagai contoh opening dan ending credit CD sempat la keep yang satu ni tapi bukan CD yang buat montaj ni yer. Nak show contoh jer.. Tapi video ni dah siap campur Opening dan Ending Credit. 🙂

 

 

Ni drama bersiri bertajuk “Siong” (2010) , arahan Adam Hamid. Terbitan Talisman Pictures. CD edit body cerita ni bersama dengan beberapa editor . Nama sayer kat sini bukan Cahaya Diana yer… tapi Diana Md Nor. 🙂

 

Harap maaf ler CD embed dari fesbuk jerrr.. Ini jer koleksi yang ada. Planning nak kumpul artwork lama-lama upload di youtube CD, baru syok share di sini. Coming soon..

 

Ok lah tu jer sharing untuk hari ni.  Sekadar kongsi pengalaman & sedikit ilmu yang ada ni..

 

Wassalam.. 🙂

  1. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum
    wow wow..best nya… mula mula macam tak berapa nak baca tapi bila paksa diri hinga ke akhir..very interesting..Tahniah kerana memilih bidang ini..and appreciate your sharing.
    kak Anie ajak kita terjah…Wakaf Al-Quran Bantuan Bencana BanjirMy Profile

    1. Thanks kak Anie..
      hahahaa..mula2 macam tak berapa nak baca yer? Kak Anie boleh berlakon? jom casting..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge