CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Slider | Video Editor

Aplikasi Penyuntingan Video Terbaik 2017

04/04/2017

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ramai yang tanya saya tentang apakah Aplikasi Penyuntingan Video Terbaik 2017 ? Agak susah nak jawab sebab saya bukan seorang editor yang selalu bertukar-tukar software/ aplikasi video editor. Sebagai seorang professional video editor, saya hanya biasa dengan software/aplikasi yang bersesuaian dengan tuntutan kerja saya. Semestinya aplikasi Final Cut Pro atau singkatannya FCP . Selain FCP, saya juga guna perisian /aplikasi Adobe Premiere Pro.

Saya ada juga buat sikit kajian tentang Aplikasi Penyuntingan Video Terbaik 2017. Hasil yang saya dapat memang berpihak kepada software yang saya guna. Tapi dalam masa yang sama kita kena tahu kehendak individu yang hasilkan video tersebut. Sekarang ni ramai yang dah pandai edit video tapi hanya guna aplikasi yang mudah sahaja dan lebih efektif untuk pemasaran online, media sosial dan sebagainya.

Kalau untuk kegunaan sendiri, tujuan pemasaran online produk sendiri.. yang tak perlukan kualiti setaraf video korporat, atau penerbitan tv, maka tak perlulah menyusahkan diri guna aplikasi yang agak complicated dan agak manual macam yang saya guna.

Jadi, macamana kita  nak tentukan aplikasi penyuntingan video manakah yang terbaik untuk tahun 2017? Ok saya rasa jadual di bawah ni lebih bagus untuk panduan mereka yang masih tercari-cari software apa yang nak digunakan untuk penyuntingan video. Tapi aplikasi di bawah ni masih di tahap professional.. Cuma di sini diterangkan sekali kelebihan dan kekurangan. Yang paling penting ialah part “Editor Rating”… so lepas ni boleh lah decide nak try aplikasi mana yang anda suka..

Sumber : http://sea.pcmag.com/

Boleh klik imej di atas untuk besarkan. OK sampai di sini dulu. Inshaa Allah ada masa akan di update dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge