CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Artis | Hiburan | Umum

Awak kat mana ?

20/11/2014
Cover Photo Album terbaru Taufik Batisah - Fique

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Today nak share yang light-light jer.. CD tengah syok dengan lagu ‘Awak Kat Mana’.. Syok pulak lama-lama dengar.. heheheeee..

 

First time dengar lagu Awak Kat Mana ni masa kat seminar Chapter F anjuran Sifu FB Ads lepas. Emcee Nazs Senseksi berjaya hiburkan kitorang dengan buat excercise sambil ikut rentak lagu ni. Best! Lebih-lebih lagi emcee dah create satu culture dalam seminar; Tepuk bahu kawan sebelah dan tanya dia.. “Awak kat mane?”

 

After seminar, bila dengar lagu ‘Awak kat mana’ dimainkan di radio CD terus ingat suasana seminar Chapter F tu . Dengan emcee nya sekali. Padahal siapa yang nyanyi pun CD masih belum tahu. Hebatnya orang pertama yang perkenalkan lagu tu kat kita mengatasi si penyanyi tu sendiri. Hahahaa… lebih-lebih lagi words ‘awak kat mana’ tu pun dah jadi trending. #awakkatmana #awakkatmane

 

Finally terdetik nak cari siapakah penyanyi lagu tu.. Akhirnya tahulah CD siapa peyanyi sebenar lagu Awak kat mana. Taufik Batisah, penyanyi dari Singapore .

Actually tak berapa ikut sangat industri muzik ni. So, CD memang kurang mengenali Taufik Batisah.. rupa-rupanya dah 10 tahun lebih dia ni aktif menyanyi. Alahai.. kesiannya kat aku ni.. hahahaa… takpelah now dah kenal. Tu pun baca info sedikit sebanyak tentang beliau di sini. Boleh tahan cool!

 

Satu lagi persembahan Taufik Batisah dengan lagu Awak kat mana yang CD jumpa di Youtube ialah video di bawah ni:


Fantastic! Dengan tarian ala-ala korea dan ada trademark tersendiri. Memang unik, cacthy dan trendy! Sesuai dengan isu percintaan remaja masa kini yang childish dan menjengkelkan. Sikit-sikit nak tanya ‘awak kat mana’? Memang betul tu bukan manja, tapi mengada-ngada. Hahahaa..

 

Lirik lagu Awak kat mana

Awak kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana (ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana (yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana (ditanya tanya lagi)

 

Awak kat mana, awak awak kat mana
Asyik awak kat mana macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

 

Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluat ku dibuatnya

 

You nak pergi mana? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit sikit dia mesti tanya di mana

 

*Ulang chorus #awakkatmana

 

Awak kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau bukan budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

 

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mana, awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)

 

Lain kali cuba berdikari
Beerti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana

 

*Ulang chorus #awakkatmana

 

Mampu berkomunikasi dengan audien secara langsung

Apa yang CD perasan keunikan lagu Awak kat mana ni bukan setakat pada lirik yang berbaur mengejek sahaja. Tapi keunikan yang CD maksudkan ialah lagu ni mampu berkomunikasi dengan audien secara langsung. Sebabnya.. ada dialog tambahan yang boleh diubahsuai ikut kesesuain majlis.

 

Assalamualaikum.. 

Saya.. sekarang dekat.. (nama majlis).
Dah nak selesai dah.. lagu Awak kat mana ni..
Saya nak tanya sikit.. 
Eh..eh..(batuk kecil)… Meluat tak? / Suke tak?

(ketawa…)

Errr….. Awak kat mana?

Perghh.. ayat ni yang buat audien sorak gila. Hahahaa.. Pandai tul si Taufik ni main dengan emosi audien. Dengan suara ala-ala senseksinyer tu (kang marah abang Nazs senseksi kiter ).

 

Tapi to be honest selepas dah teruja dengan dua video persembahan Taufik di atas, barulah CD lihat official clip video lagu Awak kat mana ni.

Macam ada kekurangan dengan clip video ni. CD mengharapkan dalam clip video ni ada tarian macam dalam persembahan tu. Nampak lebih hidup. Tapi yang ni kurang ummpphh.. lah. Hahahaa..

 

Tak kisahlah.. walau apa pun syabas diucapkan buat Taufik Batisah atas pencapaian beliau. Bakat semulajadi yang dimiliki memang tak ternilai harganya dan CD nampak Taufik boleh pergi lebih jauh dalam industri ini.

Cover Album terbaru Taufik Batisah - Fique yang turut memuatkan lagu Awak Kat Mana
Cover Album terbaru Taufik Batisah – Fique

 

PS: Lepas ni sape yang jadi GF si TB ni sure tak berani nak sibuk call tanya si fique ni.. Awak kat mana ?? ataupun si Taufik sendiri yang segan nak tanya GF dia.. Awak kat mana? takut terkena batang hidung sendiri. heheheee…

 

  1. Awak kat mana ? tak tahu? bila mula dgr lagu ni tak faham apa2 pun.. msj dia pun tak jelas… tp ok la satu benda baru dlm arena muzik. sbb lirik dia lain drpd yg lain..

    1. Hahahaa.. Emma, lagu tu xde mesej apa2 pun.. sekadar sindiran kat gaya anak2 muda becinta jer.. x payah paham apa2..enjoy jer.. hehehee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge