Blog Review Event Periklanan sponsored post Umum

Berbuka Puasa di dewan exclusive Colosseum Events Glenmarie

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kabar sahabat pembaca setia blog CahayaDiana.com dan juga yang pertama kali terjumpa blog ni? Dah baca ke entry sebelum ni iaitu tentang cara Allah buang kesombongan kita. Kali ni CD nak share pula pengalaman berbuka puasa di dewan exclusive Colosseum Events Glenmarie.

Foto ‘Signature’ dewan Colosseum Events Glenmarie

Berbuka puasa di dewan exclusive Colosseum Events Glenmarie

Baru-baru ni CD dijemput untuk berbuka puasa di dewan exclusive Colosseum Events yang terletak di Glenmarie. Alhamdulillah dalam kesibukan edit drama bersiri 40 episod, adaptasi novel Semusim Rindu, berjaya jugak CD meloloskan diri untuk beriftar di dewan Colosseum Events yang exclusive ni. 😀

Hari ni dah 20 Ramadhan. Dah masuk fasa 10 malam terakhir Ramadhan. Tentu ramai yang berebut-rebut untuk melipat gandakan amalan ibadah di bulan mulia ni kan. Tak kurang juga yang nak berbuka di luar bersama keluarga tercinta dan sahabat handai.. tanpa meninggalkan rutin Ramadhan iaitu solat terawih berjemaah di masjid atau di surau-surau.

Jangan risau… CD nak rekemen satu tempat yang memang sesuai sangat bagi anda yang masih nak merasa berbuka puasa di tempat istimewa bersama keluarga dan dalam masa yang sama tak nak ketinggalan berjemaah terawih beramai-ramai. Tempat tu tak lain tak bukan Colosseum Events Glenmarie . Masih ada masa beberapa hari saja lagi ni nak pergi. Jom booking cepat..cepatt.. 😉

Lokasi Colosseum Events…

Lokasinya tak lah susah sebenarnya. Sekitar kawasan perindustrian Glenmarie tu jer, bersebelahan dengan Plaza Tol Batu 3, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan. Alah..apa susah. Waze, Google Map kan ada. Taip jer Colosseum Events.. Walaupun masih baru dibuka, dalam bulan Ramadhan ni jugak, tapi kita dah boleh kesan lokasinya melalui waze/ google map. Selamat mencari… hehehe..

Jangan risau, kawasan parking Colosseum Events ni memang luas dan percayalah bahawa ianya Percuma..!! It’s FREE ok. Sila gembira. 😀 😀

Bersama blogger Rashihah Nordin dari tripper2u.blogspot.my

Memang tak sangka, dewan Colosseum Events Glenmarie yang berkonsepkan kontemporari ni masih tidak mengabaikan kehendak pelanggan muslim. Sempena Ramadhan ni juga mereka menyediakan ruang dan pilihan untuk pelanggan muslim melakukan solat terawih berjemaah. Lebih teruja apabila solat diimamkan oleh anak-anak Tahfiz.

CD juga difahamkan setiap petang hingga waktu berbuka puasa akan diadakan alunan bacaan Al-Quran dari anak-anak tahfiz ni juga. Allahu akbar… semoga bertambahlah rezeki Colosseum Events selepas ni.

Sepanjang Ramadhan ini, Colosseum Events Glenmarie menawarkan pakej berbuka puasa /iftar dengan harga seperti berikut:

  • RM88 untuk dewasa
  • RM55 untuk kanak-kanak

Memang sangat berbaloi dengan pilihan makanan yang pelbagai. Pastinya tak mengecewakan anda. Paling penting suasana yang sangat selesa.

Memang rare susunan makanan di sini.. Credit foto ~ Colosseum Events
Hidangan yang tak mengecewakan.. Credit foto ~ Colosseum Events

Untuk makluman, Colosseum Events menawarkan perkhidmatan sewa ruang untuk aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, seminar, konvensyen, persidangan dan sebagainya.

Selain itu juga sesuai bagi mereka yang nak mengabadikan majlis resepsi perkahwinan, pertunangan dan yang sewaktu dengannya di sini. Heh.. kalau ada rezeki kawin sok boleh la CD book tempat ni.. hahahaa..

Colosseum Events ni bloleh dikatakan semuanya ada di sini. One Stop Center yang memenuhi keperluan majlis anda.

Sambil beriftar, dapat membeli-belah di Glam Bazaar

Disamping dapat berbuka puasa dengan hidangan yang sangat menyelerakan dalam suasana exclusive, dan siap dapat berjemaah solat tarawih lagi.. dan perkara lain yang menyeronokkan  ialah anda juga dapat membeli belah di glam bazar bersebelahan dengan dewan Colosseum Events.  Haa.. kan dah cakap tadi one-stop-center.

Menarik tentang glam bazar ni ialah terdapat beberapa artis yang turut serta menjual produk keluaran mereka di situ. Kebetulan masa CD pergi, artis yang ada di situ adalah pelakon cilik Rykarl dan pelakon wanita si cantik manis Lia Natalia.

CD tak lepas peluang bergambar dengan Rykarl dan Lia. Memang seronok tak terkata lah. Hahaha.. Yang bestnya. CD dan kawan-kawan blogger lain kejap jalan-jalan, kejap makan-makan. Haaa.. tu jerlah sampai tak sedar hari dah lewat. Maybe terlalu seronok dan selesa. Hahahaa..

Ok, last but not least… surprisingly CD tak sangka pihak Colosseum berbesar hati memberi kami hamper yang sangat cantik. Antara moment menarik kami bersama Colosseum Events.

Menerima hamper dari En Hazery iaitu pemilik Colosseum Events sebagai tanda penghargaan kepada blogger ~ credit foto : mahamahu.com
Menerima voucher percutian percuma dari pihak Semenyih Eco Venture Resort & Recreation disampaikan oleh pelakon Lia Natalia ~ credit foto : mahamahu.com

Terima kasih kerana menjemput CD dan rakan-rakan blogger lain untuk sama-sama memeriahkan majlis Iftar @ Colosseum Events Glenmarie.. Maklumat di sini belum cukup lengkap. Jadi, untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, , sila hubungi  Colosseum Events Glenmarie menggunakan platform di bawah:

COLOSSEUM EVENTS

Lot 16859, Jalan Penyair U1/44,
Hicom Glenmarie, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: 018 258 4425

www.colosseum.com.my
FB: facebook.com/colosseummalaysia
IG: instagram.com/colosseummalaysia

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

21 Comments

  1. Nampak sangat selesa tmpt ni. 2 tingkat mesti bnyk ruang boleh guna kan

    1. CahayaDiana says:

      Haah.. betul2 selesa. paling best bab2 solat.. surau dekat & feel lain dari lain.

  2. Arie says:

    Fuuuhhh.. kalau dekat, konpem sampai dgn anak bini.. :'(

    1. CahayaDiana says:

      Jom la try pi sekali Arie

  3. Yer ada gambar kita hehehehe.. tempat ni memang best lah seronok pergi kan…

    1. CahayaDiana says:

      Haah.. tempat ni memang seronok pegi lebih2 lagi pegi dengan blogger makan MahaMahu.com … memang best lah

  4. Mohd Hazeri says:

    Tq Diana. Penulisan Diana bab pelanggan Muslim mmg tepat betul.

    1. CahayaDiana says:

      Alhamdulillah.. terima kasih yer en. Mohd Hazeri kerana suka dengan penulisan saya. 🙂

  5. Bestnya kak dee..selfie dgn artis..kirim sa!am dkt kak lia natalia

    1. CahayaDiana says:

      Hahahaaa.. nak kirim salam macamana dah habis dah event. kikikii.. 😀

  6. Adam says:

    Bestnya temoat tu.

    1. CahayaDiana says:

      Yer Adam.. memang best sangat.. jangan lupa pegi yer.. hehehee

  7. Yang pergi untung..

    Yang tak pergi.. Kurang untung..

    Sebab tempat tu..

    Nampak glamor

    1. CahayaDiana says:

      Yang tak pergi mana ada kurang untung.. cuma belum untung.. hahahaa.. tempat yg glamour mampu buat org yg pegi tu pun nampak glamer. Hahahahaaa….

  8. waalaikumussalam…wow selfie dengan artis..kirim salam dekat kakak lia natalia..suka tgk dia berlakon drama pembancuh kopi mr vampire

    1. CahayaDiana says:

      yer.. baiklah Rabia.. 😉

  9. Macam best je tempat ni! nak try pergi la nanti bawak family semua heee

    1. CahayaDiana says:

      Pegi jangan tak pegi.. hahahhaaaa…

  10. Sedapnya makanannmmm…

  11. bestnya tempat ni.tempat yang dan kelihatan menarik.makanannya nampak sedap2 sekali.wauu.

  12. bestnye…kalau ada peluang boleh pergi ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge