CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Facebook | Seminar

Best sangat ke belajar dengan Sifu FB Ads ni?

19/11/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak CD post di Instagram dan share di Facebook gambar CD bersama dengan Sifu FB Ads, beberapa individu tanya CD, best sangat ke Sifu FB Ads ni? Amacam join kelas dia? OK? Dalam blog CD pun rasanya ni entry yang ke-3 CD post mengenai sifu fb ads.

Seronoknya dapat buku Lagenda Jutawan Facebook lagi

Ada juga yang sampai call bila terjumpa artikel mengenai seminar sifu fb ads yang CD hadiri. Ingatkan prospek Vemma, sekali orang ada masalah iklan facebook. Dia tanya pendapat CD untuk selesaikan masalah dia. Sebabnya, dia terjumpa entry di blog ni tentang CD ada ikut kelas sifu fb ads.

Hahahaaa… Kelakar jer rasa. Kan lebih bagus pergi Like fanpage Sifu FB Ads dan PM sendiri tanya kepada yang pakar. Tapi nasib baik CD boleh bantu sipulan tu.. *kira dah boleh jadi sifi lah kan.. :p

Satu doa yang tak tenilai. Tolong aminkan yer kawan-kawan.. 🙂

Sifu FB Ads. Sebenarnya anda kenal ke siapa dia ni? Sebelum tu meh sini CD perkenalkan. Nama beliau Jamaludian Bahari. Nama glamer Sifu Jamal. Sifu FB Ads tu nama syarikat beliau. Berpengalaman dalam dunia internet marketing sejak 2008. Time tu berguru dengan Dr.Irfan Khairi. Eh…jangan-jangan CD sekelas dengan sifu Jamal ni sebab CD pun pegi jugak seminar Dr.Irfan Khairi tahun 2008.

Alhamdulillah sekarang dah berjaya. Dalam dunia online, bidang kepakaran beliau ialah pemasaran melalui facebook. Tu yang nama syarikat dia Sifu FB Ads. Niche sangat.

Ketika menghadiri klinik sifu fb ads di pejabat urusan SifuFbAds Sdn. Bhd.

Jelessss..sebab usia pengalaman Sifu Jamal dengan CD dalam dunia online sama jer tapi bezanya dari segi tindakan. CD mengaku pergi seminar Dr.Irfan Khairi tapi lepas habis seminar balik termenung fikir produk apa nak jual kat internet. Time tu tak jumpa Vemma lagi. Fikir jer lebih.. Buatnyer tak.

Berbeza dengan sifu Jamal, beliau terus praktik apa yang di ajar. Beliau bermula dengan menjual ebook secara part time lepas habis waktu kerja. Pada waktu tu, sifu Jamal bekerja sebagai jurutera awam di JKR. Lama-lama nampak hasil, dan berhenti kerja bila income dari bisnes online melebihi gaji beliau.

 

Best sangat ke belajar dengan Sifu FB Ads ni?

Ok, terus terang sebenarnya tak best!

Tak best sebab terlalu teknikal. Terlalu detail sampai CD sendiri tak sangka Sifu Jamal terlalu pakar dalam bidang facebook marketing. Sakit kepala nak belajar. Kena betul-betul fokus.

Tapi yang tak best tu lah akhirnya memberi kemanisan bagi mereka yang sabar dengan ujian nak belajar ilmu facebook marketing. Memang agak kompleks tapi memberi impak yang sangat besar.

Jangan tak tahu dah ramai jadi jutawan senyap belajar dengan sifu Jamal ni. Tak percaya? Cuba beli buku Lagenda Jutawan Facebook, buku sulung beliau. Banyak kisah-kisah kejayaan mereka yang bermula dari 0, malah yang baru nak buka akaun facebook akhirnya menjana pendapatan lumayan hanya melalui periklanan di facebook. Waaa.. Terbakar tak? Sangattt kan? Sangat terinspirasi!

Dapat kawan baru.. Yatt pengusaha Jam Tawaf Iftinan dan Emcee Nazs Senseksi gitu..

Sebenarnya nak menuntut ilmu ni memang perlukan kesabaran. Nak rasa bestnya tu atas diri kita sendiri. Kalau rasa tak best, sampai nak quit tak nak belajar, itu betul-betul tak best jadinya. Kita yang buat benda tu jadi tak best.

Jadi sekarang ni, best ke tak best adalah atas diri kita sendiri bagaimana kita menilai sesuatu perkara tu. Sifu Jamal dah bagi servis yang tip top gituu.. Siap ada rujukan di blog sifufbads.com lagi demi untu memandaikan bangsa.

 

Sifufbads.com ini salah satu sumbangan saya untuk memandaikan bangsa dalam dunia pemasaran internet. – JaMaL

Like juga fanpage Sifu FB Ads agar anda tak ketinggalan dengan tips-tips periklanan di Facebook yang sentiasa segar. Tambahan pula facebook sentiasa buat perubahan setiap bulan katanya..dapatlah kita up date selalu apa yang berubah.

Ok anda dah pun dapat jawapannya kan? Jadi sesiapa yang serius nak mendalami ilmu periklanan di facebook, CD amat rekemen anda belajar dari Sifu FB Ads. Cerita banyak pun tak guna kalau kita masih tak buat tindakan apa-apa. Anda pergi anda tahu sendiri.. Heheheee.. Ok Noktah!! 😀

  1. Tahniah CD…. dapat belajar FBads yang power tu drp seorang sifu. Dengar khabar FB akan menghadkan atau terhad untuk memberi byk kpd follower untuk post2 berbentuk promosi jialan kecuali utk FB ads. Ini bermakna news feed terhadap promosi atau ping artikel berbentuk jualan akan dihadkan. Mulai sekarang kita juga terpaksa cari alternatif lain sebagai ganti. Sudah tentu yang terbaik adalah di blog.

    Saya doakan agar CD dapat apa yang diingini terhadap impian untuk jadi usahawan yang berjaya dan diberkati di dunia dan akhirat. Saya akan support CD dan begitu juga rakan-rakan lain. Insya Allah…
    Kamil Salleh ajak kita terjah…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  2. Setahu saya FB Ads dah tak berapa lagi menjadi minat orang ramai untuk klik benda itu. Kalau diiklankan pun bayaran mahal dan tak sepadan dgn income yang kita dapat. Ramai yang dah mula berebut nak belajar buat blog sbg payung sebelum FB mula menghadkan news feed terhadap promosi sesuatu produk jualan.

    Nampaknya kita kena buka kelas belajar blog yang mesra SEao lepas ini. Ini bermakna… usaha kita ke arah itu sentiasa ada. Insya Allah perancangan nak buka kelas belajar buat blog akan kita rancang selepas ini. Apa pandangan CD?
    Kamil Salleh ajak kita terjah…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge