CahayaDiana.com

Video Editor by Profession, Blogger by Passion
Politik | Profil Ikon | Umum

Biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad

28/05/2018

Nampaknya ramai yang belum move on lagi dengan PRU 14. Dalam whatsapp group dan di media sosial masih lagi memperkatakan tentangnya. Tak ketinggalan pihak pembangkang pun asyik nak kecam jer dengan menuntut janji2 manifesto2 Pakatan Harapan. Alahai.. sabarlah yer. Bagi peluang Tun M sebab beliau pun banyak urusan negara nak diselesaikan satu per satu. Siapa sangka, lepas jadi PM ni satu persatu ‘rahsia terbongkar’. Hahahaa.. Jeng jeng jenggg..

Ok tak nak buang masa. Tahu you all yang sampai ke blog ni pun sebab nak lebih mengenali dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri kita yang kini disanjung2 oleh rakyat at the moment. Walau apa pun sebelum tu mari kita sama2 doakan agar Allah panjangkan umur Tun M seiring dengan tahap kesihatan yang baik agar dapat membela nasib kita semua. Insya Allah..

Ringkasan Biografi Tun Mahathir:

Tun Dr. Mahathir Mohamad :Bapa Pemodenan Malaysia

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16hb Julai 1981. Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun dan sekaligus merupakan pemimpin negara paling lama di Asia Tenggara memegang jawatan tersebut.

Beliau telah berjaya menerajui negara ke arah arus pemodenan yang amat pantas dan menjadikan Malaysia gah di mata dunia. Beliau telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Tun Dr Mahathir Mohamad membuka negara kepada pelaburan asing, mengurangkan halangan kepada perdagangan antarabangsa, menswastakan beberapa ejensi dan perkhidmatan kerajaan, di samping mewujudkan infrastruktur fizikal bertaraf dunia.

Di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, Malaysia berkembang menjadi salah satu ekonomi yang paling makmur dan dinamik di Asia Tenggara, dengan sektor industri yang berkembang maju, kelas menengah yang membesar, dan kualiti hidup yang meningkat.

Malaysia juga memainkan peranan yang lebih aktif di arena antarabangsa, dan bertindak sebagai suara bagi negara-negara membangun di Asia dan Afrika. Tun Dr Mahathir Mohamad juga melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, satu rangka kerja bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Atas kejayaan beliau sebagai pemimpin, beliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Malaysia”.

Pada tahun 2016, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti politik baru untuk menandingi Barisan Nasional.

Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, gabungan politik beliau, Pakatan Harapan, memenangi Pilihanraya Malaysia ke-14. Pada usia 93 tahun, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Perdana Menteri ke-4 : 1981 – 2003
Perdana Menteri ke-7: 2018 – kini

Sumber: www.perdana.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge