Sebelum tu nak introduce sikit watak ahli keluarga yang terdapat di dalam entry kali ni ialah keluarga Kak Your (kakak CD #4), bersama suaminya Abang Li (my brother-in-law..) dan anak-anak sedara CD.. Kakak, Kak Ngah, Amir & Najihah.
**********
Cuti sekolah lalu, Kak Your satu familynya datang dari Melaka, lepas menghadiri jemputan kahwin anak sedara ‘Busu Ali’ (abang Li) di Negeri Sembilan. So, alang-alang lepas kenduri tu diorang pun datang lah terjah CD, Mak dan adik CD di Shah Alam.
Macam biasalah kalau kakak CD datang, mulalah anak-anak sedara request bawak diorang jalan-jalan kat tempat-tempat menarik di Shah Alam ni. Bukan selalu.. CD suka jer melayan anak-anak sedara ni. Tapi masalahnya CD bukan kaki jalan ‘tempat-tempat menarik pun’. I-City yang dekat tu pun CD tak masuk lagi. Tengok dari luar jer.. Kesian kan? Haihhh.. saat-saat macam ni lah mula gelabah nak fikir mana nak bawak budak-budak ni jalan.
Tapi budak-budak ni lagi advance.. sebelum datang dah survey tempat best yang ada di Shah Alam ni. Kalau dulu selalu request lepak shopping Mall kat kedai buku Popular atau MPH jer. Maklumlah.. ulat buku budak-budak ni semua.. Hahahaa… Bagus ler.. Tapi kali ni lain macam sikit tempat yang diorang request ni. Memang CD sendiri tak penah pegi walaupun ada orang dok sebut berkali-kali. Dua tempat yang di request oleh anak-anak sedara CD ialah… Perpustakaan Shah Alam dan Taman Empat Musim. Hah..??!! Ssuudaahhh.. Dah ler CD jenis tak berapa nak pandai selok belok jalan ni. Nak guna GPS phone pun ada problem. Nak cari kat google map time ni ler tenet nak suspended..
Satu jer yang buat CD tetiba rasa lega sket.. iaitu guna GPS abang ipar CD. Heheheee.. Abang Li phone canggih manggih sure boleh jumpa jalan punyer..
Ok, part tu CD dah lega. Hari pertama di awal pagi lepas Subuh CD saje test bebudak ni..
“Sape nak ikut Mak Ndak pegi jogging?” Tiba-tiba Zaaaassssssss…!!! Empat-empat beradik yang nampak macam nak tido balik lepas Subuh tetiba jer terus bangun dan dengan penuh semangat nak ikut Mak Ndak diorang (CD ler ‘Mak Ndak’ tu..) pegi jogging. Huhuhuuu… dahsyat budak-budak ni. Dari si Kakak, Kak Ngah, Amir & Najihah semuanya nampak excited nak berjogging di awal pagi. Sah! ‘Mereka tak seperti kanak-kanak yang lain..’ (ala-ala ayat skema yang CD selalu guna zaman skolah dulu).

Yer la kalau ikutkan budak-budak mana rajin nak bangun awal pagi.. Biasa lepas subuh orang akan ‘tumbang’ balik punya. Tak payah cakap budak-budak.. orang dewasa pun sama. Lagi lah… nak berjogging pulak tu. Alhamdulillahhh.. pandai Kak Your & Abang Li didik anak.. Hehehee…

Jadi aktiviti kami pada hari pertama dari jam 7.15 am – 8.15 am ialah berjogginggg.. Paling tak sangka si kecik Najihah tu lah.. hahahaa… CD pun jogging sekadar jalan-jalan jer.. sekadar nak berseronok-seronok dengan anak-anak buah. Kalau jogging betul-betul nanti tak terkejar pulak budak-budak ni lebih-lebih lagi si Najihah yang baru umur 5 tahun. Since CD yang ajak diorang jogging so kenalah bertanggungjawab jaga keselamatan diorang. Dalam kita nak berseronok kenalah berhati-hati jugakkan…

Sambil jogging CD tak lepaskan peluang ambik beberapa sudut menarik di lokasi jogging kami. Memang cantik Taman Rekreasi Setia Alam ni. Luas pulak tu..








Hahaha…oklah sampai sini jer lah entry ni. Kalau nak tahu lepas jogging ni kami pegi beli sarapan di Restoran Bendang. Sedaaappp… lepas tu balik breakfast ramai-ramai dengan Atok, ibu , ayah, pakcik Amy & Paksu Amri. Tengahari siap-siap nak kita nak keluar pegi Perpustakaan Shah Alam plak.
Sebelum tu.. ni kira gambar eksklusif lah kan siap letak nama lagi. Kenangan Amir-Amirah-Ali di Taman Rekreasi Setia Alam… boleh la nk buat karangan sekolah lepas ni yer.. Mak Ndak tolong bagi idea awal-awal kat hangpa ni tau..

Ok, nak tahu cerita di Perpustakaan Shah Alam? To be continued… (Klik Sini utk baca Part 2)
huhu…mmg seronok tgk kak CD layan budak2..
aiii… mak Ndak xmain sekali ke? kikikikikikiiii