CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Keluarga | LifeStyle | My Family

Bawa Damia beriadah di Taman Bukit Jalil

08/04/2014

Banyak entry yang sedang ‘pending’ dan masih dalam draft lagi sebab CD hold kejap cerita-cerita CD di Melaka baru-baru ni. Xpe nanti publish balik lah tu..

Anyway this time nak post foto-foto anak buah CD yang tengah ‘Hot’ buat masa ni iaitu Nur Damia Salsabila bt Khairul Anuar. Anak abang CD (Abang Yon #5). Hot bukan sebab apa.. sebab dia anak buah yang paling muda dan banyak keletahnyer… Hahahaa.. geram CD dibuatnya.. Kali ni CD takde mood nak cerita pepanjang.. Nak post foto jer.. hehehee..

Hi, inilah Damia..
Hi, inilah Damia..

Next photos ni sebenarnya foto lama. But since CD terjumpa balik dalam memory card CD, belasah jer lah post di sini.. Antara moment yang sangat best bersama Damia. Time dia kecik-kecik macam ni lah seronok main.. Esok dah besar-besar dah tak boleh buli macam toys lagi dah.. Hahahaa…

Sebenarnya foto-foto di bawah ni diambil pada bulan September 2013. Time ni CD dan adik CD, Amy (Pakcik Amy).. bawak Damia jenjalan ke Taman Bukit Jalil. Kami dua orang memang kaki melayan budak-budak.. Hehehee..

Taman-Bukit-Jalil-Damia
Time ni baru sampai.. Damia pun bergaya dengan basikalnya..
Tmn-Bkt-Jalil-Damia02
Nampaknya Pakcik Amy ada skateboard .. Damia ada basikal.. Mak Ndak? Jadi jurufoto jer lah ek?
Tmn-Bkt-Jalil-Damia03
Finally Damia letak basikal sebelah dan minta Pakcik Amy ajar main skateboard.. hahahaa…

Kesian PakCik Amy kena buli dengan Damia kan? Hahahaa… finally pakcik Amy pun tak dapat main skateboard dengan tenteramnya…

Tmn-Bkt-Jalil-Damia04
Amboiii…sukenyer dia…

Seperti biasa bagi mood dramatic sket kat gambar2 ni..

Tmn-Bkt-Jalil-Damia05
Amacam? Nice tak shot ni?
Tmn-Bkt-Jalil-Damia06
Mak Ndak pun tak nak ketinggalan ok… Geram tul dengan Damia ni!

Kalau nak tahu foto CD dengan Damia ni ..kalau perhatikan betul-betul muka Damia masam je kan? Macam terpaksa jer bergambar. Haaa.. bukan per.. time ni Damia dah start merajuk tak nak balik rumah. Dia nak main lagi skateboard..tapi hari dah nak maghrib. Bila CD dan Pakcik Amy ajak balik.. dia buat-buat nak tengok ikan dalam tasik tu.. Part paling bahaya dia nak memanjat besi tu.. Aduhai..bahaya Damia oi.. tapi budak-budak bukan kenal erti bahaya. Sebab tu lah kena selalu perhati gerak geri budak-budak macam Damia ni especially tempat-tempat macam ni. So, foto di atas diambil ketika CD cepat-cepat pegang Damia yang dah memanjat separuh besi tu. Sabar jer la kan.. pastu CD pun cepat-cepat jugak suruh si Amy ambik gambar kitorang sebab dari tadi asyik CD jer ambik gambar diorang. Hahahaa..

Tmn-Bkt-Jalil-Damia07
Inilah ikan keli yang ada dalam tasik yang Damia sibuk nak tengok tu.. Besarkan? huhuhuuu…

Ok jumpa lagi… Ahad ni nak pegi Sungai Congkak la pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge