CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Artis

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

05/07/2014

cd-kak pah

Terkejut CD dapat berita ni awal pagi Sabtu. Sekitar jam 2 pagi CD dapat call dari kawan..

“Dee, Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) dah meninggal..”

Innalillahiwainnailaihirojiunnn…

Kita kehilangan Biduanita Negara yang sangat disegani . Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.26 pagi Sabtu (hari ini) di Pusat Perubatan Pakar Damansara..

Allahyarham yang berusia  61 tahun telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge