CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Blogger | Invitation

Dijemput Menjadi Ahli Best Blogger Network

14/07/2015

Dijemput Menjadi Ahli Best Blogger Network . Blogger Kamil Salleh dan Hero Borneo dah buat artikel bertajuk ‘Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network’. Kali ni biar saya letak tajuk ‘Dijemput Menjadi Ahli Best Blogger Network’ pulak. heheheheee.. Memang itulah yang berlaku.

Tiba-tiba dapat Notification.. “Kamil Salleh added you “

Tanggal 6 July 2015, jam 0056 seperti yang direkodkan dalam aplikasi Whatsapp di atas… tiba-tiba saya telah Dijemput Menyertai Ahli Best Blogger Network oleh blogger hebat Kamil Salleh.

Kebiasaan kalau kita tiba-tiba jer di ‘added’ ke dalam sesuatu group tanpa permission terlebih dulu, kita mula rasa tak selesa dan tertanya-tanya…

“Group apa pulak nieee…??”

Hahahaa.. Itulah perasaan pertama yang saya rasa sebenarnya.

Tapi nasib baiklah saya kenal Kamil Salleh ni dan nama group pun best.. Best Blogger Netwok.. Tetiba terdetik pulak di hati ni..

“Apakah aku terpilih di kalangan blogger yang best?” .

Hahahaa… berangan tak boleh belah jer kan. Tapi Alhamdulillah.. setelah sedar diri tentang objektif group ni, maka saya pun redha dan bersyukur sangat dijemput menjadi ahli di sini.

“Blogger yang kejap on dan kejap off”

Terus terang saya bukanlah dikalangan blogger yang hebat. Masih anggap diri ini amatur aka newbie dan yang sewaktu dengannya. Terasa diri kerdil jer di sini bila nampak barisan nama-nama otai yang turut berada dalam group ni seperti Akma Omar, Hasrul Hassan, Mawardi Yunus, admin ahli BBN sendiri, Kamil Salleh dan Mohd Hanafi serta ramai lagi.

Apabila sekumpulan blogger otai dan newbie berada dalam satu group, maka dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu mengenai teknik-teknik blogging yang berkesan, teknik SEO, strategi pemasaran blog dan sebagainya. Selain tu, dapat eratkan silaturrahim sesama blogger lebih-lebih di bulan yang mulia ni..

Setakat ni memang saya sangat berpuas hati menjadi sebahagian dari ahli BEST BLOGGER NETWORK. Walaupun baru jer tapi nampaknya dah banyak info yang saya dapat belajar di sini tentang blog dan dapat tambah ramai lagi kenalan blogger yang peramah dan mesra alam. Happening gituu.. Heheheee..

Best Blogger Network

Tahniah kepada dua blogger hebat, saudara Kamil Salleh (sensasi2020.com) dan Mohd Hanafi Abdullah (heroborneo.com) atas inisiatif mewujudkan group “Best Blogger Network” melalui aplikasi Whatsapp. Walaupun hanya di whatsapp group sahaja tapi tetap best!

Bagi blogger yang ingin menjadi ahli di sini (tak kira blogger baru atau lama..) jangan malu-malu. Hubungi WhatsApp Mohd Hanafi di talian 011-38-228-381 atau Tuan Kamil Salleh di 013-999-5015. Mai la ramai-ramai kita memeriahkan lagi group Best Blogger Network niee… 🙂

Wassalam..

  1. jutaan terima kasih kerana sudi menyertai group whatsapp BBN..sebetulnya saya bukanlah blogger hebat sangat pun..masih pada peringkat belajar dan terus belajar..

    namun terima kasih juga kerana berbesar hati membuat artikel khas tentang BBN..

    terdetik juga di hati nak anjurkan kontest pulak..nantilah diskus dengan tuan Kamil..he..he..
    Hero Borneo ajak kita terjah…Tawaran Berganda Menjelang Hari RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge