CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Tutorial

Download video tanpa guna software

28/09/2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Lama CD tak buat tutorial.. Setelah membuat beberapa analisis rupa-rupanya banyak permintaan dari kenalan CD sendiri yang minta buat beberapa tutorial terutama tentang blog. Kalau diikutkan banyak jer tutorial tentang perkara-perkara blogging ni di kalangan blogger. Tapi tu lah, bila kita suruh diorang cari sendiri tak nak.. CD pun dah tak ingat blog mana yang CD pernah tengok banyak tutorial tu tapi memang banyak la.. bergantung kepada individu tu sendiri nak follow tutorial yang mana, masing-masing ada versi tersendiri. So kali ni takpelah CD buat versi sendiri.

Ok tu intro warm up.. sebabnya CD akan mula hasilkan apa sahaja tutorial yang menjadi permintaan ramai. Tutorial untuk versi ‘come back’ ni simple jer… Iaitu bagaimana nak download video tanpa menggunakan software.

Setakat ni apa yang CD tahu untuk download video dari Youtube memerlukan software khas untuk download. Dulu CD pernah guna Video Downloader. Lepas tu sekarang guna Freemake Video Downloader. Senang jer.. Tapi tak sangka ada yang lagi senang.. tanpa software tu semua pun kita boleh download terus. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah.

Caranya..

Langkah 1:
Pergi ke mana-mana video Youtube pilihan anda. Contoh di sini.. katalah CD nak download Clip Video Siti Nurhaliza..

youtube_url_siti_nurhaliza_jaga_dia_untukku

URL asal video ni: http://www.youtube.com/watch?v=YTFZIyKQ04w

Langkah 2:
Tambahkan huruf ‘ss’ pada URL asal seperti ini…–>> www.ssyoutube.com/watch?v=YTFZlyKQ04w , kemudian tekan ENTER pada keyboard anda.

Anda akan dibawa ke page ini..
savefrom_net_siti_nurhaliza_jaga_dia_untukku

Langkah 3:
Pilih format video pilihan anda (lihat gambar di atas) . Klik pada pilihan anda. Kemudian akan keluar pop up window meminta anda save as ke dalam desktop anda.

 

Ok itu sahaja…Mudahkan? Selamat mencuba.. 🙂

  1. wah,,senang rupanya,,tapi untuk org yng baru belajar macm akak ni ..nampak mcm senang tapi x senang jugak -faham ke ? hihi..,,tapi tak pe nak belajar pelan2..tq CD u great..

  2. dah cuba..mmg berbaloi terutama kalau nak download kartun untuk anak2..hihi..
    tak perlu nak beli cd kartun kat pasaran lg.

    1. Along.. setahu saya berkesan utk Youtube jer.. kalau nak tahu berkesan utk streaming lain ke tak try jer letak ss kat depan tu. hehehee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge