اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Alhamdulillah.. selepas selesai edit drama bersiri Semusim Rindu ( 1 Jam x 40 Episod) , CD diberi peluang untuk edit drama bersiri terbaru bertajuk Cinta Maya, (1 Jam x 13 Episod) .

Drama bersiri Cinta Maya, diterbitan oleh syarikat produksi Bright Network Sdn. Bhd untuk disiarkan di RTM (TV1). Kini masih dalam proses penggambaran bermula 15 Julai dan dijadual selesai penggambaran pada 28 Ogos 2017.

Barisan Pelakon drama Cinta Maya
Sure tak sabar nak tahu siapa barisan pelakonnya kan.. especially siapakah hero dan heroin cerita ni.. ?? Ok inilah dia nama pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Cinta Maya ni..
- Muhammad Afiq Muiz – Hero
- Yana Samsudin – Heroin
- Beego
- Rizamin
- Shakillakhoriri
- Zarina Zainuddin
- Anjeli
- Faez Nick
…dan.. ramai lagi…. 😉
Dalam masa yang sama, CD juga dah mula start edit beberapa rushes yang diterima setiap kali diorang selesai penggambaran. Selain tu kena cek sama ada rushes ok atau tak. Haa.. gitulah keje2 editor di awal2 ni. Sambil buat potongan kasar / offline editing.
Nak cerita lebih-lebih pun masih terlalu awal. Tunggulah tayangan drama Cinta Maya ni nanti yang akan ke udara dalam bulan Disember 2017 ni. Hahahaa.. lambat lagi kan? Sabaaaqqqqq…
Inshaa Allah next time CD akan update sinopsis cerita ni yer? At least tahu sikit-sikit cerita tentang apa. So far memang menarik bila baca skrip cerita ni. Penuh pengajaran dan isu yang dibangkitkan pun bertepatan dengan isu semasa khusus bagi mereka yang terjebak dengan cinta di alam maya.
Ops.. minta maaf.. CD takleh la nak cerita kat u olls lelebih. Editor kena amanah wehhh.. hahaha.. ni kira CD create awareness awal-awal untuk kaki-kaki drama. Yang tak layan drama dok diam-diam. 😜😜
Apa-apa pun layan dulu foto-foto di sebalik tabir drama bersiri Cinta Maya.







Ok kut setakat ni yer.. Doakan semoga perjalanan pembikinan drama ni berjalan lancar especially bila dah masuk proses post-production. Huhuhuuu.. bukan apa. Banyak jugak nak kena buat grafik ‘Whatsapp chatt’ dalam cerita ni. Maklumlah.. boleh tahan banyak jugak scene perbualan menggunakan whatsapp ni. Cerita moden.. Anda patut tengok.. Memang tekena batang idung memasing.😅😅😅..
Drama kita wajah kita..
Sumber foto : Instagram @bright_network , @yanasamsudin , @_artismalaysiaofficial_
Saya tengok pelakon heroin.. Perghh
Cantik sangat2..
Bidadari dunia
mrhanafi ajak kita terjah…3 Idea Kerja Dari Rumah Menurut Zamri Nanyan
Pasti best cerita, Cinta Maya ni. Tak sabar nak tunggu drama ini ke layar TV RTM.
sensasi2020 ajak kita terjah…Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi
Wahh cantik kak yana
Tetiba bergetar tulang rusuk ni tengok gambar syakilla tu. kahkah
sebuah cerita yang agak menarik perhatian. cant wait for that.
ira ajak kita terjah…Mizah ~ Pengedar Shaklee Penuh Komited di Kemaman
drama berseri baik rumah tangga ataupun remaja selalu menarik minat untuk menontonnya
jalan jalan ajak kita terjah…Resep Rahasia Burger Franchise bak resep rahasia tuan krab di Krabby Patty
Cantiknya kak yanaaa