CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Dua Pelajar Unimas Maut Kemalangan

14/04/2014

Hari ni buka jer FB tengok dalam FB group Cinematography FACA Unimas, ada berita sedih yang di post oleh pensyarah CD dari Unimas, en.Rizal Dim mengenai dua pelajar Unimas maut kemalangan yang berlaku semalam 13 April 2014 (Ahad), jam 6.50 pagi.

Cinematography FACA Unimas:
group facebook yang menghimpunkan kami pelajar-pelajar dan bekas pelajar Unimas di bawah fakulti Seni Gunaan & Kreatif (FSGK) atau dalam englishnya.. Faculty of Applied & Creative Arts (FACA).. 

student_unimas_meninggaldunia

Walaupun CD dah lama tinggalkan Unimas tapi tetap rasa sedih. Al-Fatihah dan Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa. Ramai rakan2 CD yang turut merasakan rasa sediah dan mengucapkan takziah pada komen di atas..

CD try google cari berita kemalangan. Akhirnya jumpa di link ni mengenai kemalangan yg dimaksudkan.

*************

SERIAN: Dua pelajar lelaki maut dan dua parah apabila PROTON Satria yang dinaiki mereka melanggar tembok jambatan di KM54 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan yang dinaiki empat sahabat yang berasal dari Bintulu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan.

Dua yang maut ialah penumpang depan Abu Hanifah Abdul Jalil,20 dari Taman Bukit Orang, Bintulu dan Mohd Hazif Waslee, 20 dari Taman Chin Lee, Bintulu.

Dua penumpang yang parah ialah pemandu kenderaan dipercayai berusia lingkungan 20-an tiada pengenalan diri dan penumpang belakang Mohamad Ikmal Hisyam Andara, 20 dari Bekenu, Sibuti.

Tiga yang ada pengenalan diri ialah pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Polis masih mengesan seorang lagi identiti mangsa.

Sumber Berita: hmetro.com

********

Sementara tu CD cuma jugak cari beberapa keping gambar kemalanan. Sumber gambar di bawah diperolehi dari fanpage Kamek Miak Sarawak

1511045_622179721200223_6969502139640780055_n10153208_622179744533554_4996607675052264467_n10153857_622179677866894_3744676110725145296_nSungguh tragis.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi di KM54 jalan Kuching-Serian

Maut:
1).Nama:Mohd Hazif b.Waslee.
Pelajar unimas dlm jurusan Kejuruteraan elektronik
(Thn 1)Asal: Bintulu.

2.Nama: Abu Hanifah b.AbdJalil
Pelajar Unimas dlm jurusan
Nematolography
(Thn 1)
Asal: Bintulu

Mangsa cedera parah:
1) Mohd Ikmal Hisyam b.Andara
Pelajar Unimas dlm jurusan Pengurusan seni
(Thn 1)
Asal: Bekenu Sibuti Miri.

2). Nama:Khairul Azfar b.Naruddin
(pemandu)
Pelajar Unimas dlm jurusan Mekanikal& Pembuatan
(Thn 1)
Asal: Bintulu.
Foto: Sarawak Update

Susulan daripada kemalangan ini, salah seorang Tutor, junior CD yang post di group FB yang sama menjemput orang ramai untuk hadirkan diri untuk solat hajat/tahlil untuk dua sahabat yang terlibat dalam kemalangan semalam.
1558446_10152299819958426_4163009680281096674_n

Semoga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.. Buat yang cedera parah.. CD doakan semoga mereka segera sembuh dan dapat meneruskan pengajian seperti biasa. Sure salah satu sejarah hitam dalam diri Mohd Ikmal dan Khairul Azfar… Tapi.. kita orang Islam kena terima segala Qada’ dan Qadar Allah S.W.T.. Semoga kalian berdua kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang..

Pasti ada Hikmah disebalik kejadian yang berlaku.. WallahuA’lam…

  1. mohon maaf . saya salah seorang ahli keluarga kpd mangsa kejadian . sebenarnya bukan mohd hafiz, tetapi nama yg sebenarnya adalah MOHD HAZIF BIN WASLEE . harap maklum .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge