CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Everything Happens For A Reason

20/09/2014
diana menulis tepi tasik
Gambar hiasan (di atas) gambar lama tu.. ketika CD menulis skrip di tepi tasik di Sarawak

Tajuk bahasa Inggeris. Tapi sebenarnya nak menerangkan maksud bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ayat BM ni panjang so guna jer simple English yang pendek dan padat.!

 

Inilah tagline baru blog CD ni ..

 

Of course ramai yang faham maksud ni kan? Ayat ni pun terlalu umum buat kita semua. Tapi kenapa CD memilih tagline ni untuk blog CD? Bunyi macam tak niche langsung sebab terlalu umum. Tak mengancam langsung.. nampak biasa. Itu lah yang CD rasa sendiri pada mula-mula nak pilih tagline yang sesuai. Heheheee.. Finally I tetap decide to choose this tagline. WHY? Ok nanti kat ending baru CD akan bagitahu kenapa ok?

 

Fuuhhh… memang sangat mencabar nak jadi blogger especially dari segi time management. But CD tetap keep on moving. Bak kata orang kampung CD.. “Just Do It!” .. Ayat-ayat yang CD guna ni pun ala-ala cliché jer kan untuk seorang blogger yang dah lama tapi masih merangkak macam CD ni .. Entah kenapa bila CD tengok blog orang lain macam best jer. Tapi blog sendiri? Hampehhh…

 

“Itu tak bersyukur namanya..CD oi.. Tak mo macam tu CD tak mo..”

Syukurlah dengan apa yang ada… Tetapkan semula kemanakah hala tuju blog kita. “Apa objektif aku menulis blog ni?”… Adakah kita nak blog kita penuh dengan gossip-gossip panas dan sensasi untuk menarik traffik yang banyak supaya ramai orang klik-klik pada iklan nuffnang, google adsens dan yang sewaktu dengannya? Supaya dengan cara tu kita akan peroleh pendapatan yang dikatakan secara Online ?? atau inilah yang dikatakan teknik untuk buat duit di blog? …

 

“Oh NO… CD.. dont do that! No gossip-gossip .. Nanti Allah marah…!! Ada banyak lagi teknik buat duit di blog yang berkesan dan ‘bermaruah’..
Actually banyak perkara yang bermain dalam fikiran CD sebelum decide nak buat blog. Objektif utama ialah CD ni memang suka bercerita. Kawan-kawan yang kenal CD (yang tahu banyak tentang my sejarah especially) selalu cakap cerita CD ni best. Boleh buat cerita. Tapi sampai ke hari ni CD belum ada kekuatan untuk menulis tentang perjalanan hidup CD .. Sebab tu lah yang dok merapu bagai ni. Hahahaaa.. Ok In Shaa Allah lepas CD menghayati betul-betul maksud “Everything Happens For A Reason” tu.. barulah CD rasa ada satu kekuatan dalam diri ni untuk membuat throwback dan ‘comeback’. Comeback tu nanti ada ‘benda’ CD citer ok.. Throwback memang banyak.

 

Seronok sebenarnya menulis blog ni. Maybe sebab minat jugak kut. Lebih syok dari tulis skrip.. Hahahaa.. Paling syok bila CD tahu rupa-rupanya sambil ‘syok sendiri’ tulis apa yang kita nak menulis ni pun boleh buat duit.. Hahahaa.. Tapi bukan senang nak jadi senang tau. Sebab tu lah CD masih di sini sampai sekarang. Just Do It!

 

Ok berbalik semula kepada tagline yang CD pilih ni.. Dah namapun blog… dan berdomainkan dengan ‘nama’ sendiri.. tentunya lebih banyak akan diupdate kisah personal tentang kehidupan CD. Tak kisah lah anda suka baca ke tak.. yang pasti CD dapat kekuatan selepas menjumpai tagline ni lah… Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sememangnya dalam Islam kita kena terima segala qada dan qadar yang berlaku ke atas diri kita. Jangan salahkan takdir jika perjalanan hidup kita tak seperti yang kita idamkan. Tapi tu bukanlah bermaksud kita kena mengalah dengan keadaan. Hidup perlu diteruskan walau apa pun halangan yang bakal kita tempuhi.. dan.. perlu seimbang.. Itu yang CD alami dan rasai sekarang..

 

Kalau seronok jangan terlalu seronok.. kalau sedih jangan pulak terlalu sedih. Walaupun anda sedih dengan keadaan hidup anda.. tetap harus bersyukur sebab sekurang-kurangnya Allah bagi kita peluang melalui nikmat kehidupan ni. Kita masih boleh bernafas dan teruskan langkah anda. Ingat.. kita ada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan pegangan hidup..

 

Kesimpulannya.. setiap perkara yang berlaku memang ada Hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Nak tahu apakah perkara-perkara yang berlaku dalam hidup CD dan apakah Hikmah nya.. Stay tune lah dengan blog CD ni .. In Shaa Allah banyak hikmah yang bakal anda perolehi nanti.. 🙂

 

  1. mmg tidak dinafikan semua manusia akan diuji oleh PenciptaNya..Allah s.w.t dan setiap ujian yang diturunkan terselit hikmahnya yang tersendiri, so kita sebagai hambaNya kena redha dan sentiasa tawakkal kepada Nya..Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge