CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
TV/Filem

FINAS beri tumpuan kepada penerbitan filem dokumentari: Jailani

05/01/2014

Artikel ni bertujuan untuk rujukan CD sahaja. Di’copy’ dari www.bharian.com.my . Berita bertarikh: 27/11/2013

*******

Jailani-Johari-timbalan-menteri-kerajaan-umno-bn-malaysia-skmm

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) lebih banyak memberi tumpuan kepada penerbitan filem dokumentari, kata Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari.

Menurutnya filem tempatan terutamanya filem dokumentari, lebih mudah bersaing dan mendapat tempat serta menerima banyak anugerah dan pengiktirafan di festival antarabangsa.

“Ini berdasarkan keunikan tema yang diangkat dalam filem genre itu seperti ‘Among The Great Apes With Michele Yeoh’ mendapat anugerah ‘Best Natural History’ atau ‘Wildlife Programme’ atau ‘Docu-Drama Awards’ dan filem ‘Fight Master Silat’ mendapat anugerah ‘Best Direction Awards’ di majlis Asian Television Awards (ATA) Singapore 2010.

“Filem ‘Unburying The Past’ pula mendapat pelbagai anugerah seperti ‘Best Narration by Jury’, ‘Best Public Education Value by Jury’, ‘Honourable Mention by Jury in Best Film Competition’, ‘Honourable Mention in Audience Favourite Competition’ di majlis The Archaeology Channel International Film and Video Festival, Eugene, Oregon USA 2013,” katanya.

Jailani berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, FINAS secara berterusan membawa banyak filem tempatan menyertai beberapa festival antarabangsa utama seperti Muallaf yang memenangi Kategori Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-54 2011.

Filem Bunohan pula ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 2011 dan tayangan di Anugerah Oscar (Academy Awards) ke-85 pada 2012 untuk Best Foreign Language Film.

Menurutnya FINAS turut menyediakan Dana Pembangunan Skrip yang bertujuan membuat kajian dan pembangunan skrip bagi membantu penerbitan filem tempatan dan sejumlah RM218,000 diluluskan.

Mengenai penerbitan filem bergenre kenegaraan dan warisan, beliau berkata kriteria pemilihan ialah filem itu mesti mempunyai elemen yang mampu meningkatkan kesedaran patriotisme serta menepati syarat Program Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan.

“Antara filem yang diterbitkan di bawah program ini ialah Tanda Putera, Between Two Skies dan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior,” katanya.

Kepada soalan tambahan Hee mengenai filem ‘The New Village’ atau Kampung Baru yang sudah dihantar untuk penapisan sejak setahun lalu namun tidak mendapat jawapan, Jailani berkata, Lembaga Penapis Filem adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menjawab soalan tambahan, Datuk Shahabudin Yahya (BN-Tasek Gelugor), beliau berkata FINAS turut mengambil bahagian dalam forum global untuk bekerjasama dengan produksi antarabangsa selain mempromosi filem animasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge