CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Bisnes | Motivasi

Gagal Dalam Pelajaran Tak Beerti Gagal Dalam Hidup

27/12/2015

Agak lama CD tak post di blog ni. Since bulan September.. Tapi apakan daya, start bulan Oktober CD terpaksa ‘cuti-cuti Malaysia’ kejap sebab ada urusan bisnes di beberapa buah negeri. Ini bukan urusan bisnes video CDS tapi bisnes networking yang selama ni CD hanya buat santai-santai jer ni. In Shaa Allah, dalam proses ‘come back’ dan rasanya CD perlu rebranding sekali lagi blog ni.

 

In Shaa Allah slowly blog ni under progress untuk diaktifkan semula. Doakan CD istiqomah dalam berblogging yer. Untuk artikel versi come back kali ni CD nak share tentang satu isu yang mungkin tak pernah kita sedar selama ni. (Maklumlah sejak-sejak balik dari IMKK ni CD dah mula nampak beberapa perkara yang tak pernah kita perasan sebelum ni). Isu apa ni CD? Ok jom baca di bawah…

 

Gagal Dalam Pelajaran tak Beerti Gagal Dalam Hidup

Sewaktu zaman persekolahan, kita selalu menganggap mereka yang dapat masuk Universiti adalah orang yang berjaya. Awal-awal lagi kita anggap mereka berjaya dalam hidup. Orang yang dapat Sarjana dianggap lebih pandai dari yang ada Sarjana Muda. Mereka yang ada PhD dianggap lebih bijak daripada orang lain. Akhirnya, ramai yang berebut untuk nak meletakkan gelaran “Dr” di depan nama walaupun diambil dari universiti internet entah dari mana.

 

Dalam keghairahan kita menyanjung mereka yang dianggap ‘berjaya’ tadi, akhirnya kita dimaklumkan terdapat sejumlah graduan yang masih tak dapat kerja. Bukan tu jer.. mereka yang dianggap bijak pandai itu juga malah tak mampu nak cipta peluang pekerjaan sendiri. Mereka hanya mampu berenang di dalam kolam tapi tenggelam jika dihumban ke lautan.

 

Sekarang hanya ada 2% graduan IPTA ceburi bisnes, berbanding 1% beberapa tahun sebelum ni. Secara bergurau saya katakan, “Itu hebat, peningkatan 100% dari 1% kepada 2%!”

 

Orang yang dikatakan berjaya itu hanya menunggu orang lain menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Sebaliknya, orang yang dikatakan gagal ini pula mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri.

 

Saya dimaklumkan sekitar 80% usahawan di Malaysia tidak mempunyai pendidikan tertiari; dalam bahasa mudah, mereka tidak masuk universiti. Orang yang tidak masuk universiti (dan dikatakan gagal oleh masyarakat) kini mencipta peluang pekerjaan (termasuklah kepada orang yang masuk universiti dan dikatakan berjaya itu).

 

Saya sebutkan soal ini untuk menggambarkan bahawa kita harus melihat semula konsep kejayaan dan kegagalan. Kita harus beralih dari proses dan output kepada outcome. Akhirnya, apakah yang kita mahu?

 

Begitu juga dengan keusahawanan. Selagi kita tidak mampu meraikan kegagalan, kita tidak akan berupaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah entrepreneurial nation. Menurut Bloomberg, 80% bisnes gagal dalam tempoh 18 bulan pertama. Kata Pengerusi Eksekutif  PTS Media Group, Puan Ainon Mohd, usah guna perkataan bisnes gagal, gunakan istilah bisnes tak menjadi. Baiklah, 80% bisnes tak menjadi dalam tempoh 18 bulan pertama.

 

80% adalah satu jumlah yang tinggi. Sekiranya kita terus mengamalkan budaya melanyak mereka yang gagal ini, bagaimanakah mereka akan dapat bangun kembali? Sekiranya bisnes tak menjadi, kenapa mereka harus dihukum sebagai penjenayah dan seolah-olah tidak dibenarkan untuk bangun kembali?

 

Benarlah kata-kata, orang yang tak berbuat apa-apa tidak akan gagal. Orang yang tidak berdiri, tidak akan jatuh.

 

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, keusahawanan ialah satu idea, harapan, impian dan masa depan. Usahawan akan bersinar mata apabila bercakap mengenai masa depannya. Walaupun berbisnes di gerai berbumbung zink, usahawan melihat dirinya berada dalam gedung berpuluh tingkat berhawa dingin. Walaupun berada di terowong gelap penuh tikus, usahawan mampu merasakan diri berada di atas awan dan disinari warna-warni pelangi yang indah. Itu usahawan.

 

Sekiranya kita ingin membangunkan entrepreneurial nation, keseluruhan ekosistem keusahawanan itu harus berubah. Usahawan kena berubah. Agensi pembangunan keusahawanan, termasuklah institusi pembiayaan, kena berubah. Cara kerajaan melihat apa yang disebutkan sebagai kegagalan juga kena berubah.

 

Mari kita raikan kegagalan. Mari, kita rayakan bisnes  bungkus.

 

Dari kegagalan ini kita belajar untuk membina sebuah harapan dan masa depan. Kita belajar dari kegagalan ini untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Kegagalan adalah pengalaman.

 

Dan, ia adalah pengalaman yang cukup hebat – untuk membina sebuah lebuhraya kejayaan!

 

*** Sumber : Telegram Group IMKK Disember 2015

Free Blog Update

Sila masukkan nama dan email anda utk dapatkan free update.

  1. Salam CD. Wah hebat-hebat. Memang betul tu CD. Tidak semestinya yang berjaya dalam pelajaran dan mendapat ijazah belum tentu berjaya dalam perniagaan. Kebayakan bangsa Cina hanya bersekolah setakat darjah 6 tetapi menjadi jutawan dan hartawan.

    Jom kunjungi entri saya: Pengalaman Bersama ONEXOX.

  2. Pendidikan sangat penting tetapi tidakla berkait rapat dengan kegagalan dalam kehidupan..kehidupan ni sangat subjektif dan tak semestinya yang pandai masa SPM kumpul banyak A boleh sukses dalam hidup

  3. Gagal dalam pelajaran tak beerti gagal dalam hidup

    Pendidikan memang penting

    Tapi agama lagi penting.bab akhlak kena tekankan juga,bukan akademik sahaja ditekankan.malah bab agama dan akhlak harus dititikberatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge