Satu majlis tertutup telah diadakan pada hari Sabtu, 22 Ogos lalu, bagi mengenang kembali memori bersama Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5 Julai 2014. Majlis yang dikenali sebagai Majlis Jamuan Teh Jalinan Sumber Ilham ini diadakan di Restoran Bunga Emas, Hotel Royal Chulan. Tujuan majlis diadakan adalah bagi mengeratkan silaturrahim sesama peminat arwah Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai kak Pah. Namun, rakan terdekat menyapa arwah dengan panggilan ‘Kak Ani’.
Lebih kurang 50 tetamu yang hadir terdiri dari rakan terdekat arwah, artis, peminat tegar kak Pah dan beberapa wartawan hiburan. CD turut diundang sebab terlibat dengan pembikinan video montaj arwah kak Pah. Maaf sebab agak lambat post entry ni.. Ada beberapa masalah teknikal dan kekangan masa jugak ni . Macamana pun CD tetap usahakan yang terbaik.
Mengenang Sharifah Aini 1953-2014
Setelah setahun lebih arwah kak Pah meninggalkan kita, barulah rakan terdekat arwah dapat kekuatan untuk mengadakan majlis ni. Itupun atas rasa rindu yang teramat sangat terhadap arwah dan mereka ingin berkongsi memori bersama kak Pah yang umum tidak tahu. Hanya berkongsi sesama rakan terdekat. Terima kasih kepada abang Rizal Kamaruddin (RK) selaku penganjur majlis kerana memberi kepercayaan kepada CD untuk menghasilkan video montaj arwah kak Pah untuk dimainkan di awal majlis.
Majlis bermula lebih kurang 2.30 petang. Dimulakan dengan bacaan doa, kemudian memainkan video montaj Mengenang Datuk Sharifah Aini.



Di awal majlis suasana agak sepi. Masing-masing kelihatan sedih. Mungkin menahan sebak tatkala lagu-lagu arwah dimainkan. Antara agenda menarik majlis ialah sesi karaoke lagu-lagu arwah, berkongsi kisah suka duka dan akhir sekali sesi fotografi.
Sebenarnya CD tak lama di majlis ni, sebab kena beredar ke lokasi shooting di PJ. Berat jugak rasa nak tinggalkan satu majlis yang ada sentimental value ni.. Mana taknya, tak sangka arwah kak Pah mempunyai peminat dan teman rapat yang sayang sangat dengannya. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama menjalinkan ukhuwah sesama peminat arwah. Pastinya arwah kak Pah seorang yang sangat baik dan penyayang semasa hayatnya hingga mereka sangat rindukan arwah sedemikian rupa. Dan mereka tak putus-putus mendoakan kesejahteraan arwah Sharifah Aini di sana.. Semoga kak Pah tenang di sana. Al-Fatihah…
Sebelum tinggalkan majlis, CD ambik peluang bergambar bersama beberapa rakan artis yang hadir. Jom layan foto-foto di bawah.




Di bawah ni antara foto selepas CD tinggalkan majlis. Thanks kepada kak Azura yang merakamkan kesemua foto-foto ni dan thanks abang RK sebab izinkan CD abadikan foto-foto kenangan di sini. Alhamdulillah jugak CD dapat kenal beberapa rakan baru yang hebat-hebat. Semoga silaturrahim ini berkekalan. Aminnn…







PS: Sebelum pos artikel ni, CD terjumpa blog seorang pelakon lama Fauziah Samad atau mesra dengan panggilan kak Jee . Tak sangka K Jee pun datang majlis ni, CD tak perasan. Kalau tak sure sibuk nak bergambar dgn kak Jee jugak. Seronok baca blog kak Jee yang banyak pengalaman dalam dunia production ni.
very good Rizal. well done. Love, Kak Meg
Tahniah kepada penganjur abg Rizal . Verry successful event.. ramai orang happy & terharu dgn sambutan. Al-Fatihah buat arwah Sharifah Aini..
[…] lokasi dinner ni pun sama dengan majlis tertutup yang CD hadir sebelum ni. Seperti majlis sebelum ini juga, CD dijemput kerana terlibat dalam menghasilkan video […]
Memang ramai peminat dan teman arwah Sharifah Aini ni kan…legenda tu
memang tak akan ada pengganti mcm allahyarhamah
nikkhazam ajak kita terjah…I Got Beme Shirt!
moga arwah ditempatkan di kalangan org beriman. Alfatihah
ika magicalips ajak kita terjah…Anda Pasti Mengalirkan Airmata Dengan Iklan Hari Ibu Ini