CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Personaliti | Umum

Genap Sebulan Pemergian Ahmad Ammar

03/12/2013

Ahmad-Ammar-Malaysia-Syahid-Turki

Hari ni seperti biasa CD online di Facebook dan terus cek di News Feed nak lihat apa berita menarik lagi untuk hari ni. Tiba-tiba terjumpa lagi cerita tentang Ahmad Ammar Ahmad Azam, yang meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu. Rupanya dah genap sebulan pemergian arwah Ahmad Ammar ni.

Apa kaitan antara CD dan arwah Ammar ni hingga CD terpanggil untuk post di blog CD ni? Sebenarnya tak ada kaitan apa-apa pun melainkan saudara seIslam.. CD memang rasa kagum sangat dengan kisah Ahmad Ammar ni. Ianya sangat special dan perlu di highlightkan supaya membuka mata banyak pihak agar menjadi contoh kepada anak-anak muda zaman sekarang. Bukan senang nak jumpa anak muda yang baik akhlaknya..ikhlas dalam menghulurkan bantuan dan paling tak di sangka beliau amat dimuliakan di Turki. Pemergian Ahmad Ammar ni memang cipta ‘sejarah’ tersendiri. CD benar-benar rasa ingin follow kisah-kisah Ammar ketika hayatnya dan nak buat satu segmen kisah Ahmad Ammar dalam blog ni. CD sendiri dapat banyak ‘ilham’ dari kisah2 arwah sendiri.

Buat keluarga arwah Ahmad Ammar.. walaupun anda tidak kenal diri ini tapi CD tetap nak ucapkan Takziah terutama buat kedua ibu bapa hebat ini iaitu  Ahmad Azam b. Ab. Rahman dan  Nur Azlina Abdul Aziz.

Pemergian Ahmad Ammar benar-benar telah memberi cahaya kepada banyak pihak termasuk CD sendiri. Memang tersentuh sangat bila pertama kali CD tengok video ni…sampai mengalir air mata CD ni. Inilah pertama kali CD kenal adik Ahmad Ammar b. Ahmad Azam …

Al-Fatihah buat Ahmad Ammar….

  1. memang pemergian arwah menggemparkan satu dunia terutamanya buat umat islam.. Niat arwah untuk mati syahid di jalan Allah dimakbulkan..subhanallah.
    Takziah buat keluarga arwah dan salam takziah..

  2. walaupun arwah dah lama meninggalkan kita, tetapi masih terkenang2 lagi kisah peribadi beliau yang amat mengkagumkan semua umat islam di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge