Thursday, December 03, 2020
Kasih ibu Keluarga

Happy Belated Birthday untuk diri sendiri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera,

 

**Kesian betul dengan tajuk ni kan.. Wish birthday untuk diri sendiri pun ‘belated’. 🙂

 

Alhamdulillah.. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih beri peluang kepada diri ini untuk menikmati kehidupan di dunia yang fana ni. Nikmat kehidupan yang tidak ternilai di samping insan-insan yang CD sayang especially my mom, Puan Kalsom binti Matt Husin, ahli keluarga dan rakan-rakan.

 

Terima kasih ibu, insan yang selayaknya diberi penghormatan dan penghargaan yang tiada tolok banding kerana pada tanggal 29 Mei 1981, ibulah insan yang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi perempuan bernama Nordiana Md Nor ni.. Jasa ibu memang tak dapat dibalas walaupun nyawa jadi pertaruhan, Allah jualah yang dapat membalasnya. Semoga Allah panjangkan usia ibu di samping nikmat kesihatan dan keberkatanNya, dilimpahi rezeki, bahagia dunia dan akhirat.

 

diana dan mak-bonda-tersayang-kasih-ibu

She’s my everything.. Ibulah insan yang paling CD ingat tiapkali sambutan ulangtahun kelahiran. Apa yang istimewa ulangtahun kali ni CD dapat bagi hadiah istimewa buat ibu yang dibeli dari Sabah. Kebetulan CD pergi Sabah baru-baru ni. Heheheee… hadiah biasa-biasa jer tapi cukup untuk buat mak CD tersenyum gembira. Boleh la pakai raya nanti ye maakkk… 🙂

 

 

 

 

 

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Back To Top