CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Hello December 2013

01/12/2013

Disember CD

Hari ni hari Ahad, 1 Disember 2013, bersamaan 27 Muharram 1435…

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan 12.. bulan terakhir dalam tahun 2013. Memang terasa cepatnya masa berlalu. Pagi ni Alhamdulillah.. Allah ‘kejutkan’ CD jam 3.00 am. Bila terjaga dan tengok jam CD sempat ucapkan syukur Alhamdulillah sebab masih bernafas…

Terima Kasih Allah sebab hingga 1 Disember 2013 ni CD rasa ada perkembangan yang baik dalam hidup CD ni. Macam-macam yang dah berlaku dalam tahun 2013. Ada sesuatu yang CD berdoa dan dimakbulkan.. Syukur Alhamdulillah sangat2. Kalau nak tahu apakah doa yang dimakbulkan tu.. biarlah CD dan Allah jer yang tahu. Hihihiii… part ni sure ada yang sakit ati jer baca ni kan.

In Shaa Allah seperti biasa, dalam bulan terakhir di tahun 2013 ni, CD akan cuba imbas semula peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup CD sepanjang tahun 2013 ni. CD yakin akan ada ramai blogger (sape2 jer lah tak semestinya blogger jer) yang akan mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tahun 2013. Ramai yang akan mula bercakap tentang azam tahun baru dan tak kurang juga ramai yang akan mula bertanya tentang sama ada azam tahun 2013 ni ada yang tercapai atau tak?

Kepada yang merasakan azamnya belum tercapai untuk 2013 ni jangan berputus asa dan teruskan kehidupan dengan lebih bersemangat. Kita harus bersyukur walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita kerana segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Pasti Allah nak bagi sesuatu yang lebih best di masa-masa akan datang. Bersangka baiklah pada Allah.

Bagi anda yang dah merasakan azamnya tercapai Tahniah diucapkan dan jangan lupa bersyukur kerana anda dikalangan orang yang terpilih untuk menerima apa yang sewajarnya anda terima.

Oklah sampai sini dulu sebagai mukadimah pembuka bicara pada hari pertama bulan Disember ni.. Welcome December 2013!

Semoga setiap perjalanan kita di dunia ni sentiasa mendapat redho dan berkat Allah S.W.T . Moga disayang Allah selalu..

CahayaDiana.com

XOXO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge