CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
My Life | Umum

Mukadimah..

19/08/2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pembaca semua…

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak saya terbitkan blog yg diberi nama CahayaDiana.com ni.. Ini adalah personal blog saya khas untuk berkongsi tentang pengalaman2 saya sama ada di bidang videografi, fotografi, penulisan, grafik dan dan lain-lain yang saya rasa nak share di sini.

Selain tu saya nak tulis jugak apa yg saya suka, apa yg terlintas difikiranlah..tentang hiburan, isu semasa, hobi dan sebagainya.

Tentang nama Cahaya Diana pula.. haa… ada satu insiden telah berlaku di dalam Facebook  pada tahun 2009. Masa tu mula nak berjinak-jinak denga FB. Maklumlah mula2 nak create account di FB masa tu nama saya jadi Md Nor Diana. Nama sebenar saya Nordiana Md Nor yer..so saya pun nak ubah tapi tak menjadi sampailah jam 2 pagi saya dok mengadap FB jer semata2 nak tukar nama. Cahaya Diana adalah salah satu daripada percubaan sayalah. Lastly saya naik fade up dgn menatang FB ni so saya pun shut down n tido dalam keadaan nama FB saya masih Md Nor Diana.. Lantaklah..

Tetiba keesokan paginya saya bangun buka FB (biasalah masa tu kan zaman kemaruk ber FB) ..hahahaaa… jeng jeng jenggg…nak tahu apa yg jadi? Terkejut saya tengok kawan 2 komen macam ni .. “Sejak bila nama ko tukar jadi Cahaya Diana?” Aduyaiii..masa tu dah segan dah..sebab rasa poyo semacam jer dgn nama Cahaya Diana ni..termalu2 kucin la kejab. Pastu saya nak tukar kembali ke nama asal saya tapi tetap x menjadi.. Lama2 saya tahan mata jer baca komen kawan2 rapat yg ‘mengutuk’ nama baru saya tu.. Hahahaaa..lantak pilah kat depa kan. Apa aku kesah? Aku x kacau idup korang pun. Yang penting aku eppy… haaa…kalau dh marah terus ‘saya’ jadi ‘aku’ kan? Tapi lama2 ada new friend yang tegur sedap nama tu…ngeh ngeh ngeehhh… akhirnya saya semakin confident menggunakan nama Cahaya Diana tu sebab mcm ada commercial value lak kat nama tu.. Then bila FB dh x buat hal sy tukar kepada nama asal ramai yg mintak supaya sy x tukar..biarkan jer Cahaya Diana tu.. sebab diorg kata ‘serasi’ dgn saya.. ecececee.. hmm.. x tahu la kat mana yg nampak serasi. so, saya pun guna lah nama tu utk blog ni… Hopefully memberi cahaya kepada pembaca semua yer..♥

Oklah .. tu sahaja Muqadimah dari saya.. harap semua enjoy, santai..relax… & terhibur dgn blog saya ni.. Insya Allah..  Dengan ini saya merasmikan blog www.CahayaDiana.com dengan lafaz.. Bismillahirrahmanirrahiimmm…

SELAMAT DATANG & SEMOGA MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT..

Renung2kan…& selamat beramal… 🙂 [ust.izi]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge