CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Hobi | Keluarga | Kesihatan | LifeStyle | my Journey | My Life | Vemma | Verve

Jom Swimming bersama Diana dan Shiha

07/04/2014

Last week, hari Selasa, bersamaan 1 April.. CD bawa Mak and my brother Amy pegi Port Dickson. Plan yang spontan dengan Shiha. Actually was my idea sebab CD rasa nak ber’cuti-cuti Malaysia’. Maklumlah.. tahun 2014 ni kan adalah tahun melawat Malaysia. So, apa kata kita bercuuuuutiiii jer sepanjang tahun ni. Nak tak?

Hahahahaaa… cuti-cuti dalam Malaysia jer lah. Kami gerak dari Shah Alam agak-agak dah lewat sebenarnya.. sekitar jam 11.30 am. Pastu jumpa Shiha di perhentian R&R Seremban. Shiha dari rumah abangnya, Fitri di Seri Kembangan.

Alhamdulillah.. semua seperti yang dirancang walaupun spontan jer.

Lokasi kami ialah Seri Pena Resort di Teluk Kemang. Bukan betul-betul PD pun.. SPR ni sebenarnya resort di bawah seliaan New Straits Time Press (NSTP), khas untuk staff sahaja. Bukan dibuka untuk public. Since abang CD adalah one of their staff, so gunakanlah peluang ni sebaik mungkin. Tak perlu bermewah-mewah sangat sebab CD tahu.. kalau bercuti pada hari bekerja ni memang rasa macam Resort tu ‘kami yang punya’. Hahahaa.. Ala-ala private resort gitu. Mana taknya.. Tengok ler sendiri..

foto w500px

Swimming Pool tu pun kosong jer takde orang. Rumah di Seri Pena ni ada 20 buah apartment. Dalam 20 tu bayangkanlah kitorang jer yang tinggal di situ? Bayangkaaannn… Maknanya ada 19 buah apartment lagi yang kosong. Kalau dulu CD biasa pergi Family Day Berita Harian.. berebut-rebut bilik. Now kami bebas tukar bilik aparment bila rasa ada yang tak selesa. Heheheeeee….

Swimming pool yang tenang di atas tu mula jadi hak milik mutlak kami pada hari kejadian berlaku… hahahaaa…

Posing dulu apa-apa pun. Peace yoww...
Posing dulu apa-apa pun. Peace yeoww…

Bab-bab ni serah kat Shiha lah sebab dia lah yang paling expert!

diana-wink2
Cer tengok orang tak expert posing macamana.. Biasa je kan?

Di atas ni pulak orang tengah excited terlebih sebab plan yang dirancang secara spontan menjadi dan memang best! Heheheheeee….

diana-and-shiha-swimming-drink-verveApa-apa pun CD warm up dulu… Shiha mulakan excercise dengan Insanely Healthy Energy Drink nya. Apa lagi kalau bukan minuman tenaga Verve! CD lepak-lepak dulu sambil ambik mood nak swimming.

Kedalaman swimming pool ni adalah 5 kaki. Kat tempat Shiha berdiri tu belum 5 kaki lah. Kalau kat tengah-tengah sana nun.. memang we all tenggelam. Huhuhuuu… CD ni jenis penakut air sebenarnya tapi apa yang CD cuba buat ni adalah melawan ketakutan CD. Yerlah.. kita memang kena buat perkara yang kita takut supaya bila kita dah tahu baru kita dapat menilai sama ada ketakutan tu berbaloi atau tak.

Alhamdulillah.. CD dah mula rasa berani sikit demi sikit dengan air. Hahahahaa…

Minum Verve...memberikan tenaga untuk berenang sepuas-puasnya!
Minum Verve…memberikan tenaga untuk berenang sepuas-puasnya!

Sluuurrrrppppp…. Verve ni memang sedap sangat! CD minum sampai tutup mata menghayati rasa Verve yang sebenar. Hahahaaaa…Iklan la pulokkk..

Iklan Verve jap
Iklan Verve jap

Tengah syok posing dengan Verve tetiba Shiha panggil ajak jenjalan di tepi pantai pulak. Tak sangka.. kami jumpa Belangkas! sejenis binatang yang ‘tak pernah keseorangan’. Shiha siap menjerit-jerit excited sebab katanya tak pernah jumpa Belangkas secara liar..

Terus pergi dekat untuk ambik gambar..

shiha_belangkas
“Close Up sikit Shiha”…

Hehehee… nasib baik CD pernah tengok dulu sekali masa shooting di Taman Negara Bako, Sarawak. Kali ke-2 di sini lah..

Ececeh.. konon-konon nak tangkap Belangkas lah tu
Ececeh.. konon-konon nak tangkap Belangkas lah tu

Tak payah kepong sangat Belangkas ni. Bukan dia lari mana pun. Statik jer kat situ melekat. Orang kata telor dia sedap..buat masa asam pedas.. Huhuhuuu.. tak reti lah CD makan.

shiha-belangkas-01
Nampaknya Shiha masih lagi excited dengan Belangkas ni.

Time ni CD pulak yang ajak dia balik ke apartment sebab hari dah nak Maghrib. Walaupun sekejap jer kami bermanja dengan Belangkas tu tapi keseronokkan tu masih dapat rasa sampai sekarang. Hehehehe….

Dinner Sate Kajang Hj Samuri di PD.
Dinner Sate Kajang Hj Samuri di PD.

Malam hari kami pegi Dinner makan Sate Kajang Hj Samuri di PD atas cadangan Shiha. Thank You Shiha sebab belanja kami makan malam tu. Alhamdulillah.. sedap. Mak CD pun nampak enjoy makan Sate tu.

Kami stay 1 malam jer di Resort tu. Kalau ikutkan nak 2 malam, tapi memandangkan masing-masing ada komitmen dengan family so kami akurrr… Heheheee.. Shiha komitmen dengan mak dia di kampung yang masih menjaga nenek. CD pula dengan family, mak nak pegi Melaka pulak lepas tu. So, demi penuhi permintaan Mak, CD bawak lah mak jenjalan di Melaka pulak, rumah kakak CD (Noorol Bushra #4). Mak dah rindu anak & cucunya. Heheheee…

Apa-apa pun tetap bersyukur sebab kami dapat jugak enjoy our life, dalam masa yang sama penuhi permintaan orang yang tersayang… Satu peluang yang tak semua orang dapat kerana komitmen dengan kerja di pejabat dan sebagainya…

 

  1. Hey! CD… bestnye nampak. Happy giler… Menyelam sambil Verve! ape rasa? selalunya org berenang ni actually penat xpenat sangat tapi laparkan? apa rasa pekena Verve bila berenang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge