CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kajian tentang Watak dan Perwatakan | Sinematografi | Umum | Unimas

Kajian tentang Watak dan Perwatakan dalam Filem

10/11/2016

Kajian tentang Watak dan Perwatakan dalam Filem : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jangan terkejut tiba-tiba tajuk entry kak D kali ni berbunyi agak serius. Dah macam kak D nak start lecture jer kan. Jangan salah faham.. sebenarnya kak D baru terjumpa buku tesis masa kak D belajar di Unimas dulu. Tajuk tesis kak D.. Kajian Terhadap Watak ; Bagaimana Watak Dicipta dan Dikembangkan Di Dalam Naratif Filem.

thesis-cahaya-diana-kajian-tentang-watak-dan-perkembangan-watak-dalam-naratif-filem-unimas-fsgk-sinematografi-700x1040

Inilah tesis kak D.. masih kemas dalam simpanan. Unforgettable memory…

Since ada permintaan dari adik-adik junior Sinematografi untuk kak D cerita tentang pengalaman masa belajar di Sarawak dulu..(2003-2006) ,so  why not kak D share serba sikit di sini tentang kajian tesis yang kak D penah buat jugak di blog ni. Barulah terasa blog ni berilmiah sket kan? 😀

Sebenarnya kak D memang suka kaji tentang watak dan perwatakan ni. Tak semestinya dalam filem tapi dalam kehidupan seharian jugak secara amnya. Disebabkan kak D dah belajar perfileman dulu, jadi kajian kak D tu lebih spesifik lah kearah watak dalam filem.

So, jangan terkejut kalau pekerjaan pertama kak D selepas graduate ialah Penulis Skrip. Memang minat kak D pada awalnya menjurus ke arah penulisan skrip dan ilmu tentang watak dan perwatakan ni sangat diperlukan di sini.

Bagi usahawan pulak, memahami tentang watak dan perwatakan menjadikan mereka lebih kenal dengan pelanggan. Bila dah faham kehendak pelanggan, then barulah mereka dapat mencorakkan teknik-teknik pemasaran yang berkesan. Hehehee.. tetap tak lari nak jugak cerita bab-bab bisnes kan.

Kajian tentang Watak dan Perwatakan dalam Filem

kajian_watak_perwatakan_forrest_gump_711x400

Story becomes complex through the influence of character that impinges on the story, dimensionalizes the story, and moves the story in new directions. With all the idiosyncrasies and wilfulness of character, the story changes. Character makes the story compelling”.~ Seger, L. (1994). Making A Good Script Great.

Salah satu sebab kenapa kak D pilih topik untuk mengkaji tentang watak ialah kerana WATAK berperanan sebagai penggerak sesebuah cerita atau filem dan menjadi penghubung kepada plot-plot cerita. Dalam menggerakkan dan menghubungkan cerita, watak akan berkembang dari satu tahap ke satu tahap yang lain secara rasional.

Dalam kajian kak D, pembangunan dan perkembangan watak juga dikupas dari aspek-aspek lain seperti fisiologi (physiology), sosiologi (sociology), dan psikologi (psychology) watak.

Selain tu, kajian ni jugak membincangkan perihal berkaitan Character Spine dan Character Arc di dalam sesebuah naratif filem. Sebagai contoh sekiranya watak seorang yang pemalas, setelah mengalami beberapa peristiwa atau tragedi di dalam kehidupannya yang memotivasikan diri watak, akhirnya watak ini akan bertindak, membangun dan berkembang menjadi seorang yang rajin.

Suatu kejadian atau insiden dalam sesebuah cerita berkait rapat dengan hukum sebab dan akibat yang membawa kepada faktor perubahan dan perkembangan watak. Lazimnya setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan akibatnya tersendiri.

Perihal ini juga disokong oleh seorang pengulas filem tempatan A.Wahab Hamzah. Beliau telah menyatakan bahawa plot digerakkan oleh hubungan watak-watak dalam hukum sebab dan akibat yang tidak terabai, rasional dan menyakinkan.

Kenyataan di atas menekankan hubungan watak dan plot serta peranan watak yang mempunyai hubungkait dengan faktor perubahan watak di dalam sesebuah filem. Kesemua perkara di atas juga kak D kaitkan dan aplikasikan di dalam tesis kak D. Kak D akan kupas dengan lebih lanjut tentang perkembangan watak dalam filem pada artikel akan datang.

 

***

Sebenarnya artikel di atas ni kak D dah blendkan dengan ayat-ayat dalam tesis kak D supaya nampak lebih santai dan tak terlalu skema untuk kesesuaian blog kak D ni. Korang jangan pulak menulisa tesis nanti santai macam ni jugak. Hehehee..

 

Oklah kak D akan sambung cerita mengenai kajian kak D ni pada artikel akan datang. Jika ada apa-apa soalan nak tanya jangan malu-malu boleh terus contact kak D yer. Stay tune…
~Cahaya Diana (Kak D)~
Bekas Pelajar Sinematografi (2003-2006)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)