CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Kekecohan Harga Minyak Naik RM0.20

03/09/2013

Isu harga minyak naik RM0.20/liter yang berkuatkuasa hari ini, 3 Sept 2013 menjadi topik paling hangat yang saya lihat di Facebook saya pagi ni. Bukan hari ini sahaja, malah sejak beberapa hari lepas. Ramai yang memberontak dan menyalahkan pihak tertentu.

Tak dinafikan siapa happy dengar berita macam ni kan. Tapi janganlah kita mudah melatah dengan isu sebegini. Bagi saya, cukuplah sekadar saya tahu tentang isu ini dan ada cara tersendiri untuk tanganinya. Bukanlah berdiam diri sahaja, tapi jangan pula kita memberontak dan melepaskan kemarahan membabi buta.

Ok di sini saya nak share satu post yang bagi saya adalah post yang terbaik di saat-saat kita dihidangkan dengan post-post atau komen-komen yang meluahkan rasa ketidak puas hatian mereka. Jangan pula kita terpengaruh. Di minta bersabar yer semua dan sila baca post di bawah ini.

isu minyak

 

Setuju sangat dengan kata-kata Arshad Daza’.. “Simple solution, you can’t change people around you, you can’t change the government and you can’t change the world. What you can change is YOURSELF.. Things happen for a reason. It’s time for you to change..

Yesss.. Time for ‘Us’ to CHANGE! Dah sampai masa untuk kita berubah daripada negetive ke positive.. ubah cara kita berbelanja, ubah tindakan anda. Lagipun apa yang kita lakukan melambangkan attitude diri kita.. Bak kata sahabat saya seperti di bawah ni..

isu minyak1

Bukankah post sebegini yang lebih baik?

Will update soon..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge