CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Memory Lane | Nostalgia

Kenangan Zaman Kanak-kanak Riang

11/08/2014

Haaaiiii….
Nampaknya lama gila tak update. Awal Ramadhan lepas sibuk dengan blog baru khas untuk bisnes Vemma CD. Lepas ni dah tak nak campur aduk dah sebab CD banyak nak hapdate tentang life CD yang berwarna warni di sini. Maybe CD boleh kata dah masuk Fasa ke-2 dah blog ni walaupun sebenarnya blog CD ni lahir pada tahun 2010. Lama betul kan? Tapi tu lah.. sikit-sikit CD merangkak-rangkak nak jadi blogger ni. Syok juga meng’happy’kan diri sendiri a.k.a syok sendiri di sini. hahahaaaa.. siap mengaku syok sendiri tak hengat kan???

Biarlah CD jadi diri sendiri di sini.. here I come. This is the real CD! Tapi sebenarnya dah jadi blur balik bila dah tinggal lama aktiviti berbelog ni. Nak start balik tu memang susah. Tapi CD tetap gagahkan jugak. Finally ada topik yang buat hati CD tertarik untuk post di sini. Maybe dah lama viral topik ni tapi CD dapat dari group WhatsApp family CD.. di share oleh my sis Azimah.. (ni kira credit orang yg tukang share lah). Harus lah bagi credit dari mana sumber CD dapatkan walaupun dari WhatsApp.

**********************************
Baca kejap Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak? Mustahil tidak pernah t’jadi. Rugi kalau xbaca

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf ‘m’.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik. 17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28.anda mesti tgh senyum.sorang.bila anda baca memory kat atas ni…

 

****************************************

permainan-zaman-kanak-kanak-nostalgia
Foto Hiasan: ni pun salah satu nostalgia jugak ni..

Amacam? Ada tak dalam senarai di atas yang u olls penah buat? kalau penah cer Share sket dengan kawan-kawan lain. Tentunya akan satu nostalgia terindah untuk dikongsikan dengan rakan-rakan anda..

 

 

~XOXO~
CahayaDiana a.k.a CD/Dee/Diana

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge