CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kecantikan | Mary Kay | Skin Care

Kenapa Pencuci Muka Mary Kay tak Berbuih?

09/04/2017

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Agak-agak kenapa eh pencuci muka Mary Kay tak berbuih? Haa.. hari ni tetiba rasa nak share tentang produk kecantikan Mary Kay, kategori penjagaan kulit. Bukan apa, tengok traffic blog cahayadiana.com ni boleh tahan jugak orang yang mencari info kecantikan di sini walaupun banyak yang saya kongsikan pasal video sebenarnya.

Oklah memandangkan saya punya blog pun bukannya niche kepada blog video sangat.  Orang perempuan ni kita sedia maklum tak boleh terlepas dari isu kecantikan.. maka saya akan kongsikanla apa yang pembaca cuba cari di sini.

Saya pilih set Timewise Mary Kay.

Kalau diikutkan rasa tak puas pakai pencuci muka yang tak berbuih ni kan. Betul tak? Tapi hakikat sebenar masih ramai tak tahu bahawa sebenarnya pencuci muka yang baik adalah yang kurang berbuih atau yang memang takde buih langsung. Pada awal guna pencuci muka Timewise Mary Kay ni memang saya rasa tak puas. Tapi lama-lama dah faham sifat kulit kita yang kena sentiasa dibelai manja, maka saya mula rasa selesa, malah jadi syok pulak membelai kulit wajah dengan pencuci muka tak berbuih ni.

Oklah, mai sini saya nak habaq pasai pa pencuci muka yang tak berbuih tu bagus..

Dikatakan pencuci muka yang berbuih sebenarnya boleh mengganggu fungsi kulit. Buih akan mengganggu penghasilan minyak semulajadi atau pil pada kulit kita. Natural oil ni penting tau, sebab jika kurang minyak pada kulit akan menyebabkan kulit mudah mengelupas dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering (dry out).

Sabun bersifat alkali yang akan mengganggu pH/ accidity kulit kita. It needs its own natural pH untuk tidak menyerap bakteria dan membuang toksin.

Bila acidity kulit terganggu, kulit akan lebih mudah terkena infection, jerawat dan premature aging. Sebab tu, muda lagi tapi kulit dah start alami penuaan.

Sebab itulah cleanser Mary Kay adalah creamy texture dan tidak berbuih. Memang rasa tak pakai apa-apa tapi sebenarnya itu yang paling baik sebab dia membiarkan kulit bekerja secara semulajadi.

Seperkara lagi.. kita semua tentu taknak kulit muka kita cepat berkedut, tak nak ada pori-pori terbuka luas dan tak nak ada white atau black head. Betul? Jika kita menggunakan pencuci muka yang berbuih, selepas cuci kulit akan rasa tegang sebab buit tersebut telah mengeringkan lapisan kulit paling atas dan menyebabkan kulit tak balance. Kesan jangka masa panjang, kulit kita akan cepat berkedut dan tak seimbang.

Maka, janganlah bersedih bila pakai pencuci yang tak berbuih sebab kita semua kan nak awet muda.. Hehehee.. jadi, fikirkan untuk jangkamasa panjang ok. So, kalau ada yang nak cuba berjinak-jinak dengan produk Mary Kay ni, boleh hubungi beauty consultant berhampiran anda…

Mary Kay Beauty consultant Kuala Lumpur : +6011 2068 7481
Mary Kay Beauty consultant Shah Alam : +6016 238 0264
Mary Kay Beauty consultant lain-lain kawasan/ negeri : +601132377354

Luv,

Cahaya Diana

    1. Hehheee.. semestinya. ramai kawan2 sekolah kak D dulu pun rupa2nya pakai Mary Kay jugak.. tu yang lebih yakin..

    1. Hehehee.. Insha Allah saya baru upgrade jadi Mary Kay beauty consultant sebenarnya. Kalau ada rezeki nanti saya bagi Diana cuba yer..

    2. as slm sis…boleh whtsp saya mcm mana utk guna secara FREE…saya akan tnjukkan jln..😊
      018-9152192

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge