Keputusan Akhir Pemenang Contest Komen Terbanyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedapnya bau makanan yang kakak CD masak kat dapur tu.. tapi dah lewat malam, CD dah set target tak nak makan lewat-lewat, tak baik untuk kesihatan.

 

Oh.. Sambal sotong rupanya.. Wahai perut bertahanlah.. hehehee…

 

Akhirnya CD dah dapat pemenang tempat ke-3

Masih ingat lagi dengan contest yang CD anjurkan sebelum ni? Walaupun dah diumumkan pemenang sebelum ni tapi CD tetap lanjutkan contest ni hingga tarikh Pelancaran Produk Vemma Renew dan Verve Remix, awal bulan November lalu.

Congratulations
Tahniah kepada pemenang komen terbanyak

 

Yess!! Finally ada juga pemenang tempat ke tiga, iaitu Puan Rosmaniwaty binti Erman, seorang usahawanita yang gigih dari Johor Bharu. Siapa yang berminat untuk membeli kereta baru dan terpakai silalah add beliau di Facebook. (tudiaaa..siap promot). Untuk lihat pemenang utama dan kedua sila klik di sini.

 

Untuk kategori give away pula, pemenangnya ialah… Puan Shima Yusoff, seorang surirumah dari Cheras dan Muhammad Nuruddin Azman Shah, pelajar UPSI yang berasal dari Kelantan.

 

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang. CD akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk mendapatkan maklumat penghantaran produk. Diharap anda bersabar yer.

 

Hadiah Komen Terbanyak Bulanan

Selepas ini, aktiviti komen terbanyak bukan lagi dijadikan contest, tetapi aktiviti bulanan di mana CD akan memberikan 2 tin air minuman tenaga Verve Pilihan Anda. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih setiap bulan yang memberikan komen terbanyak di blog cahayadiana.com ni.

 

Hadiah berupa 3 tin Verve Pilihan Anda. Anda boleh pilih sama ada mahukan Verve Healthy Energy original atau Verve Remix.

 

Contest seterusnya di CahayaDiana.com

Buat sementara waktu contest di cahayadiana.com akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada projek CD yang lain. Jeng jeng jengggg…projek apa tu? Just wait and see jerr.. 🙂

 

Oklah sampai di sini dulu.. semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.. Kekalkan kesihatan di samping menjana pendapatan lumayan di alam maya.

 

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

6 Comments

  1. Salam CD. Tahniah buat semua pemenang yang berjaya mendapat tempat masing-masing. Alhamdulillah…saya dapat top 1. Ini memberi semangat kepada saya untuk teruskan komen di blog ini. Saya harap rakan-rakan blogger lain juga dipersilakan ke blog CD. Ada hadiah menarik iaitu 2 tin sebarang perasa iaitu Vemma Renew atau Verve Remix.
    Kamil Salleh ajak kita terjah…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. CahayaDiana says:

      W’salam.. hehehee.. jemput komen reramai.. tiap2 bulan CD nk bg hadiah..

  2. Wah saya perhatikan blog ini sudah bertukar templatenya. Rasanya kurang menarik la… ia dipanggil shadow. Jarang orang buat shadow di template mereka. Ini cuma pandangan saya saja, keputusan terletak pada empunya blog saja.
    Kamil Salleh ajak kita terjah…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

    1. CahayaDiana says:

      sebenarnya blog ni masih kekalkan template yg sama cuma bertukar warna shj. drp warna merah terang ke warna light. yg shadow tu jer tgh cari jalan nak buang macamana.. hahaha..sblm ni shadow tak nampak sangat sbb warna background dah dark. so bila tukar kepada light background nampak jelas pulak shadow nya tu. nanti nak tanya yg pakar bagaimana nak kurang shadow atau buang terus.

  3. Tahniah kepada semua pemenang… untung larr… hehehe… so pasnie kena komen banyak2 la kat sini yer… boleh dapat air tin 😀
    Acikidah ajak kita terjah…Ayesha Tak Pakai Pampers LagiMy Profile

  4. tahniah buat kak roza..
    teruskan usaha anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge