CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kerjaya | Penyunting Filem dan Video

Kerjaya Seorang Penyunting Filem dan Video (Bhg.2)

07/02/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam sejahtera,
Klik sini untuk baca Bahagian 1. Artikel berkaitan Kerjaya Seorang Penyunting Filem dan Video ini adalah satu perkongsian dari pengalaman sebenar saudara Isazaly Mohamed Isa, seorang penyunting professional di Malaysia.

 

KERJAYA SEORANG PENYUNTING FILEM DAN VIDEO (Bahagian 2)

 

Semasa “Revolusi DV”™ melanda para penggemar kamera video amatur, saya telah membeli sebuah kamera DV (1CCD) yang pertama untuk mengikut tren teknologi ketika itu.

 

Sekiranya seorang pelajar lukisan, mereka harus mempunyai berus cat serta segala peralatan lukisan untuk membuat latihan amali. Dan sebagai seorang pelajar filem, saya hanya membeli sebuah kamera video yang termampu sahaja ketika itu – iaitu jenama JVC DV1 CyberCam.

 

Kamera Video Digital JVC-DV1-226x300
Kamera Video Digital JVC-DV1

Kamera miniDV ini telah menjadi “buku sketsa” saya sepanjang pengajian 3 tahun saya di Akademi Filem Malaysia. Dengan adanya kamera ini, saya dapat mempraktikkan segala pengendalian asas pengambaran sesebuah video.

 

Sememangnya saya memang cekap dan mahir kepada pengendalian kamera video, tetapi tumpuan serta minat saya bertukar ke alam penyuntingan, apabila saya mula sedar akan kepentingannya juga dan bidang tersebut tidak ramai yang ingin menceburinya kerana takut menjadi “technician”, kerana terlalu banyak perkara teknikal yang berkenaan.

 

Hanya mereka yang mempunyai sifat kesabaran dan tahu, yang dapat mendalami bidang tersebut.

 

Pada ketika itu juga, pelajar junior saya, Saudara Imri Nasution (sekarang terkenal sebagai Pengarah drama bersiri ‘Impian Illyana’ & ‘Oh My English!’), juga telah membeli sebuah kamera DV yang lebih canggih dan berkualiti tinggi.

 

Syarikat Panasonic telah mengeluarkan sebuah kamera miniDV yang setanding dengan “broadcast quality” ketika itu (walaupun masa itu kami pun tidak tahu akan kehebatannya. Orang kedai yang menjual kepadanya pun sama!).

Kamera Video Digital AG-EZ1-300x156
Kamera Video Digital AG-EZ1

 

Selang beberapa bulan kemudian, kami mendapat tahu pihak stesen TV3, telah membeli lebih 20 buah kamera yang sama, untuk unit dokumentari dan unit berita mereka!

 

By then, we are very sure we are in business!

 

Pada lewat tahun 1999, saya telah menerima tawaran dari seorang rakan artis, Art Fazil, yang berada di London untuk meneruskan pelajaran peringkat ijazahnya di Guildhall School of Music. Beliau ingin saya membuat dua video muzik untuk album “Nur”, yang bakal dipasarkan ketika itu.

 

Album Cover NUR oleh Art Fazil

Dengan berbekalkan kamera saudara Imri Nasution dan sedikit ilmu di dada, saya telah diterbangkan ke London untuk seminggu dan merakamkan video muzik beliau disana. Kedua-dua video muzik tersebut, boleh ditonton di YouTube berikut (Zaman itu, kualiti sebegini dah kira gempak!):

Video tersebut telah disunting dengan perisian Adobe Premiere bersama Pinnacle DV ketika itu dengan menggunakan PC yang saya bina sendiri (DIY), dengan bantuan keewangan dan sokongan dari Puan Normah Nordin AMN dari Centrestage Performing Arts. (Beliau adalah orang lama RTM  dan pencipta logo FINAS yang asal.)

Perisian Adobe Premiere 5.0 dan Handbook Pinnacle-300x225
Perisian Adobe Premiere 5.0 dan Handbook Pinnacle

 

Pada mulanya, saya masih ragu-ragu apabila ditanya oleh saudara Art Fazil,

Video ni boleh masuk TV ke?

Saya hanya menjawab,

Belum try, belum tahu! Kita transfer je nanti ke BETA

(itulah saja format yang diterima oleh stesen TV, pada ketika itu! Dan saya pun kurang pasti, boleh ke tidak!).

 

Jawapan saya lebih yakin apabila membaca artikel-artikel oleh para pengguna amatur DV di internet bahawa format kamera DV (3CCD) boleh diterima pakai untuk penyiaran (broadcast). Lagipun, berita yang TV3 membeli hampir lebih 20 unit telah menguatkan keyakinan saya sekali lagi! Takkan mereka di TV3 tak tahu kan?

 

Dipendekkan cerita, kedua-dua video tersebut diterima oleh pihak stesen TV untuk ditayangkan dan yang lebih membanggakan lagi ialah saya ditanya soalan yang kemungkinan sukar untuk saya sendiri menjawab,

You all guna kamera filem 16mm ye?

Saya menjawab dengan selamba, semangat dan penuh keyakinan, “Ya!”

 

Cerita ini hanya saya, saudara Imri dan saudara Art Fazil sahaja yang tahu, sehinggalah artikel ini tertulis! (Nota: Pada yang berkenaan, saya ingin meminta maaf kerana terpaksa berbohong! Tetapi dengan jawapan itu sajalah yang boleh membuatkan video kami diterima oleh pihak stesyen ketika itu!).

 

Itu adalah satu kejayaan besar untuk kami dan ianya membuatkan kami lebih yakin bahawa satu hari nanti, format DV ini akan diterima pakai oleh pihak profesional.

 

And the rest was history!

 

(bersambung di Bhg 3.)

Sumber: Dailyseni.com

  1. Salam. Saya nak tanya mcm mana CD boleh prevent camera from shaking? Guna stabilizer or something else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge