CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kerjaya

Kerjaya Seorang Penyunting Filem dan Video (Bhg.1)

01/02/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Salam sejahtera,

Artikel berkaitan Kerjaya Seorang Penyunting Filem dan Video ni adalah satu perkongsian dari pengalaman sebenar saudara Isazaly Mohamed Isa, seorang penyunting professional di Malaysia.

 

KERJAYA SEORANG PENYUNTING FILEM DAN VIDEO (Bahagian 1)

MURCH EDITING-300x225

Sebagai seorang penyunting professional di industri ini, dari semenjak awal tahun 1999, saya telah mencuba pelbagai peralatan serta perisian (software) penyuntingan non-linear, yang menggunakan sebuah komputer, untuk menyelaraskan tugasan seorang penyunting.

 

Apakah sebenarnya “Penyuntingan”?

 

Jawapan yang lazim saya terima apabila saya menyatakan bahawa kerjaya saya adalah seorang “penyunting” (editor):

“Oh! Potong-potong gambar tu ye?”
“Letak efek-efek kat video tu ke?”
“Kerja kau potong scene yang ‘panas’ kan?”
“Awak kerja dengan suratkhabar mana?”

 

Sebenarnya, tugasan seorang penyunting adalah:

“Menggabungkan beberapa imej bergerak, untuk dijadikan sebuah cerita.”

 

Dengan perubahan zaman teknologi berkomputer sekarang ini, tugasan sang penyunting menjadi lebih mudah, berbanding dengan 20 tahun yang lepas.

 

TRIVIA

Tahukah anda bahawa pada sejarah awal penyuntingan,
ramai diantara para penyunting adalah kaum wanita?

 

Banyak perisian-perisian (software) baru dari syarikat-syarikat lain telah tumbuh bagaikan cendawan, apabila munculnya Digital Video (DV) yang mula bersaing hebat dengan peralatan kamera profesional seperti BETACAM SP pada tahun 2000. Pada masa itu, hanya terdapat beberapa perisian yang profesional dari syarikat gergasi seperti AVID, Media100 dan Lightworks.

 

Perkembangan Dunia Digital Non-Linear di Malaysia:

 

Pada tahun 1996, apabila pensyarah penyuntingan saya di Akademi Filem Malaysia (AFM), iaitu Encik Zulkifli Arshad, yang telah membawa saya ke syarikat beliau bertugas ketika itu, di Kirawang Sdn Bhd dan menunjukkan persisian AVID Media Composer 8000 yang berharga sekitar RM350,000! Saya cuba untuk membuat ‘dissolve’ di antara dua klip video dan ia mengambil masa 5-10 saat untuk siap di ‘render’!

 

Wow!

 

Pada ketika itu, memang sungguh menakjubkan hanya untuk membuat efek ‘dissolve’. Syarikat-syarikat lain yang menggunakan sistem AVID terawal adalah Serangkai Filem, Edit House, Mirage Post, Novista, Creative Broadcast Technology, TAD Network dan Utusan Sight & Sound. (Kredit kepada Encik ‘Bob’ Azhar & Pachingey kerana memberikan info tentang sejarah awal AVID di Malaysia.)

AVID-MEDIA-COMPOSER-8000
Contoh kelengkapan AVID Media Composer 8000 (Gambar Hakmilik Encik Igor Lipski, Russia)

 

Dalam tahun 2 di AFM, saya telah berjinak-jinak dengan perisian amatur iaitu Adobe Premiere dan sistem Pinnacle DV, untuk menyunting banyak projek secara separuh-masa, dibawah syarikat Centrestage Performing Arts Centre, atas dorongan serta kepercayaan Puan Normah Nordin A.M.N, yang juga ketika itu, pensyarah lakonan saya di AFM. Disitu saya telah mendapat pendedahan kepada dunia ‘digital non-linear‘ serta perisian-perisian yang lain di pasaran antarabangsa hanya dari membaca majalah-majalah serta buku-buku kepunyaan beliau.

MacWorld-1024x768
Beberapa koleksi “MacWorld” kepunyaan Puan Normah Nordin AMN

Pada tahun seterusnya, saya diberi peluang untuk menerajui pembelian sistem ‘digital non-linear‘ pertama yang dibeli oleh FINAS, bagi kegunaan pelajar-pelajar Akademi Filem Malaysia. Sistem tersebut adalah dari syarikat SONY, iaitu Edit Station 7 yang berharga sekitar RM120,000. Sistem tersebut hanya boleh menyimpan hanya 4-6 jam untuk data video ‘uncompressed‘. Dan setiap efek ‘dissolve‘ yang hendak dibuat, akan mengambil masa 2-4 saat untuk siap ‘render‘!

ES-7-Workstation
Contoh SONY ES-7 Edit Station (diambil dari Manual Pengguna asal)

 

ES-7-GUI-1024x722
Perisian ES-7 (diambil dari Manual Pengguna asal)

Karier profesional saya bermula dengan peralatan ini di FINAS dan sambil mempelajari selok-belok sistem baru ini, saya telah menyunting banyak filem-filem pendek para pelajar Akademi Filem Malaysia.

 

Antaranya adalah filem-filem pendek dari Bront Palarae (sekarang seorang pelakon popular), Osman Ali (pengarah filem ‘Ombak Rindu’, Imri Nasution (pengarah TV ‘Oh!My English’) dan juga menunjuk ajar penyunting-penyunting sepenuh masa di FINAS ketika itu. Saya menjadi ‘ketagih’ kepada kerja-kerja suntingan, sehinggakan tidak dapat membezakan antara malam dan siang (kerana setiap bilik suntingan sentiasa gelap. takde tingkap ler!).

 

Apa yang menjadi persoalan saya ketika itu, bila agaknya saya termampu untuk membeli peralatan sendiri dan terus mendalami secara terperinci penggunaan setiap peralatan tersebut? Kerana pada ketika itu, dalam pemikiran saya, untuk menjadi seseorang penyunting yang mahir, mestilah banyak kena buat latihan praktikal, kan?

 

“A writer needs a pen, an artist needs a brush, but an editor?”

Bersambung di Bahagian 2 

Sumber: DailySeni.com

  1. Saya tengok studio penyuntingan dah nampak sofisikated. Apatah lagi nak buat penyuntingan. Boleh buat perkataan dengan menggunakan Phgotoshop pun dah dikira ok. Apapun memang kerja ini tidak kira masa, siang dan malam sama saja. Suasana studio yang gelap-gelita.

    Nampaknya kena minta Diana buat satu klik video durasi tentang Top 10 Malaysia Best Blog 2015. Bolehkan Diana????? he…he…

    P/S – Duk tunggu Diana siapkan header blog sensasi2020.com atau kamilsalleh.my.
    kamilsalleh.my ajak kita terjah…Keputusan Terkini Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs PahangMy Profile

    1. In Shaa Allah ada masa sy cuba buat yer..

      Alamak..part PS tu x tahan. Orait2 nnt kita roger2 yer..

  2. Salam kak diana, saya student unimas berminat nak tukar kos pergi cinematography,
    boleh akak terangkan sedikit pasal software yang digunakan and how actually kehidupan seorang penyunting antara kerja and keluarga. and i give akak my emel so that i hope akak can give me the details about this course and i will give my contact no through my emel soon tenkiu so much akak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge