CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kerjaya

Kerjaya Seorang Penyunting Filem dan Video

01/02/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera,

 

Ramai yang menyangkan kerjaya seorang penyunting filem dan video ni adalah kerjaya glamour. Tapi hakikatnya kami hanya pekerja ‘belakang tabir’ jer.. mana ada glamer macam retis-retis yang ada di depan tabir. Heheheee…

 

Sepanjang menulis di blog ni, memang CD tak pernah bercerita tentang kerjaya seorang penyunting filem dan video. Yang ada pun CD cuma kongsi tentang Drama dan Program TV yang pernah saya edit .

 

Ada yang suggest supaya CD bercerita tentang pengalaman kerjaya seorang penyunting filem dan video. Banyak aspek juga kena fikir ni. Bagaimana nak start bercerita?

 

Selepas terjumpa artikel tentang ‘KERJAYA SEBAGAI SEORANG PENYUNTING FILEM DAN VIDEO oleh Isazaly ni, buat CD dapat semula feel untuk menulis tentang dunia pekerjaan dulu.

 

Tapi sebagai permulaan biarlah pembaca di sini baca dulu kisah yang ditulis oleh saudara Isazaly ni. Beliau adalah orang yang selayaknya untuk memberi gambaran sebenar dunia kerjaya seorang penyunting filem dan video.

 

Ada 3 Bahagian artikel tentang Karier Seorang Penyunting Filem dan Video.

 

In Shaa Allah akan datang saya akan kongsikan pengalaman kerjaya saya sendiri yer.. Bukan setakat penyunting video jer, tapi sebagai penulis skrip dan pereka grafik.

 

Walaupun tak banyak tapi harap daripada perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. In Shaa Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge