CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Artwork

Kisah di sebalik video pendek Watikah

18/01/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Watikah – sebuah video pendek yang taklah sehebat mana pun, tapi antara kenangan terindah yang berlaku kat saya sepanjang belajar di bumi kenyalang. 🙂

Memang dah menjadi syarat dan adat untuk pelajar tahun akhir menghasilkan karya mastermind mereka sendiri. Maka Watikah adalah satu-satunya karya mastermind saya untuk menyokong tesis saya yang mengkaji tentang “Bagaimana Watak Dicipta dan Dikembangkan di dalam Filem”.

Bukan mudah sebenarnya bagi seorang pelajar nak hasilkan sebuah video pendek bermula dari proses pre-production, production dan post production.. dengan budget sendiri pulak tu..(fuuhhhh…berpeluh mak!). RM4000 +++ terpaksa dibelanjakan untuk sebuah filem pendek ni. Memang la tak cecah ratusan ribu macam filem komersial di luar sana tu.. tapi untuk seorang pelajar memang becinta sangattt..

Bagaimanapun.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar atas kerjasama rakan-rakan FSGK terutama geng Sinematografi yang seangkatan dengan saya.

Kenapa Watikah adalah kenangan terindah saya?

Pertamanya.. Skrip Watikah  menjadi pilihan pensyarah Penulisan Skrip, Mdm Candida Jau untuk dijadikan contoh skrip terbaik di dalam kelasnya.

Melalui filem pendek Watikah juga, saya tercalon untuk kategori: Best Script, Best Director, Best Editor dan Best Short Video di dalam Mini Festival Filem Sinematografi 2006. Calon-calon pelajar lain masa tu boleh dikatakan semuanya lelaki yang karya mereka pun tak kurang hebatnya (sekarang semuanya dah ada kerjaya hebat dalam industri filem – really proud of them).

Alhamdulillah.. memang tak disangka Watikah akhirnya terpilih sebagai Best Short Video dan saya menang Best Editor. Juri professional yang membuat pemilihan ketika itu ialah seorang pengarah indie terkenal.. iaitu saudara Amir Muhammad .

Alahai..rindu pulak time belajar di Unimas dulu.

Storyboard Watikah. Klik untuk lihat full storyboard.

 

  1. hrummm…bila2 free nanti boleh lah ajar akak pulak,,buat kelas ni untuk org2 yang minat nak belajar specially untuk geng2 affiliate vemma ..:)

    khas untuk REVOLUTION TEAM…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge