CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Grafik | Profima

Logo Editors Club of Malaysia @PROFIMA

07/01/2012

Hari ni CD seharian di rumah jer sebab banyak kijer di my ‘Home Office’..  Today xde bahan sangat tapi nak share2 dengan para2 video editor malaysia a.k.a video cutter yang belum menyertai group Editors Club of Malaysia @PROFIMA jom lah join reramai.. kat sini banyak manfaatnya utk semua editor. Di sini tempat platform untuk para editor 1 Malaysia berkumpul dan membincangkan segala isu2 yang berbangkit yg ada kaitan dengan bidang penyuntingan laaa..

‘Editors Club’ diilhamkan oleh Syed Mustaza AlJafree adalah ahli PROFIMA dan juga AJK PROFIMA dibawah Biro Editor. Penubuhan ‘Editors Club’ bertujuan untuk menggalakkan dan mengumpul kesemua editor di Malaysia di bawah satu organisasi. Presiden PROFIMA En. Khir Mohd Noor dan kesemua Ahli Jawatankuasa PROFIMA memberi sokongan penuh bagi penubuhan ‘Editors Club’ ini.

VISI

Melahirkan editor-editor generasi baru dan pemankin ke arah kemajuan teknologi pascapenerbitan.

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan, galakkan dan sokongan kepada editor.
  • Menyelaras kadar harga editor (freelancer)
  • Perkongsian maklumat teknologi baru pascapenerbitan.
  • Melindungi hak-hak editor.
  • Sebagai tempat rujukkan kepada pengusaha industri penerbitan (Directory)

Sekarang dalam proses menghasilkan logo..dan CD tengok final logo PROFIMA boleh tahan creative..

Walaupun CD rasa typo ni x berapa sesuai tapi CD tetap ikut majoriti..heheheeee…apedehal..janji PROFIMA betul2 serius untuk membela nasib2 para editor2 di Malaysia..  Kepada para editor yang belum join group ni jom klik di sini utk join: http://www.facebook.com/groups/editorsclub/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge