CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Agama | Motivasi

Salam Maulidur Rasul ..

05/02/2012

Assalamualaikum…

Wahh..CD memang lama tinggalkan blog ni sekejap yer sebab sedang sibuk mengendalikan satu event yang sangat gilang gemilang. Takpe nanti CD post di sini.. Event tu baru habis semalam dan yang sedihnya laptop kesayangan CD dah crash..huhuhuuu… CD kena tunggu si Amin Johar yang sedang bercuti di Kedah.. Dia dah jadi panasihat IT CD dan Doktor Lappy …hahahaaa…mcm kelakar je bunyi. Kena bagi kredit sikit kat Amin Johar.

Ok sempena dengan Hari Kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, CD ucapkan Selamat Maulidurrasul buat semua.. Jom kita sama2 menghayati kisah-kisah yang berlaku pada tanggal 12 RabiulAwal.

Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT. Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

  1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
  3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
  4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

  1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
  2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
  3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:

  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yg haram.
  3. Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

  1. Merahasiakan ibadahnya.
  2. Merahasiakan sedekahnya.
  3. Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

  1. Takut berlaku dusta dan keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:

  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 

Wallahu’alam.. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge