CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Motivasi

Menang tapi merosakkan perhubungan

19/10/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Nampaknya carian Google ke atas blog CD ni banyak berkaitan motivasi, so memandangkan lama tak update, CD nak update satu pesanan dari ‘viral’ message yang dari group WhatsApp family CD. Suka dengan mesej yang simple tapi padat! Ni pun kategori motivasi jugak tau..

Biasa kalau dalam pergaduhan ramai yang berebut nak menang. Kalau pertandingan lain citer lah.. kalau menang dapat hadiah, kalah dapat pengalaman.. heheheeee…. Tu dah adat pertandingan. Jangan salah faham pulak yer. Ni khas untuk mereka yang suka bergaduh, cari gaduh dan yang sewaktu dengannya.

KEMENANGAN DIPEROLEHI..TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah…

Justeru…baik jangan bergaduh…!

 

kucing-bergaduh-comel
Tapi.. cute pulak tengok kucing ni bergaduh. Kucing takpelah .. namapun binatang.

Sumber: WhatsApp (viral)

 

 

  1. Betul tu kak CD, emma setuju.. tak guna gaduh2 ni sebab tak mendatangkan faedah untuk kedua-dua belah pihak pun.. kita patut amalkan win-win situation..

  2. ayat yg paling sya gerun ialah : Kalau kita gaduh dengan guru,
    Walaupun kita menang,
    Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

    Allah… kena jaga la adab dgn guru2. wlpun minat subjek tu skali pun kna juga da keberkatan.

    1. Dan yg paling penting jangan jatuhkan airmata ibu ayah.
      Jangan bergadoh dgn kawan kawan

    1. Betol tu kamil.

      Berbuat baik juga satu ibadah.
      Insyaallah akan di balas semula segala kebaikan nyer

      1. Tak semua rakan baik.
        Depan comel belakang buruk.
        Tapi yg penting jgn bergadoh.kesian kawan
        Maafkanlah.

    1. Wondpat….
      Wonderpat…..
      Kami datang
      Membantu anda yg didalam kesusahan….
      Kami takbetah dan kami tak kalah……
      Apa yang penting kerjasama……apa yg penting kerjasama….

    1. Memang rimas afif.tapi kadang kadang gadoh pon heppy gak.
      Ehemm gadoh main main.macam bebudak

  3. Dalam berkawan pon selalu bergadoh.kalau taknk bergadoh senang jer.kiter layang kawan kawan sama rata.jangan berat sebelh

  4. Kata kata boleh membuat kan kiter lupa siapa si dia.
    Dlm rumah tangga juga hindarkan dari pergadohan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge