CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
My Life

Menjana Perubahan Positif Dalam Kehidupan Seharian

02/04/2014

Bismillah,

Alhamdulillah.. hari ni tetiba mood baik la pulak dengan ‘Bismillah’ bagai.. In Shaa Allah sesuai dengan tagline baru yang CD nak perkenalkan di sini iaitu ‘Menjana Perubahan Positif Dalam Kehidupan Seharian’. Fikir punya fikir so CD rasa this is the best one. Lagipun selari dengan tagline bisnes yang CD jalankan ni iaitu.. Making a Positive Difference Starts with People Helping People.. In Shaa Allah CD nak cuba kekalkan tagline ni sepanjang tahun 2014 ni.

“Eh, tagline blog pun boleh tukar-tukar ke?”

Lantaklah.. CD tengok jer kat setting tu boleh jer tukar. Hahahahaaaa…

Kalau secara teknikalnya memang boleh tukar.. secara teorinya CD tak pasti sejauh mana keberkesanannya.

Sebenarnya terus terang lah CD bukanlah pakar sangat dalam bidang blogging ni. Masih merangkak-rangkak lagi. Tak macam blogger lain yang dah femes dan meletup-letup. Tapi passion nak teruskan blogging tu masih ada walaupun updatenya kadang-kadang sebulan sekali. Hahahahaaa…blogger konon :p

Satu lagi masalah CD ialah memilih apakah Niche untuk blog ni. Kalau ikutkan kepala ni macam-macam topik atau isu yang CD nak tulis, tapi IM kata.. kena ada Niche baru blog tu boleh pegi. Takpe CD pelan-pelan kayuh. Rasa macam dah nak nampak dah Niche blog CD ni. Dah nama blog ni pun CahayaDiana.com , of course lah sikit sebanyak tentang personal CD. Tapi taknak lah detail sangat bab personal tu. Banyak lagi yang CD boleh highlightkan dalam isu personal ni. Takpe.. u olls baca jer blog ni lama-lama dapatlah niche nyer tu. Hahahaaa… (main hentam jer CD ni).

Tak kisah la apa orang nak kata. Janji CD tahu apa yang CD tengah buat ni and I will keep on moving on and be consistent. Bukan senang nak jadi senang ni. “Winners Never Quit and Quitters Never Win” .. so I won’t Quit! Beria-ia pun tak.. Konsisten ok lah..

dee_selfie
In Shaa Allah CD rasa tagline ni dah OK sangat dah sebab dalam kehidupan harian kita memang kena sentiasa positif. Memang itulah objektif CD menulis di sini. CD memang nak setiap orang boleh berubah menjadi positif selepas membaca segala entry-entry yang CD kongsi di sini.

Pesanan ni pun untuk diri sendiri jugak. Terlalu banyak dugaan dan cabaran dalam hidup.. kalau tak dapat nak handle masalah.. tu yang boleh jadi banyak masalah bertimpa-timpa tu.. Alhamdulillah.. sikit sebanyak CD akan share di sini based on my own experience dan juga pengalaman dari sifu-sifu CD.

See You!

Cahaya Diana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge