CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Al Quran | Hijrah Diri | Umum

Mukjizat Metamatika Al-Quran – Part 1

29/03/2017

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mukjizat Metamatika Al-Quran ini adalah hasil kajian oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli dari page Hijrah Diri (HD). Bagi yang minat untuk mengambil tahu atau ambil peduli tentang rahsia di sebalik nombor dan huruf, beliau adalah pakar yang boleh kita rujuk. Bagi saya sendiri, ini adalah salah satu cabang ilmu yang baru, tapi sebenarnya dah lama. Banyak mukjizat Al-Quran akan terungkai jika kita rajin untuk meneliti Al-Quran dari perspektif angka dan huruf, selain dari mengetahui isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Memang benar ilmu Allah itu luas tak terjangkau oleh akal fikiran kita.

Ok panjang lebar pulak intro saya. Cuma nak kreditkan awal-awal segala isi kandungan tulisan ni saya copy dari Facebook Hijrah Diri. Semoga bermanfaat buat kita semua.

REJAB 1438H bermula

Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:

رخب

‘ro’ (R), 
‘jim’ (J)  &
‘ba’ (B) .

Rejab mengimbau kembali akan kisah Isra’ Mikraj – kisah:

R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)

REJAB BULAN ISRA’ & MIKRAJ. Peristiwa ISRA’ mengingatkan kita akan KISAH ISRAA’ iaitu PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA .

Manakala Peristiwa MIKRAJ mengingatkan kita akan kisah RASUL NAIK KE LANGIT LAPISAN DEMI LAPISAN SEHINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA serta cerita IJAZAH SOLAT.

Allah sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN NAJM ayat 6-18.

 

MUKZIJAT METAMATIKA AL QURAN (KISAH 1)

REJAB.. Pada susunan HURUF HIJAIYAH,

Huruf RO adalah huruf ke 10,
huruf JIM adalah huruf ke 5 dan
huruf BA adalah huruf ke 2..

Digabungkan; 10+5+2 = 17!!

REJAB adalah bulan kisah ISRA’ MIKRAJ.

Allah sebut tentang kisah ISRA’ di Surah KHAS yang namanya juga ISRAA’. Allah sebut kisah Isra’ iaitu PERJALANAN MALAM HARI Nabi SAW dari Majidil Haraam di Mekah ke Masjid Aqsa di Palestin pada AYAT 1 SURAH ISRAA’.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Israa’ :1)

menarik untuk TAHU, Surah ini adalah SURAH KE 17.

RO JIM BA >> REJAB itu nilainya 17 dan Surah ISRA’ tentang peristiwa ISRA’MIKRAJ itu SURAH KE 17!

kebetulan?

Tidak!! Ia adalah kesempurnaan SUSUNAN dari Yang Maha Agung.

 

MUKZIJAT METAMATIKA AL QURAN (KISAH 2)

Surah Al-Israa’ adalah SURAH KE 17 dan surah ini ada 111 ayat.

Susunan angka 111 ADALAH SUSUNAN YANG UNIK & CANTIK.. iaitu ANGKA SAMA BERULANG-ULANG!!

Pada surah ini ada kisah Isra’.. dan kisah ISRAA’ MIKRAJ ini adalah KISAH PERIBADI insan bernama MUHAMMAD iaitu baginda Rasulullah.

Kita tahu Rasul LAHIR pada 20 APRIL Tahun Gajah.

dan 20 APRIL itu adalah HARI KE 111!!!

kebetulan??

Surah al-Isra’ – surah ke 17 ada 111 ayat. Pada ayat 1 (jenis angka yang berulang itu) di SURAH ISRA’ ini ALLAH sebut – ‘HAMBANYA’ iaitu adalah MUHAMMAD. Dan Muhammad lahir pada 20 APRIL yakni hari ke 111 dalam tahun MASIHI.

Kebetulan…?

Tidak!! Ia adalah kesempurnaan SUSUNAN dari Yang maha Pengatur.

 

MUKZIJAT METAMATIKA AL QURAN (KISAH 3)

Surah Al-Israa’ ada 111 ayat.

Sepanjang al-quran.. ada BEBERAPA SURAH yang jumlah AYAT-AYATnya adalah SAMA. Darinya itu, HANYA ADA 2 SURAH yang jumlahnya 111 ayat. Kehadiran DUA SURAH yang memiliki jumlah ayat yang SAMA (111) bukanlah luarbiasa. Namun KEHADIRAN DUA SURAH YANG MEMILIKI JUMLAH AYAT 111 (SEBAGAI ANGKA SAMA BERULANG) DIANGGAP UNIK!!!

Lebih MENARIK… jarak antara keduanya iaitu surah ke 12 (surah Yusuf) dan surah ke 17 (al-Israa’) adalah 5 SURAH.

Bukankah angka 5 itu seolah merujuki JUMLAH WAKTU SOLAT SEHARI-SEMALAM?

Dan dalam konteks bicara kita kita ini, bukankah KISAH ISRA’ MIKRAJ Baginda Rasulullah membawa kisah akhirannya tentang PENGSYARIAATAN ibadah SOLAT 5 WAKTU sehari semalam.

Ya! Pada kisah ISRAA’ MIKRAJ ini, Rasul dapat MANDAT IJAZAH SOLAT 5 WAKTU dengan 17 RAKAATnya.

Jarak antara kedua surah yang ada 111 tadinya adalah 5 seperti mana kefarduan Solat juga 5 waktu!

Kebetulan…?
Tidak!!
Ia adalah kesempurnaan SUSUNAN dari Yang maha Pengatur.

APATAH LAGI..
kita tahu SOLAT 5 waktu itu terbina dengan 17 RAKAAT.

Bukankah tadinya angka 17 itu merujuki Surah Al-Isra’ yang merupakan SURAH KE 17!

SEKALI LAGI KEBETULAN?

Nama REJAB (Ro-Jim-Ba) ada nilai 17, bawa kita ke Surah 17 yang ada 111 ayat, yang pada ayat 1-nya ada kisah Isra’Mikraj yang kemudiannya telah tersyariatlah SOLAT 5 waktu yang ada 17 rakaat!

Indahnya susunan!!

Sebagai info tambahan..

Miskipun Surah YUSUF dan surah AL-ISRAA’ sama jumlah ayatnya iaitu 111, Surah Al Israa’ tidak dikategorikan dalam surah-surah yang dimulai dengan ayat Fawatih manakala Surah YUSUF dimulakan dengan HURUF FAWATIH.. iaitu ALIF, LAM, RAA.

Surah Al-ISRAA’ berada hanya pada 1 JUZ iaitu di JUZ ke 15 namun Surah YUSUF berada di 2 JUZ iaitu JUZ ke 12 dan ke 13. Surah Yusuf bermula di JUZ 12 dan tamat di JUZ 13.

LALU.. 2 SURAH ini seolah berada di 3 JUZ iaitu Juz 12, 13 & 15.

3 JUZ !!
ANGKA 3 seolah ‘JUMLAH ULANGAN’ bagi angka 1 yang tadinya menjadi 111!!

malah…

Jarak antara JUZ 12 (paling awal) ke JUZ 15 (akhir) adalah 3 Juz. Bukankah DERETAN angka 111 jika dicampurkan (1+1+1) adalah 3!!

kebetulan?

bersambung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge