CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Multi Level Marketing (MLM) vs Skim Piramid

13/06/2011

Post kali ni CD terjumpa satu artikel yg memang betul2 terkesan jugaklah…tentang MLM vs Skim Piramid. Bagi yang anti MLM tu artikel ini memang sesuai utk anda. yuk baca yuk.. ;

———————————————————————————————————

Selama beberapa tahun berkecimpung dlm bidang MLM ni, ayat yang selalu saya dengar… “MLM adalah piramid”… Sebenarnya ini adalah tanggapan negatif.. MLM adalah MLM dan pyramid scheme adalah piramid, sesuatu benda yang berbeza. Skim Piramid adalah bukan MLM, dan kalau MLM, ia adalah bukan piramid skim… Tetapi harus diingati… ada Skim Piramid yang bertopengkan MLM… MLM sebenarnya murni dan mulia…. (panjang lebar untuk dibincangkan)

Banyak yang saya jumpa prospek yang negatif yang mengatakan MLM adalah Piramid..!!, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa itu piramid.. Mereka berkata… Ah.. MLM semua sama je.. semuanya PIRAMID..!!?.. Bila dengar jawapan begitu.. aduh.. telinga saya mula berdesing.. tapi saya cool saja.. sebab saya tahu orang itu memang jahil dan tak tahu apa itu MLM..

Biasanya saya akan tanya kembali kepadanya… APA itu PIRAMID yang anda maksudkan..? dia sendiri pun terkebil-kebil dan tak tahu nak jawab…. bila saya mendesak lagi… Apa dia piramid tu.. yang menyebabkan anda tak suka dan “ellergy”..? Lalu dia menjawab… Ya..la Piramid la.. kita buat-buat nanti orang atas kaya, kita buat kerja untuk orang atas. Maka fahamlah saya maksud PIRAMID mengikut definasinya ialah, “kita buat kerja untuk orang atas, atau orang atas kaya disebabkan kerja kita”

Kalaupun betul MLM adalah PIRAMID (seperti yang difahamkan dalam dialog tadi), apa salahnya… Saya lantas berkata…”Kalau hang tak suka PIRAMID… Maka anda kena berhenti kerja (resign) di tempat hang kerja la ni….! Sambil terkebil-kebil beliau menjawab… Pasai pa Pulak…? Ya la.. kena resign sekarang sebab hang kata hang tak suka PIRAMID”… Tahukan PIRAMID yang paling besar adalah majikan anda, anda kerja macam mana rajin pun, gaji anda tidak boleh melebihi gaji Boss anda, Walau sekuat mana anda bekerja pun, anda TIDAK akan menjadi JUTAWAN, bahkan pemilik sayarikat anda atau majikan anda setiap tahun menukar kereta mewah.. !! Jadi kalau anda tidak suka kepada sistem piramid, mulai sekarang berhenti dari makan gaji yang mana anda mungkin sudah 20 tahun atau 30 tahu bekerja dengan baiknya demi untuk memperkayakan Boss atau Majikan anda.. Anda masih lagi tidak cukup wang.. Setelah 30th bekerja… wang sebanyak RM2000 untuk memulakan perniagaan burger pun tidak ada. sayangnya.. Adil kah sistem di tempat kerja anda..?

MLM tidak begitu… walaupun orang atas KAYA atau tauke syarikat menjadi semakin KAYA kerana usaha kita… itu biasa.. Sebab dalam dunia ini kita tidak boleh lari dari “Saling kaya memperkayai antara satu sama lain”. Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari sistem ini. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Tauke kasut mesti berkawan dengan tauke baju, sebab dia juga perlu pakai baju dan terpaksa mendapatkan baju dengan membelinya dari tauke baju. Begitulah sebaliknya..

Maka MLM pun sama..Upline Kaya atau Tauke Syarikat menjadi kaya.. itu tidak menjadi masalah, sebab saya juga BOLEH menjadi kaya.. inilah yang dikatakan “Win-Win Situation…” Tidak seperti kerjaya makan gaji yang jelas piramid.. yang mana Bos dan Majikan sahaja yang boleh jadi kaya… dan kita hanya jadi KAYAP sahaja selepas 30 tahun bekerja…adakah ianya adil…???

Dulu semasa memulakan perniagaan MLM, setahun kemudian upline saya mendapat kereta mewah… kawan saya terus berkata.. Tengok..!! hasil dari kerja kuat kau, sekarang upline dah dapat kereta mewah… Saya menjawab… itu standard… kau pun kerja kuat di office kau, sampai malam pun kadang2 stay back… tapi boss kau juga yang pakai kereta mewah…engkau pakai kereta Iswara je…. Dia menjawab…. itu biasa …makan gaji…

Selepas setahun setengah kemudian… saya juga mampu memiliki kereta mercedes mewah… Saya berkata kepadanya… Tengok…!! melalui MLM, orang atas boleh memiliki kereta mewah, itu tidak penting bagi aku… tetapi yang penting ialah “Aku juga boleh memilikinya..” Hang yang makan gaji, dari dulu kereta yang sama, tapi Bos hang dah tukar kereta mewah berkali-kali.. tapi hang dok pakai kereta sama…. ? kalau upline saya boleh berpendapatan RM5k seminggu… akhirnya saya juga boleh mencapainya… jadi,…. yang mana satu PIRAMID…Fikir2kanlah!

———————————————————————————————————

Sekian dulu… renung2kan dan selamat beramal.. 🙂

  1. Dulu pernah buat jugak MLM,,bukan satu,,banyak pulak tu..last2 habis modal jer…mungkin x ada rezeki dalam MLM kot..apa2 pun syukur lah umpa dengan biz affiliate vemma ,,puas hati walaupun sedar bukan senang nak kaya kan jika hanya kerja makan gaji jer..

  2. Skim Piramid adalah bukan MLM, dan kalau MLM, ia adalah bukan piramid skim… Tetapi harus diingati… ada Skim Piramid yang bertopengkan MLM… MLM sebenarnya murni dan mulia….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge