CahayaDiana.com

Video Editor by Profession, Blogger by Passion
Politik | Umum

My 1st post tentang politik – PRU14

28/12/2017

Tiba-tiba jer nak post tentang isu politik negara. Dah kenapa dengan engko ni Diana? Alaa.. ni maknya CD dah mula alert tentang isu politik negara lah.. Apa lagi kan? Kadang2 bukan tak nak ambik tahu tapi… faham2 jerlah.. politik Malaysia ni pusing lah kut mana pun tetap semuanya berpihak pada kerajaan yang ditadbir UMNO – BN. I am sorry saya bukan pembangkang. I always support whatever government did but please.. jangan lah nak hentam sesiapa. Fokus lah ke arah kebaikan bersama.

Sebenarnya memang kurang alert pun.. terdetik hati nak post ni pun sebab instinc di hati ni rasa yang kali ni aura PRU 14 lain macam sket. Sebabnya kemunculan parti baru yang diberinama Pakatan Harapan.. (seriously minta maaf sebab tak pernah tahu tentang kewujudan parti ni sebelum ni). Paling manarik perhatian bila PH  ni dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Huh biar betul Tun M nak jadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi?

Bagi sejenis orang yang tak ambik pot sangat pasal politik macam CD ni, my first impression bila tahu Tun M melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) / Pakatan Harapan akan bersaing dengan parti yang pernah dipengerusikan oleh beliau suatu masa dulu.. buat CD terfikir, teruk sangat kah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak sampai Tun M terpaksa jadi pembangkang untuk menjatuhkan tampuk pimpinan UMNO sekarang?

Macam biasa, orang yang sejenis CD yang tak suka dengar khabar angin mahupun video viral yang penuh propaganda, diri ni sikit rasa macam ada banyak perkara yang CD kena ambik tahu. Dah jadi macam cerita filem pun ada ni haa..

Walaupun banyak video-video kempen yang diviralkan oleh pihak2 fanatikus partikus.. (suka2 hati aku jer create istilah ni kan?😂). Tapi CD ni jugak sejenis orang Media yg tak telan dek video2 propaganda uganda. Hahahaaa.. (dah makin merapu ayat aku)..

Maka CD menggunakan medium Youtube untuk lihat video2 ceramah yang panjang lebar dari semua parti yang berkempen untuk kepastian diri sendiri. Sekali lagi diulangi.. CD dengar video2 ceramah ahli politik yang panjang lebar yerr.. dan debat-debat di antara wakil-wakil parti politik. Bukan semata2 video yang berpihak kepada 1 parti sahaja.. nak2 lagi versi yang diedit pendek utk memudahkan viral di Whatsapp mahupun facebook dan sebagainya. Awas jangan pecaya sangat dengan video yang diedit. Ehem..ehem.. ni video editor yang cakap tau..

Finally.. setelah di teliti, CD buat keputusan untuk memihak kepada parti…..

(..bersambung / to be continued..)

*Nampak tak macam ni lah cara orang buat drama bersiri.. 😜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge