Nak jimat belanja di Musim Perayaan ? Jom membeli belah di pasaraya borong Segi Fresh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjelang musim perayaan, ramai yang berbelanja sakan bagi membuat persediaan menyambut Aidilfitri. CD pun tak ketinggalan. Dalam usaha berjimat cermat ni, kenalah bijak berbelanja bukan? Jadi, kali ni CD nak share pengalaman membeli belah di pasaraya borong Segi Fresh, yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi.

Alkisahnya CD stay dengan kakak. Selalu dia yang beli barang-barang keperluan dapur sebab dia yang suka masak-masak. Tapi minggu lepas dia agak busy. Jadi, CD yang konon-konon tak berapa nak busy ni ditugaskan beli barang-barang basah. Bukan tak pernah beli tapi jarang la CD nak ke pasar beli barang-barang basah ni. Boleh dikira.. lebih kurang setahun sekali kut. Dah kita memang sejenis yang tak berapa nak masuk dapur, apatah lagi pasar basah. Hahahaa..

Dipendekkan cerita, CD ajak lah my friend sekali, Linda aka Mekkolupo yang kebetulan pun sama-sama free. (sebenarnya we all sesama busy giler susah nak lepak.. tapi kebetulan kali ni sangatlah indah.. sampai dapat shopping sesama).. Taklah bosan masa shopping tu nanti. Ingatkan si Linda ni arif bab-bab shopping barang-barang basah ni.. sekali 2×5 jugak dengan CD. Hahahaa.. adoiii..

Punya excited jumpa tempat shopping murah sampai posing depan main entrance bersama hasil ‘tangkapan’. Hah kauuuu..

Ni kira first time kitorang shopping sesama dan memilih pasaraya Segi Fresh sebab termakan hasutan masyarakat sekeliling suruh pergi shopping kat sini. Murah dan berbaloi katanya. Betul ke?

Maka CD dan Linda pun pergilah ke Segi Fresh cawangan Balakong ni tanpa was-was. Linda Mekkolupo siap provide shopping beg hasil lukisannya sendiri untuk mengelakkan penggunaan plastik yang banyak. Kitakan Go Green giteww..

Sampai di Segi Fresh, my first impression was.. Waaahhh.. cantikkk parking tak susah. Kawasan parking yang luas. Ok sangat puas hati dengan persekitaran. Masuk dalam pulak.. memang agak blur-blur la sikit awalnya tu. Tapi bila tengok beberapa sudut di dalam Segi Fresh yang tersusun cantik dan teratur.. buat CD rasa tak susah nak memilih barang2. Maka kami pun mulakan aktiviti shopping ala mak-mak orang.

Tengoklah gambar-gambar yg CD ambik tu.. Kalau diikutkan semua barang-barang keperluan dapur lengkap dah ada di Segi Fresh ni. Best tau.. selalu nak shopping kat pasaraya borong macam ni sure kita akan bersesak dan terlanggar troli orang sebelah tapi sini luas jer laluannya. Nampak luar macam tak besar mana, tapi dalam waahhh.. boleh tahan. Tapi tak tahu la hari lain sebab CD pergi time ni weekdays. Hahaha.. biasalah kerja shift malam.

Enjoy pulak shopping kali ni. Sedap mata memandang bila tengok harga-harga yang dipamerkan dengan kualiti barang-barang basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan semua nampak fresh dan segar bugar jer. Tak kurang jugak yang makanan yang kering pun semua nampak dalam keadaan masih baik dan helokk sangat. Rasa macam semua benda nak beli.

Segi Fresh juga ada produk-produk keluaran sendiri seperti makanan-makanan yang ditinkan, makanan kering yang dipaketkan, kekacang, tisu, cecair pencuci dan sebagainya..

Sebenarnya Mekkolupo banyak ambik video dari gambar.. Plan asal nak buat simple vlog tapi tu lah audio pulak macam tak ok. Maaf lah video guna camera phone jer. Nanti CD share di sini yer..

Nah tudiaaa.. ni hasil tangkapan kami. Tak sangka dalam tak pandai nak shopping barang basah akhirnya kami terbeli stok buat bekalan di masa hadapan. Mana taknya.. harga murah, jimat banyak. Rasa rugi pulak tak beli banyak-banyak. Alang-alang kan.. takpe kali ni CD belanja kakak kesayangan.. janji dia masak sedap-sedap.. hehehee..

Nampak tak gigihnya CD dan Linda Mekkolupo susun semua hasil shopping? Nak ambik gambaq punya pasal. Excited tu lain macam dan sebagai appreciate diri sendiri yang berjaya membeli barang basah dengan harga murah. Total semua ni lebih kurang RM150 jer uols.
Dah menyusun penat-penat kita posing sekali lah.. hahahaa..

Kesimpulannya di sini, Segi Fresh ni bukan sahaja pilihan tepat bagi surirumah yang selalu dok fikir bagaimana nak berjimat cermat, malah amat sesuai menjadi tempat membeli belah bagi mereka yang mengusahakan perniagaan berasaskan makanan seperti Pengusaha Restoran, Katering dan yang sewaktu dengannya. semua pun nak jimatkan. Jadi, pilih lah Segi Fresh.

Untuk info lanjut mengenai Segi Fresh boleh lawati :

Laman web :http://segifresh.com
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

1 Comment

  1. Macam2 sayur ada tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge